Hari minggu duduk rumah? Gua rasa bosan mcm rasa nyaris-nyaris nak bunuh diri dgn berak cirit secara bertalu-talu. Perasaan bosan yg hadir membuatkan gua tak senang duduk dan seperti ingin mengeluarkan tengkorak lantas dibubuh di dlm aquarium ikan.
Bagi menyahut ketensyenan gua kerna hari ni duduk rumah, gua telah mamandikan diri gua tepat pada pukul 3 ptg waktu tempatan. Itu pun setelah kakak gua menggunakan kekerasan bagi memaksa gua utk mandi. Beliau mengugut utk menghabiskan semua lauk yg beliau masak dan gua terpaksa menahan kelaparan. Atas tindakan berani gua utk mandi jua tersebut gua telah dikurniakan dgn nasik berlauk ayam yg sedap.
Cuaca harini spt menahan rindu utk hujan tetapi segan. Dari pertimbangan gua yg separa waras, gua tidak yakin aktiviti berkayak maupun berjogging di tasik amat sesuai dilaksanakan diwaktu sedemikian sebaliknya aktiviti indoor spt berlaga ayam, berjudi maupun bermain carrom lebih sesuai dan sinonim dgn masyarakat madani kaum Malaysia.
Pada ptg ini sekitar pukul 7 mlm, gua yg sedang asyik duduk didepan kompiter sedang bermain game dan bukanlah menonton filem lucah, telinga gua tertangkap sejenis perbualan di belakang rumah gua. Mulanya gua menyangkakan pencuri cuba menceroboh lubang tahi rumah gua di belakang sana bagi mencari brg berharga tapi sangkaan gua ternyata meleset.. Dialog seram tersebut diselang-seli dgn tangisan dan hembusan hingus. Perbualan itu antara sepasang kekasih lelaki dan wanita dan bukanlah lelaki dgn ayam maupun lipan.
bj: "jom ikot saya. saya nak jumpa mama.. bla bla bla.."
bh: "kalau awk tak menggatal dgn betina lain kat luar tu, benda mcm ni tak jadi. bla bla bla.."
bj: "awk pilih sy sbb apa? pasal moto kan? sy tau awk.. bla bla bla.."
bh: "apa yg awk ckp ni? sy pilih jalan ni? eh, tangan sy sakit la awk pegang kuat-kuat mcm ni.."
bj: "awk naik moto ni sekarang! sy nak bwk awk jumpa laki tu.. naik cpt"
bh: "huhuhuhuh.. lepaskan la sy. sy dah tak sanggup terus mcm ni.."
(bj: bohjan / bh: bohsia)
"wengggggggggggggggggggggggg" bunyi moto EX5 mamat tersebut yg telah ditukar ekzosnya dah memakai sport rim jenama Racing Boy.
"Waddefakkkkkk??" mencarut gua dlm hati sekaligus yakni sbg rasa tidak puas hati gua atas lakonan yg pasangan tersebut berikan. Apakah punca pergaduhan mereka gua kurang pasti dan gua tak cukup gila seks utk keluar dr rumah dan mengajukan soalan tersebut kepada mereka. Dr pemerhatian gua dr jendela bilik gua yg bercermin separa tutup, gua dapati lelaki tersebut cuba mengkarate helmet hitam beliau berjenama Apollo sebagai tanda protes dan rasa tidak puas hati beliau akibat teman wanitanya enggan menaiki motosikal EX5 beliau yg berkaler kelabu.
Selepas pasangan tersebut beredar dr perkarangan rumah jiran gua, gua melakukan aktiviti berfikir yg jarang gua lakukan akhir-akhir ini. Apekejaddahkan penyesalan wanita tersebut yg memilih seorang mat rempit sebagai teman lelaki dan akhirnya menyesal setelah menyedari lelaki tersebut tiada teruna? Mmg isappp la.. Menyesal la sgt? Aih, mengikut ideologi gua yg, pemilihan teman lelaki mempengaruhi jumlah bilangan anak yg bakal diterima oleh individu tersebut samaada secara halal ataupun secara ekspres.
Jadi secara kesimpulannya, pada hari Sabtu ini sangatlah dilarang kepada semua remaja yg hensem spt gua utk berada di rumah dan menonton rancangan ulangan Sehati Berdansa di Astro. Keluarlah menghirup asam kenderaan dan bersosiallah spt seorang remaja yg masih mempunyai hormon yg sihat. Jika tidak, pemikiran anda mungkin tercemar sekaligus penulisan bercorak sampah spt yg sedang gua praktikkan akan terlaksana dan anda mungkin menyesal pada kemudian hari dan pada masa itu hendak mengelar pergelangan rakan sebaya sudah tidak berguna lagi.
Jadi akhir kata dr gua,
Pulanglah berhari raya dgn selamat dan jangan kencing semasa memandu.
notamasted: sampah sungguh penulisan gua pada kali ini tapi gua tak peduli kerna gua sgt skema. tengs!
7 best men's belts
6 years ago
2 org mencarut.:
ahahaha kelakar jerk. hikhik ;p
oleh itu, jauhkan diri anda drp
segala jenis rempit!
autmet!
gua bkn rempit beb. sipi-sipi je tapi blm jadi lagi..
Post a Comment