Monday, February 15

"Org pengotor memang begitu.." balas mak gua selamba.

Setelah sekian lama gua kerja kat sini, baru la harini gua tau yg ada jalan blk nak pegi ke highway ni. Gua mati-mati la bersabung nyawa lalu kat jalan besar byk kereta, rempit, beruang, biri-biri, kangaroo, lori mayat semua ni. Gua rasa dah habis stadi dah jalan kat KL ni rupanya-rupanya nyata pengetahuan gua masih cetek. Tafsiran gua sekiranya keluar dari tol Kesas tu gua akan terus ke Emirates ternyata meleset.

Jalan harini gua tgk chill. Kereta takde yg berlumba tak tentu pasal. Tadi ada sebijik kereta apa tah gua tak tau. Kereta lama yg gua tau tapi diberi nafas baru (tukar sport rim) bawak laju mcm terpengaruh dgn cerita Fast & Furious. Gua doa kat depan sana, kereta dia masuk gaung

Moto gua sejak akhir-akhir ni bunyi dia garang lain mcm. Dia punya enjin tu bunyi dia mcm meter dah 120 km/j padahal baru 90 km/j je. Gua saspek dia dah sound-sound suruh pegi antar bengkel servis. Kalau tak silap gua, bulan 7 tahun 2008 gua last antar bengkel tukar minyak hitam sama spark plug. Nyata motor gua ni tak mengecewakan tuannya.

Terlanjur cerita pasal motor, harini bagi merayakan gua baru tau jalan highway ni, gua telah mempekena satu corner padu maut di simpang nak ke Cheras, Bangsar, Pusat Bandaraya sana. Corner dia layan sebab depan tu dah masuk jalan besar dan jalan ni lengang chill punya. Sampai corner gua terus layan ala-ala moto laju habis 140km/j (walhal kat meter 80 je..). Mungkin dah lama tak layan corner, aura rempit didalam jiwa gua membuak-buak.

Tengah cantik je gua tibai, tiba-tiba dengar bunyi lain macam.

"Srapppppppppppppppppppppppppppppppppppp.."

Ah, apa benda plak ni. Gua dah gusar. Moto masih steady. Nak kata tayar pancit, bunyi tu memang tak kamcing langsung. Gua jalan depan skit gua berenti. Tak leh berenti on the spot, kereta banyak tgk layan corner jgk. Tak pepasal terhumban gua ke dlm parit kang. Gua cek tayar, body motor selepas itu body gua sendiri, semua ok. Sekali gua tgk belakang, amende bunyi tadi. Langgar anjing ke? Tak pepasal kena samak pulak. Ke ada penanggal terbang tadi gua terlanggar maklum la bawak motor maghrib-maghrib. Usha-usha baru gua prasan.

"BHF 3**4". Cilaka! Nombor plet gua baik punya tercampak tengah jalan. Binatang sungguh!

Nak pegi ambek, jauh satu hal. Pastu malu la gua dgr kenderaan yg lalu lalang bila melihat gua mengambil nombor plet motor sendiri. Dgn ego gua berlalu pergi. Sampai rumah, kucar-kacir gua cari nombor plet spare. Dah la motor takde side mirror, road tax mati, kau nak tambah pakej nombor plet takde plak? Gua jumpa stok lama dulu. Stok pakai sticker punya nombor plet. Stok abang-abang punya motor pakai no plet sticker ni. "Asal ada.." getus hati gua kecil. Gua mencari-cari skru dan nat dlm tool box abah gua nak pasang no plet ni. Ada la jumpa, tak sama besar plak tu. Selambaaaaa.. Ok skang dah cun. Esok pegi kerja konsisten skit bila no plet dah tukar ni.

Masuk rumah gua nak mandi. Masa jalan nak ke bilik air, gua rasa hidung gua gatal. Mcm ada lipas dlm lubang hidung. Tanpa was-was gua terus masukkan jari telunjuk ke dlm lubang hidung belah kiri. *penuh detail.
Korek punya korek gua rasa lain macam. Apesal bau puaka ni. Gua keluarkan jari gua tersebut. Tahi hidung takde tapi..

Cantik punya hitam jari gua tadi. Gua blh lupa tadi gua pasang no plet, korek-korek tool box, cek tayar moto dan sekarang jari yg sama yg tak sempat nak basuh tadi gua terus ekspres masuk hidung. Ha ambek kau! Menggelupur gua bersih tangan, pastu hidung. Gua rasa hidung gua dah sengal sebelah. Masuk selumbar barangkali..

Cerita la kat mak gua. "Kau memang pengotor. Nasib tak terpegang taik kucing tadi.."


Mak gua memang tak saportif..

4 org mencarut.:

F A R Y N said...

lama betul ko tak update weihh...

Gaban Lazzara said...

hahaha..
tu la beb. sori la. baru sampai seru nak update.
lama tak dgr cerita member blogger. ;p

wanie mulutsengal (gua malas nak login) said...

hahahahahahhahaha asal aku baca je enri kau mesti aku nak gelak.. aku dapat bayangkan muka kau masa kau tau plet kau jatuh.. mesti mulut kumat kamit je.. wakakaka kelakar sial..

kem salam ibu mertua gua. errkk? hiihihihi

z a t i said...

eeeeyyyuuuuuuuuu..... *sebut gaya paling gedik*