Monday, September 29

Selamat Hari Raya Aidilfitri.



Lagi sari je lagi kita akan menyambut Aidilfitri di bln Syawal. Ramadhan pun dah sampai ke penghujungnya. Gua pun tak tau apa yg gua dpt sepanjang Ramadhan ni. Walaupun gua tak memanfaatkan sepenuhnya bln Ramadhan ni, tapi gua harap amalam yg gua buat sepanjang bln ni mendapat keberkatanNya.

Gua rasa tahun ni gua tak sedar langsung dah nak habis bln puasa. Mungkin sbb jadual waktu gua yg sentiasa zibi membuatkan gua tak sedar langsung dah dekat sebulan gua puasa. Ditambah pulak dgn cuaca bln ni yg agak kurang menentu, sekejap hujan sekejap panas. Tapi alhamdulillah, gua masih steady tempuh bln puasa ni. Gua cuti raya seminggu pastu naik balik gua dah start menggelupur dgn trial, exam dan menatang yg lain. Bila fikir-fikir blk, gua jadi tensi.

Tahun ni gua sambut raya dgn keluarga di KL sahaja. Gua org sini jadi takde konsep balik kampung pada pagi raya ni. Masa mak gua sihat dulu, raya ke-2 baru la kami bertolak ke Tanjung Malim, Perak. Kat situ ade la sikit sedara mara mak gua. Blh la gedik-gedik main mercun kasi letup kat kampung sebelah. Tapi sekarang takde la. Gua duduk rumah tgk Anak Mami The Movie sajee.

Beza raya tahun ni dgn raya tahun lepas ialah tahun ni gua sambut berdua. Tahun ni gua ade gadis yg menemani gua sepanjang Ramadhan, teman gua berbuka dan ada disisi gua ketika gua memerlukan. Gua bersyukur sbb gua ditemukan dgn dia sebelum bln Ramadhan ni jadi gua rasa hidup gua takde la kosong tempuh Ramadhan dan Syawal sorang-sorang. Tahun lepas, sehari sebelum Ramadhan gua ditinggalkan. Memang susah bagi gua utk tempuh bln puasa tu tapi gua buat kental, gua terus je. Takpe la, benda dah jadi. But at-least I'm a better person now.





So disini gua nak ambil kesempatan nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakan-rakan di luar sana samada yg dr Myspace maupun rakan-rakan bloggers yg lain. Kalau gua ade buat salah, terkasar bahasa, termencarut dgn sengaja, terngomel, tersentel, tergelebak, terbalik, terkentut di khalayak ramai, terberak di luar mangkuk tandas, terkarate dinding, terkuak lentang, terstim, dan ter yg lain-lain, gua menyusun jari mintak dimaafkan. Dan kepada sesiapa yg ada buat salah dgn gua, gua dah maafkan. Tarahal punya.

Kepada sesiapa yg tau rumah gua tu, jemput la dtg beraya. Tapi bgtau dulu kot-kot gua ade mesyuarat tergempar dgn Dato ke Tan Sri ke nnt susah plak. Menu spesial rumah gua tahun ni berupa mee kari tiada pinggan dan juga sirap bunga orkid. Jemput la..









p/s: Kepada gadis, nnt lu bgtau bile free gua dtg terjah rumah lu ok? Masak sedap-sedap. Keracunan makanan gua, mmg gua pancit je kereta Viva lu nnt.


7 org mencarut.:

amscreamo said...

selamat hari raya aidilfitri.
fulamak.. da ada teman da skang.semoga berbahagia.

MyNameIsPia said...

hari raye pon nak pedajal org ke haa. gadis lak tuh. isk isk. tabaik pancit kan taya kete die. nnt ko gak tepakse nek beskal pegi beraye.

Melodi Aku said...

haaaiish.

gades cantik.

best beraya dgn gades.

tgk saya. jadi gay tahun ini.

dem~

Anonymous said...

nak ikut raya umah gades,bleh?

samat ari raya gab..
walaupun kau ngan aku slalu
berkomunikasi dgn cara memaki hamun
serta pekik memekik,tapi itulah kita..

dtg laa raya umah aku a week after
raya,aku seminggu kat italiaganu..
miahahaha

Gaban Lazzara said...

amscreamo: slamad hari raya aidilfitri. ouh, heheh. mekasih2.

sopia: ey gua pegi beraya naik rollerblade je slambee..

melodi aku: mekasih beb. jgn jadik gay wey. x berapa bernas idea lu tu.

wanie: ha, moh le kite serang rumah beliau? nnt gua terjah rumah lu. masak sedap2. kalau lu masak xsedap, xpayah masak teruss..

little e=two said...

santek gadis lu gaban!
slmt hari raya :0

Anonymous said...

bila si gaban bercinta....

hehe!
moga bahagia!