Sunday, April 27

Main tag tag. Part 3.



Ni siapa la pengasas kepada industri tag tag ni? Gua rasa nak Tag Heuer je dahi dia. Menkerepoklekor je gua dgn trend tersebut.


Kali ni gua di tag lagi secara misteri dan penuh sulit oleh seorang gadis ni. Mujur gua sedar gua ditag jika tidak gua akan ditimpa bencana spt berak tak lawas, kulit kaki menggelupas dan juga kencing berbau hancing peringkat longkang punyaa..


"6 BENDA PELIK TENTANG DIRI SAYA"


Hah, ada bran? Ni soalan yg blh mendatangkan penyakit barah payu dara walaupun gua langsung tidak mempunyai sebarang. Gua jawab, selamba hadap..

1. Gua sgt cerewet tentang lipatan baju gua. Kalau sesiapa yg lipat baju gua yg dah lepas cuci pastu letak depan pintu, gua akan bukak dan lipat balik satu satu. "Tak cantiklah dia lipat.." bisik hatiku ketika melipat baju/seluar tersebut..

2. Gua tak mkn sotong, kerang, lala, dan siput sedut. Tapi gua blh mkn ketam ngan udang pulak. Walaupun anasir anasir itu dicincang halus kepada 12 ribu bahagian sekalipun, kalau ade dlm pinggan tu, gua punya aura blh detect pastu secara automatik gua terus reject hidangan tersebut. Waima, dlm kuah mee kari ade kerang sekalipun, mampus gua tak mkn mee kari tersebut!

3. Gua sgt suka menyendiri. Gua blh buat hal gua tanpa rasa masalah. Sbg contoh, gua pegi mana mana gig lone ranger saja. Kalau ade sesiapa yg gua kenal kat situ, gua lari mana tah. Gua mmg malas bergaul dlm parti parti sosial spt itu. Duduk tepi tgk org lagi layann.. Gua juga blh pegi tgk game bola EPL di warung warung mamak secara solo dan tanpa berduet maupun secara berkumpulan.

4. Koleksi pencuci muka gua mcm perempuan. Pernah mendatangkan bual mulut org dan timbul isu ni dlm keluaran Mangga edisi Hari Gawai tahun 2007. Gua penah pekai pencuci muka spt Loreal, St.Ives, Clean and Clear, Clearasil, Ponds, Safi dan apekejaddah lagi tah. Minyak pelincir jenama Shell je lagi gua tak try..

5. Koleksi kasut gua juga menimbulkan rasa tak puas hati beberapa buah pihak. Secara purata bilangan kasut gua adalah sebanyak 20 pasang dr pelbagai jenama. Sbb tu gua sering mengalami kemelecetan ekonomi walaupun ketika itu pada awal bln. Abis dah pantang nampak kasut nak rembat, kau nak mkn apa satu bulan tu? Keropok lekor?
Member member gua yg berkunjung ke rumah gua cenderung utk membuka almari kasut gua dan riki riki kasut baru gua. Nak pinjam le tu.. Cilakak!

6. Gua cenderung utk buang air besar kalau keluar bersama kawan kawan. Yg ni paling misteri. Gua sendiri pun taktau. Ade sesetengah member gua yg dah tau tu akan warning gua utk mengclearkan tangki gua dulu sebelum keluar bersama mereka. Seorang member gua pernah dimasukkan ke wad kecemasan akibat pendarahan serius kerana mengkarate sebuah bumbung Proton Perdana sbb marah yg melampau.



hah, clear sudah. Gua malas nak tag blk sbb gua rasa semua member gua sibuk nak periksa la ape la. Gua yg memahami ni takmau tag lu orang. Kalau lu orang gatal testis, blh la jawab blk benda ni kat blog masing masing tampa was was..






4 org mencarut.:

Anonymous said...

no 2 n 3 au dah sedia maklum.
mmg dah sgt biasa. tapi no 6.
masih samar2 je perbuatan terkutuk
tu. lazimnya akan dilakukan oleh
tom.

cepat siap!! nak karoake pulak ni.

Anonymous said...

To whom it may concern,
We are selling Soilwork tickets NOW!!

It is for RM55 only!!! The promotion for RM55 tickets last until 3rd May 2008

Please call:
1.JEPUN : 013 -660 0392 (Nationwide)
2.AZIM : 012 - 497 5481 (Nationwide)
3.NAJMI : 012 - 313 8426 (Nationwide)
4.AJIE : 012 - 357 4775 (Singapore and JB)
5.CIPUI : 012 - 505 8352 (KL and Selangor)

Call to book them now!!

Anonymous said...

yhaa.. no. 6 tu.. mcm slalu je aku ras.e.
har har har

Gaban Lazzara said...

hotness wtf?: perbuatan no. 6 tu rare. ade special occasion saje.

pek: apa ba*i lu iklan dlm ni? gua jek juge buah pinggang lu karang!

ast3: ye ke? meh la tag team.