Sekarang gua tgh dgr lagu Micheal Jackson, You're Not Alone. Jgn tanya kenapa gua dgr Micheal Jackson, usah harap gua nak jawab. Lagu ni gua dgr sbb dia chill dan sesuai dgn prinsip hidup gua iaitu "Tak guna anti-sosial kalau hidup tak chill.." Amacam? Puitis tak prinsip hidup gua tu? Siapa yg berminat nak join jadi ahli blh la ambek borang dikaunter bersebelahan. Eh, siapa yg memesongkan pendirian gua dr jln yg benar ni? Gua bkn nak cerita pasal prinsip sekarang ni. Razak Mohaideen btul laa..
Tetiba gua teringat, dulu masa gua kecik-kecik masa tu gua darjah 5 kot. Tahun berapa pun gua dah tak ingat. Malas gua nak pikir tahun berapa. Pikir pun bkn dpt elaun. Tapi yg gua ingat zaman tu bas mini mmg otai. Jalan raya dia pegang. Mat rempit pun masih belum dilahirkan masa zaman tu gua ingat. Zaman ni Amy Search masih solid lagi pakai seluar kulit kilat-kilat. Tapi kalau lu pakai sekarang seluar kulit kilat-kilat jln kat Sg.Wang, mmg makwe-makwe yg lalu lalang akan ckp wtf kuat-kuat dekat lu la kan baii..
Zaman tu Micheal Jackson mmg top. Gua ingat lagi. Tgh gua layan tv tu ada iklan mcm-mcm. Sekali lepas iklan Ding-Dang, ada iklan Micheal Jackson. Pehhhh.. Dia punya album baru keluar siap iklan kat TV3 tu bai. Lu jgn menggila! Jamal Abdillah pun iklan kat kulit majalah je tu pun kat bahagian belakang. Gua pulak masa kecik-kecik tu mmg licik. Mak suruh belajar, gua belajar depan tv. Nak tgk drama punya pasal. Abis tgh gua nganga tgk tv tu gua tgk iklan pasal album baru Micheal Jackson. Secara auto gua terus memikirkan idea keji gua.
Gua terus teruja. Mlm tu kakak gua blk kerja gua ayat dia suruh belanja gua kaset Micheal Jackson sepam. Kaset tu dia keluar 2 side. Side A dan side B. Gua tak pasti apa yg ada dlm set tu tapi gua tau dlm tu takde free gift mainan dan choki-choki. Kakak gua mula-mula haram peduli permintaan gua tu. Gua buat kerek-kerek sikit pastu dia setuju tapi dgn syarat. Biasa la kalau budak-budak mintak benda mesti nak bersyarat-syarat bagai, mcm cilake. Gua kena belajar rajin-rajin periksa nnt dapat nombor bwh dari 5. Maksud dia dr nombor 1 sampai nombor 5 je la. Kalau nombor 19 haram la kakak gua nak bagi kan? Apesal lembap sgt korang ni? Mesti periksa dulu dpt nombor 23 ni..
Lepas perjanjian tersebut gua jadi rajin lain mcm. Stadi skang pukul 8 dah mula tapi masih depan tv lagi. Apekejaddah? Ahhhhh, tapi gua stadi jgk ok? Akhirnya usaha gua membuahkan hasil dan bukan buah pinggang. Masa periksa gua dpt nombor 3. Pehhhh.. time ni gua mmg taksub la kan. Mata bersinar-sinar je tunggu kaset Micheal Jackson. Ujung bln kakak gua belikan. Abis tiap-tiap hari rumah gua dihidangkan dgn lagu Micheal Jackson. Mak gua jadi bengkek sbb dia tak dpt dgr lagu melayu. Gua kongker radio..
Sekarang tahun 2008 gua cari-cari blk kaset tu tapi tak jumpe. Gua saspek kakak gua rembat blk sbb kat rumah dia ade sebijik radio yg blh pakai kaset. Kasted! Tapi cuba sekarang gua merengek-rengkek kat kakak gua suh beli kaset Micheal Jackson lagi lu ingat dia bagi tak?
"Kak La, tlg belikan org cd baru Bring Me The Horizon blhhhhhhhhhhhhh?"
7 best men's belts
7 years ago
8 org mencarut.:
hahaha...
anak buah xpenah ke merengek mintak ko belikan cd dilinger escape plan ke apa?
dr layan michael jackson baik layan britney spears. rambut tocang due comel gileeeeeee.
hahahaha...
agak klaka laahhh..
mj best weiii! aku ada cd the best of dia...layan! aku suke lagu beat it! mmg samseng!
amscreamo: dia merengek gua bagi sepakan loncat je..
pia: tak kuasa gua. habis rosak horman jantan gua..
gg: ehehehe.. *tersipu-sipu
nadja: kan? kan? kite dua mmg rock kangkang la. ha bila nak beli seluar kulit ketat?
mengada2 kau nak cd bmth...
download pastu burn sudeyh...
lu menari tak dalam bilik bila dgr lagu maikel jeksen tu? letak-letak sabun sikit atas lantai, lepas tu slide... pehh mmg nice.
phatzlan: baru la horny skit beli yg ori.
pek: gua siap brekdens. mmg horror!
Post a Comment