Monday, February 22

Keji juga beliau.


Sejak hari CNY sampai sekarang gua betul-betul busy. Kalau pagi-pagi dtg tu, dah siap kencing, berak, minum, bersenam semua dari rumah. Ini semua sebab busy punya pasal. Cerita pasal busy, purata gua ke tandas dlm satu hari akibat busy ini berkurang kepada 5 kali sehari menjadi 2 kali sehari. Dan utk special case, sekali je dan jgn tanya lebih lanjut tentang isu ini kalau tak mau dahi berbirat.

Akibat busy harini juga gua terpaksa pulang ke rumah pada pukul 8 mlm. Mak gua kata kalau kerja kuat mcm ni mesti sembahyang selalu tinggal dan gua setuju bulat-bulat dgn statement ayat beliau tersebut. Balik je badan mcm baru pegi camping panjat gunung tinggi kemain. 2 botol 100 Plus pun gua rasa belum cukup utk kembalikan tenaga gua, rasa nak terkencing je ada la..

Berbalik pada kencing tadi (mcm cilaka..), harini gua pegi toilet kira-kira pukul 4 camtu setelah 1 jam tahan kencing dari pukul 3. Gua jalan laju je tapi bila nampak ada awek ke, makcik-makcik ke, org besar-besar pakai coat ke, gua cover jln stail segak nak buat menantu padahal pundi kencing dah nak terburai dah tu. Masuk-masuk toilet pintu pun tak sempat kunci, tahan pakai kaki je. Lepas tu....

(scene ini tidak perlu ditulis dgn penuh teliti. sila gunakan imaginasi masing-masing..)


Dah selamat dan segar kembali, gua nak mencuci tangan. Gua nyaris-nyaris tersungkur di dalam tandas tersebut. Bukan disebabkan lantai licin, terpijak tali kasut sendiri, cuba melakukan breakdance ataupun bersilat. Gua terpandang sesuatu atas mangkuk tandas.

"Binatang betul siapa pulak yg shave kemaluan dlm toilet ni?" getus hati gua seakan-akan memberontak. Babi! Macamana gua tak perasan ada byk bulu kat mangkuk tandas ni? Nampak sgt gua menghayati saat ketika kencing tadi. Gua amati betul-betul objek tersebut tapi takde la sampai nak pegang pulak bulu tu, gua yakin ni bukan rambut sebab pertama, kadar panjangnya tidak seperti panjang rambut. Kedua, dia agak kerinting dan ketiga, kenapa nak gunting rambut kat tempat kerja?

Berjuta-juta kemungkinan dijana oleh otak gua melihat objek tersebut. Kenapa? Kenapa kau nak shave dlm toilet? Gua tak kira la bulu ketiak ke, bulu kaki ke, bulu pusat ke, bulu kemaluan ke dan bulu-bulu lain sbb gua berbulu je tgk org shave bulu kat toilet ni. Dah shave satu hal, flush la kasi hilang bukti semua. Lagi mau tinggal sebagai bukti mcm "I was here.." camtu. Nasib baik gua tak perasan masa gua kencing tadi, kalau tak, tak pepasal dinding toilet bau hancing..

"Faking shit basted.. hope you'll burn in hell.." marah gua dlm bahasa omputih ketika melangkah keluar dari toilet tersebut. Akibat bengang yg melampau, gua keluar toilet tado dengan tangan lupa cuci.. Arghhhhhhhhhhhhh!!







Monday, February 15

"Org pengotor memang begitu.." balas mak gua selamba.

Setelah sekian lama gua kerja kat sini, baru la harini gua tau yg ada jalan blk nak pegi ke highway ni. Gua mati-mati la bersabung nyawa lalu kat jalan besar byk kereta, rempit, beruang, biri-biri, kangaroo, lori mayat semua ni. Gua rasa dah habis stadi dah jalan kat KL ni rupanya-rupanya nyata pengetahuan gua masih cetek. Tafsiran gua sekiranya keluar dari tol Kesas tu gua akan terus ke Emirates ternyata meleset.

Jalan harini gua tgk chill. Kereta takde yg berlumba tak tentu pasal. Tadi ada sebijik kereta apa tah gua tak tau. Kereta lama yg gua tau tapi diberi nafas baru (tukar sport rim) bawak laju mcm terpengaruh dgn cerita Fast & Furious. Gua doa kat depan sana, kereta dia masuk gaung

Moto gua sejak akhir-akhir ni bunyi dia garang lain mcm. Dia punya enjin tu bunyi dia mcm meter dah 120 km/j padahal baru 90 km/j je. Gua saspek dia dah sound-sound suruh pegi antar bengkel servis. Kalau tak silap gua, bulan 7 tahun 2008 gua last antar bengkel tukar minyak hitam sama spark plug. Nyata motor gua ni tak mengecewakan tuannya.

Terlanjur cerita pasal motor, harini bagi merayakan gua baru tau jalan highway ni, gua telah mempekena satu corner padu maut di simpang nak ke Cheras, Bangsar, Pusat Bandaraya sana. Corner dia layan sebab depan tu dah masuk jalan besar dan jalan ni lengang chill punya. Sampai corner gua terus layan ala-ala moto laju habis 140km/j (walhal kat meter 80 je..). Mungkin dah lama tak layan corner, aura rempit didalam jiwa gua membuak-buak.

Tengah cantik je gua tibai, tiba-tiba dengar bunyi lain macam.

"Srapppppppppppppppppppppppppppppppppppp.."

Ah, apa benda plak ni. Gua dah gusar. Moto masih steady. Nak kata tayar pancit, bunyi tu memang tak kamcing langsung. Gua jalan depan skit gua berenti. Tak leh berenti on the spot, kereta banyak tgk layan corner jgk. Tak pepasal terhumban gua ke dlm parit kang. Gua cek tayar, body motor selepas itu body gua sendiri, semua ok. Sekali gua tgk belakang, amende bunyi tadi. Langgar anjing ke? Tak pepasal kena samak pulak. Ke ada penanggal terbang tadi gua terlanggar maklum la bawak motor maghrib-maghrib. Usha-usha baru gua prasan.

"BHF 3**4". Cilaka! Nombor plet gua baik punya tercampak tengah jalan. Binatang sungguh!

Nak pegi ambek, jauh satu hal. Pastu malu la gua dgr kenderaan yg lalu lalang bila melihat gua mengambil nombor plet motor sendiri. Dgn ego gua berlalu pergi. Sampai rumah, kucar-kacir gua cari nombor plet spare. Dah la motor takde side mirror, road tax mati, kau nak tambah pakej nombor plet takde plak? Gua jumpa stok lama dulu. Stok pakai sticker punya nombor plet. Stok abang-abang punya motor pakai no plet sticker ni. "Asal ada.." getus hati gua kecil. Gua mencari-cari skru dan nat dlm tool box abah gua nak pasang no plet ni. Ada la jumpa, tak sama besar plak tu. Selambaaaaa.. Ok skang dah cun. Esok pegi kerja konsisten skit bila no plet dah tukar ni.

Masuk rumah gua nak mandi. Masa jalan nak ke bilik air, gua rasa hidung gua gatal. Mcm ada lipas dlm lubang hidung. Tanpa was-was gua terus masukkan jari telunjuk ke dlm lubang hidung belah kiri. *penuh detail.
Korek punya korek gua rasa lain macam. Apesal bau puaka ni. Gua keluarkan jari gua tersebut. Tahi hidung takde tapi..

Cantik punya hitam jari gua tadi. Gua blh lupa tadi gua pasang no plet, korek-korek tool box, cek tayar moto dan sekarang jari yg sama yg tak sempat nak basuh tadi gua terus ekspres masuk hidung. Ha ambek kau! Menggelupur gua bersih tangan, pastu hidung. Gua rasa hidung gua dah sengal sebelah. Masuk selumbar barangkali..

Cerita la kat mak gua. "Kau memang pengotor. Nasib tak terpegang taik kucing tadi.."


Mak gua memang tak saportif..