Ye adik2 sekalian, bln April ni kita akan menghabiskan lagi duit kita dengan menghadiri pertunjukkan pentas dr kump Hiphop terkenal yg nyaris2 mennyayingi penjualan album Jamal Abdillah "Raja Pop" dan penjualan tiket bas Transnasional utk budak2 universiti blk ke kampung pada musim mengundi tempoh hari.
Kumpulan tersebut tidak lain tidak bukan, tak perlu diperkenalkan lagi kepada akak2 yg baru nak dressap stail Rihanna, kepada makcik2 yg duduk mengumpat dr tingkap ke tingkap, kepada remaja rempit yg memakai topi KL beli dekat uptown, kepada buruh2 indon yg bekerja di estet2 dan ladang getah, kepada kelendan lori trelar 12 tayar yg bapak panjang, ini adalah Comeback Kid!!
Dijangka band ini akan perform kat Malaysia pada 26th April 2008, ari Sabtu ke Ahad kalau tak silap. Venue, ticket price, pukul brape event, siapa opening band, baju apa nak pakai, tali pinggang spike blh pakai ke tak, bulu ketiak kene cukur dulu ke, pakai seluar kuning atau merah atau hijau ke, hujan ke tidak haritu dan sebagainya akan dibagitahu kemudian jadi anda semua harap bersabar dan jgn lah bertindak melulu dgn mengwujudkan rusuhan atau mogok lapar sebagai tanda protes. Mampus gua tak layan. Mati kering la lu kat situ..
Gua telah menanam azam utk hadir ke majlis tersebut kerna band tersebut mmg ada dlm list band yg gua nak tgk perform live. Secara tidak langsung gua kene menyediakan diri dari segi fizikal dan mental supaya dpt pergi dgn penuh konsisten dan yakin diri yg tinggi. Poket mesti kene lebat bagi mengelakkan gua menangis bila harga tiket di luar dugaan nanti. Latihan spt lompat berpagar rumah jiran, lari setempat berganti ganti, membawa telur atas berus gigi, berlari sepanjang highway karak, menguli tepung gandum sampai jadi karipap, berenang kuak lentang dr Sg. Kinabatangan sampai Sg.Wang, minum air rebusan dahan pokok getah setiap hari selepas blk kerja adalah antara langkah2 awal yg harus diambil bagi memastikan stamina gua sentiasa solid dan fit pada hari tersebut.
Kalau ada sebarang maklumat atau info nnt gua akan update atau lu org blh masuk dlm web Comback Kid sendiri. Info atau gossip hanggat pasal artis2 mcm Dafi, Salleh Yaakob, Harun Salim Bachik, Dollah Salleh, Zac Efron, Ning Baizura semua tu, lu org kasi beli malajalah buah2an yg ada dekat kedai buku sana..
7 best men's belts
7 years ago
12 org mencarut.:
kena bawak kacang kuda dengan es sarbat ni time g tgk ni
cam back gaban ke takder eh
post sana...
pist sini...
pastu end up tak pegi...
ark ark ark~
simpan-simpan la duit buat beli masking tape & tali helmet.
biar pecah diperut,
jgn pecah di kepala!
opening konsert chris brown dgn soulja boy x silap akuk...lps tu last skali dj naza perform...slamber g!!
phatzlan: sapa kata gua x pegi?
pek: gua beli helmet baru patblas ratus puluh. gua bagi lu satu pakai time bwk kreta.
chomb: apa gila pegi konset Chris Brown? baik gua pegi konset Elyana.
lu bagi gua helmet, gua buat tempat ayam bertelur je.
pek : mmg la ko wat helmet tu tmpt ayam bertelor...da ko gantung moto ko kat pagar dpan rmh...mentang2 skang bwk kete sorong samel bareng minum ribena susu tarik...
chomb nak rebina saje.
mentang2 kaler purple.
gua cucuk rubela kat buah pinggang lu mau?
cukur bulu kaki guna siku paling susah.
(tetiba lari topik perbualan dr entry lain..)
wah tak sabarni
enjoy the show ya
CBK i was there :D
Post a Comment