Monday, January 5

Licik mereka ni..



Tadi gua bersama housemate gua ke Uptown Damansara tadi. Tetibe gatal plak testis kiteorang nak pegi mkn jauh-jauh. Mungkin minyak masih mempunyai 4 bar pada meter Perodua Myvi dan baki gaji masih 4 angka di bank menjadi dalil-dalil member gua tak keberatan utk gedik-gedik mkn jauh.

Pelik plak gua. Niat di hati nak men-yalleh tapi tetibe Salleh tutup plak harini. Hari kebangsaan pun bukak tapi arini tutup. Saje menerbitkan perasaan misteri di hati kecik gua. "Mungkin ada kenduri sunat ke kenduri arwah barangkali.." bisik gua di dlm hati.. Oleh itu kami menukar port lepak ke hadapan sikit sekaligus menukar aktiviti kami menjadi men-sulley pulak. (Men-sulley sbb kiteorang lepak Sulleyman)

Tgh lepak-lepak sambil gua layan teh o ais tetibe satu makcik ni dtg jual kerepek. Gua saspek umur dia ni cam 50 tak lari la. Org Kelantan sbb gua kenal dia punye kecek. Muka kedut-kedut je. Tetibe gua teringat arwah opah gua.

"Dik.. beli kerepek dik?"
"Takpe makcik. Kami dah kenyang.." jawab gua tulus dgn penuh budi bahasa.
"Beli la. Utk kawan ni ke. Org di rumah ke.." jawab makcik tu spontan.
"Haish.. takpe." jawab gua sedikit berang.

Makcik tu tgk gua angkat tangan sebelah sambil sebelah lagi tgh sumbat sudu penuh nasik dlm mulut, trus beliau membelahkan diri beliau. Memula gua kesian jgk tgk makcik tu bwk plastik besar jalan-jalan kan tapi apa kan daya..

Abis mkn gua gerak blk Kerinchi. Tgh gua lalu nak masuk ke highway tu, tetiba mata gua terpandang seseorang bwk beg plastik besar kaler merah. Gua amati beliau betul-betul. Sebaik kete gua lalu sebelah makcik tu yg sedang pegang kunci dan memasuki sebuah kereta Honda CR-V, sekaligus mulut gua kata.....



"KIMEKS MAKCIK NI!! NASIB BAIK GUA TAK BELI KEREPEK DIA. MCM BINATANG PUNYA KAYA SIAP PAKAI CR-V KOTT!!!!"





Selepas tragedi tu gua terus jadi fobia nak jamah kerepek.. (tiada kena-mengena.)



7 org mencarut.:

Anonymous said...

salam kenal...

Anonymous said...

pergghhhhh gua pun masih kekal ngan lamboghini gua.. pasni nak tukar profession jual kerepek laa

lavidalabelle said...

ahaha... jgn memain jual kerepek pun boleh pakai crV. hmm, jejaga pegi uptown tu, byk orang buta yg celik berkeliaran.

Anonymous said...

3 Things:

- Menyulleh.

- Makcik CR-V (cilakak!!)

and, Selepas tragedi tu gua terus jadi fobia nak jamah kerepek.. (tiada kena-mengena.)

HAHAHAHAHAHHAHAHAHH!!!!
Aku ingat die jampi2 kau ke ape pasal tak bli kerepek. chey. anti-klimaks lah! Testis asek gatal je.
Buruk lah hang ni!

adorable chacha said...

reffering to the post:
Gaban tabayek dengki ngan rezki mak cik tu..ko jual la kepek juge.
mwahahaha

far far away said...

kalaw makcik jual kerepek boleh kaye camtu...apetah lagi makcik jual selendang...oh man.

Gaban Lazzara said...

afif: salam dari seberang.

wanie: tukar la. gua jumpa kat uptown mmg gua sepak.

belle: tu la. gua nampak mcm ada iras pun ada jgk?

dipz: biasa aaa..

chacha: gua tak larat nak bwk platik besar kehulu kehilir..

itek: apetah lagi makcik penganyam tikar mengkuang? tu belum masuk makcik pengusaha batik lagi..