Sejak akhir-akhir ni, gua selalu berasa sgt stress. Byk sgt benda yg nak kena pikir sampai memunculkan perasaan stress tersebut.
Kekadang bile kene stress ni, ade org kata cara yg paling cool nak handle dgn pegi tido laju-laju. Abis kalau kau tgh kerja kau nak tido camne? Nak kene terajang kat rusuk, selambe je tido time keje? Tu la yg gua selalu alami sekarang ni. Akibat menatang stress ni juga la gua dapati sejak akhir-akhir ni bulu ketiak gua kerinting semacam je. Tak macam biasa. Series gua tak tipu lu!
Stress ni berpunca daripada tekanan yg melampau dlm satu masa yg tertentu. Secara tak langsung ia juga akan meningkatkan tekanan darah gua secara auto. Tapi benda ni langsung tak mempengaruhi tekanan udara di kawasan Parit Pentil, Perak. Jadi jgn salah faham ye.
Akibat tekanan yg gua terima ni, byk teguran-teguran yg baik mahupun mcm cilaka yg gua terima. Antaranya:
"Joi, pesal dulu muka kau bile aku tgk mcm Jared Leto tapi sekarang ni mcm Harun Salim Bachik je. Pesal eh?"
"Kenapa kau sekarang sering ku lihat bersendirian?"
"Gaban, pesal tak turun lepak? Dah lupa member-member ke?"
dan beberapa jenis komen yg berbaur lucah lagi yg tidak gua letakkan disini kerana tidak sesuai utk tontonan umum..
Kerja, study, life, kasut baru, Sharline, kompiter, moto baru, gadis, music, nasik, hujan tetiap hari, baju tak basuh, strimik yg mcm jamban dan mcm-mcm lagi benda yg gua kene pikir tiap-tiap hari. Gua skang tgh belajar cara terbaik utk handle sume bende ni. Susah wooo..
Jadi kepada rakan-rakan yg mana kena tempias tak tentu pasal tu, gua mintak maap berbanyak. Kalau tetiba kena mencarut dgn gua dlm bahasa Bajau tu, gua mintak maap la. Kalau msg atau call yg tak berangkat tu, gua mmg tgh sibuk tahap buruh konkrit pakai kemeja tight-in pastu kasut sport tu. Nanti kalau gua chill skit, gua balas sume sms, call, voice mail, e-mail, mail xpdc, ismail, mms, pms, spm, srp sume tu. okeh?
harap korang sume berada dlm keadaan chill sentiasa. Jgn biarkan diri anda diselubungi stress..
7 best men's belts
7 years ago
0 org mencarut.:
Post a Comment