Setelah melihat entry member gua ini [ link ], tanpa berlengah gua terus memutuskan azam gua utk tahun ini. Bila gua fikir blk, tahun lepas dan tahun-tahun sudah gua tak pernah nak buat azam tahun baru semua ni sbb gua rasa tindakan tersebut mcm kurafat tapi sekarang gua telah berpaling tadah. Ini adalah antara azam-azam tahun baru gua:
- Gua nak mula menghisap rokok bagi tampak lebih cool dan seperti abang-abang kaki pukul di Chowkit sana. (Orang sebok nak berenti rokok gua plak hilang akal baru nak mula hisap..)
- Mula mengambil serius tentang isu semasa seperti harga minyak dah turun, Norman hakim cerai Abby, Obama dah jadi presiden Amerika, Mawi kahwin Ekin, harga minyak lintah dah naik, berat badan Bob KU2 pun dah naik, dan beberapa tajuk utama lagi.
- Mencari kerja yg sesuai dgn jiwa kelajuan gua bagi memulakan hidup spt seorang graduan yg hensem dan sesuai sebagai calon menantu. Gua dah tak nak kerja mcm buruh tapi gaji tak dpt sejuta pun.
- Mula meriki-riki kenderaan yg berenjin bagi memenuhi nafsu gua yg ingin terjun kedunia permotoran dan bukan lagi menaiki motosikal semata-mata. Lagi 6 bln Honda Jazz takpun Toyota Vios. Lu tunggu!!
- Membalas jasa mak bapak gua yg bersengkang mata membesarkan gua walaupun hakikat dia gua anak yg baik dan jarang menyusahkan mak bapak. (Ni gua rasa azam gua yg paling murni sekali. Tak syak lagi..)
- Menemui bakal mentua dan cuba memupuk perasaan mesra di antara gua dan mereka. Aiseywahhhhhhhhhhh!
- Mem-plan percutian yg mega spt tahun lepas bagi merilis tension sekaligus meriliskan album baru gua. Gua plan nak bercuti ke Bandung ke, Vietnam ke takpun paling solid tu Kenya sana. Amacam?
- Mengclearkan "to-buy-list" gua yg dah lama tak berupdate. Semenjak dua menjak ni nafsu membeli-belah gua dah timbul blk. Mungkin angkara gua sering ke pusat beli-belah di sekitar ibu kota pada waktu mega sales akhir-akhir ini.
- Membayar blk hutang MARA yg gua habiskan berjoli dan pergi ke gig masa belajar dulu. Ujung bulan je 5 kali sehari gua pergi mesin ATM tu check loan dah masuk ke blm.
- Cuba memperbaiki diri menjadi seorang yg lebih baik dan berguna kepada masyarakat. Sekaligus menaikkan taraf Malaysia di mata dunia daripada segi ekonomi dan sosiologi. (Apekah?)
3 org mencarut.:
Eh Jom Pegi Makan
Eh Jom Pegi Makan
(ala ala audible ym)
Ha aku pn macam nak pegi Kenya.
Tapi ticket mahal mcm bodoh.
Eh ko gurao2 je ekh nak pegi Kenya? Aku memang nak pegi betul niii, biaselah nak sesuaikan diri dengan nama jolokan 'angelina jolie' yang orang selalu kasi aku.
eleven to 2nd: hah, moh ler..
itek: ajak la chris martin pegi.
Post a Comment