Thursday, April 24

Main tag tag. Part 2.


Kalini gua pula di tag. Gua rasa tuan tanah ini cuba membalasdendamkan dirinya akibat ketidakpuashatian (panjang aih..) beliau kerana gua dah tag beliau tempoh hari. Gua rasa baik gua jawab saja soalan dia ni sebelum dia santau gua bagi gua kencing berdarah nnt. Gua jawab ni sambil dgr lagu Amber Pacific - If I Fall sambil minum sirap.

"5 PERKARA ANDA LAKUKAN BILA ANDA GAGAL DALAM SESUATU PEPERIKSAAN??"

Ni apa punya judul tag ni? Tak tekno langsung. Saja je membangkitkan zaman persekolahan gua dan zaman rock rock Blink 182 dulu. Gua dah la masa persekolahan maupun zaman perstudian mmg terkenal dgn sifat kemalasan dan kerselamberan gua yg pegi kelas dgn kadar selamba saja.
Tapi memandangkan gua seorang yg rasional dan tidak bersifat racist gua jawab jgk walaupun buah pinggang terasa gatal gatal.


  1. Gua akan menyusun strategi yg paling licik sekali utk bagitau kat org tua gua sbb sbb gua gagal. Gua takde la nak bekap clean sgt cuma gua akan kemukan alasan alasan yg blh diterimapakan dan tidak berunsur jimbit spt motor tayar pancit, pak guard kolej kanibal, makanan kat kafe tak sedap, mesin tiket lrt rosak etc. Tu suma alasan cilakak yg kalau gua sebagai ayah akan tampar anak gua di dahi kalau alasan begitu dikemukakan.
  2. Gua akan mengurangkan aktiviti sosial gua. Waktu keluar mlm akan diturunkan sehingga pukul 10 je kalau nak keluar pastu blk mesti sebelum kul 1. Snooker, karaoke, bowling, renang berirama dan aktiviti aktiviti menapirkan diri tu terpaksa gua pinda kepada hari cuti am.
  3. Cuba kaji balik part mana yg gua leh kantoi ni. Tak paham soalan ke, gua bengap susu ke, kesilapan teknikal ke, tertido dlm dewan ke, byk mkn semut ke dan sebagainya.
  4. Gua byk lepak bilik saja. Dgr lagu, pastu tido. Tido pastu dgr lagu. Mandi pun dah jadi malas apetah lagi kalau nak ketip kuku.
  5. Jumpa blk lecturer gua dan mintak dia ajar blk dgn penuh sifat tidak kuranghajar. Time ni mmg gua kene tepek je la kat telinga dia punya bebel tapi terpaksa la kan. Lu dah bengap kene la tebal muka pegi tanya. Agak agak dia bising sgt, lu buat buat pitam je kat situ. Nak lagi real siap bagi mulut berbuih lagi. Pehhh..

But yg ni kegagalan yg gua alami secara purata la. Kalau kena yg peringkat ekstrim mcm yg baru baru ni, huru hara hidup gua. Itu ini kena susun blk. Finance kene cek blk. Mmg siksa la batin lu bai. Tapi harap harap korang semua sukses dan sentiasa hensem la.









notakaki: Gua baca title tag ni gua gelak. Lu orang pernah dgr ayat ni: "Tidak bermakna anda gagal dlm SRP tempohari, anda tidak akan bahagia.."





4 org mencarut.:

Anonymous said...

rukun islam berapa perkara lu tau?

amscreamo said...

ko pun kena tag ni..
haha

Anonymous said...

hahaha... aku pun kena gak.. tp aku jawap esok lusa je la..

Gaban Lazzara said...

pek: err.. err..

*sambil bukak buku Pafa


amscreamo: tu ler. nasib baik gua tgh rajin.

azizulhafiz: gua ingat nak jawab raya haji nnt tapi terjawab sekarang pulak.