Thursday, November 15

Hari yang gelap..

Pagi² lagi aku dah kena bangun. Tak biasalah bangun pagi ni~
Imi si budak kelantan ni pagi-pagi buta dan bangun. Aku mmg tak paham dgn mamat sekor ni. Pekejaddah tah dia suka bangun pagi-pagi? Nak kata pegi jogging, mmg tak la. Menebas rumput, aku berani tebas bulu kaki aku la kalau dia buat.. Rupa-rupanya dia bangun pagi sbb nak study. Thihihihi.. (p/s: aku dah study dr kul 12-2 ok?)

Ambek towel, dgn muka selenga gila, pegi toilet. Niat di hati mmg nak mandi wangi-wangi. Tapi sejurus aku mencelup tangan ke dlm kolah tu, keputusan utk mandi terpaksa ditolak mentah-mentah. Gila kau, sejuk tahap antartika tu! Jadi aku mengambil inisiatif utk mencuci muka dgn Clearasil, gosok gigi lebih kurang dan basah kepala utk kelihatan fresh sepanjang hari.

Lepas merembat sekeping roti canai dan segelas neskepe bapak aku (sedap plak dia buat neskepe pagi ni?), aku pun start moto utk merempit ke kolej dgn Imi membonceng dibelakang. Pagi-pagi kereta dah byk. Baru pukul 7.15? Diorang ni cuba la naik LRT ke, Monorel ke, komuter ke. Ni tidak, sekor-sekor nak bawak kreta masing-masing. Dah tersepit golongan seperti aku yg memotosikal ni?

Hari ni aku jawab exam dgn perasaan cerempit oleh kerana setiap soalan dlm paper tu sume dia nak suruh huraikan. Pakcik tiri kau! Ingat tak penat ke? Ngan pen kegemaran aku buleh abis dakwat dimasa kritikal. Nasik baik ade pen reserve. Kalau tak mau kau jawab soalan tu guna liquid paper? buleh? Akibat tensen, perasaan lapar yg pada awalnya telah hilang sejurus aku melepet di kedai Ahso. "Teh ais satu, kak." order aku dlm keadaan tak selesa.

Punca kepada semua keseksaan ni adalah akibat bisul yg tumbuh secara mendadak di kawasan paling cilanat yg korang boleh imagine. Mana? Pikir sendiri, memalukan diri sendiri dan org kampung je nak cerita. Sakit dia, pehhh, jgn cerita.. Stok langgar lubang ke, langgar bumper ke, langgar lari ke, mesti senyum sampai menitis air mata punya tahan sakit. Cilakak!

Abis minam-minam tadi, aku terus rempit balik. Bajet nak tido kejap sbb kepala rasa mcm batu juga ada duduk. Pastu baru nak study utk paper Java yg akan menjelang tiba beberapa jam kemudian. Sampai rumah, dgn hanya memakai boxer, aku menidurkan diri aku skejap. Konon-konon sejam cukup la. Ambik kau! Lagi 15 minit nak pukul 2 baru terjaga. Ayam betul! Apesal Dopod ni tak bebunyi plak padahal aku dah kunci jam kul 1.10. Cerita banyak tak guna, aku bukak paper Java, study mcm robot dgn mata sepet suma pastu terus keluar rumah.

Nak dijadikan cerita, buleh pulak hujan stok resakse punye. Aku dah garu pusat camna nak sampai kolej ontime ni? Terpaksa aku melepak di stesen Petronas cawangan Bangsar dalam sejam lebih. Bernanah jugak la ketiak aku tunggu hujan tu berenti. Time ni kalau ade kumpulan Hujan depan ni, mmg aku sepak je vokalis dia tu..

Dengan kadar rempitan padu maut sekitar 100-110km/j, aku sampai kolej kul 3.10. Exam start pukul 2.30, aku pukul 3.10 baru sampai. Dengan keadaan lenjun luar dalam, aku masuk exam hall tu dgn habis kontrol hensem. Sempat kencing dulu dgn niat time jawab nanti tak payah keluar nak kencing plak. Masuk je, kene sound ngan penyelia tu. "Awak ni mc ke pegi mandi hujan?" Rasa mcm aku nak cili je buah pinggang dia time tu. Duduk-duduk je, baru sedar kunci moto tergantung kat seat lagi. "Kimek!" mencarut aku dlm hati. Penyelia tu tak kasi aku keluar pulak sebab takut aku meniru. Cerempet btul la. Last-last dia kasi jgk sbb ade lecturer lain yg temankan aku. Hek ele, ingat aku kemaruk sgt ke nak meniru?

Balik je dr rumah ptg tu, aku bantai tido lagi sampai kul 8. Naik sepal kepala otak aku harini. Persoalan dia, apesal bisul ni buleh naik waktu-waktu kritikal camni? Misteri btul..




0 org mencarut.: