Monday, July 13

Mengikuti lawatan sambil belajar ke Zoo Negara.

Sepatutnya entry ni gua post minggu lepas tapi mcm biasa la, gua kan buat-buat sebok jadi minggu ni br la nak post. Malas kan satu amalam mulia yg kerajaan pupuk didlm jatidiri masyarakat berbilang kaum sekarang ni..

Minggu lepas gua dan gadis melakukan aktiviti separa waras yg kiteorang blm pernah buat lagi. Beliau mengemukakan cadangan utk mengadakan lawatan sambil belajar ke zoo negara. Dia kata dia dah tak ingat macamana bentuk unta dah. Gua suruh dia google je dlm net tapi beliau bekeras utk memutuskan hubungan jika gua masih berdegil utk tidak membawa beliau ke zoo negara tersebut. Jadi atas desakan ekstrim tersebut, gua akur.. (bunyi mcm pasrah dlm drama melayu)

Waktu kiteorang sampai kat depan zoo tu mmg terbaik. Pukul 1 tengahari. Waktu panas mmg tengah champion punya time tu. Pehh.. gua ingat-ingat blk last gua pegi zoo negara masa darjah 4 ke darjah 6. Tahun 1973 kalau tak silap gua. Blh tahan la lama dia. Tiket yg dikenakan bagi pengunjung dewasa pada hari cuti adalah sebanyak RM15. Gua nak je tunjuk student card tapi dia mesti gelak bila tgk student card gua gamba dah ilang siap patah lagi. Dia ambek buang dlm tong sampah je silap-silap nnt..

Zoo negara ni blh tahan la besar dia. Dia dah tambah lagi 2 park dlm tu. Gua pun dah hilang ingatan park apa tapi kena bayar ekstra sikit la kalau nak masuk semua park tu. Park Ji-Sung kalau gua tak salah.. Binatang mcm biasa la yg akan lu jumpa di zoo antaranya ialah beruang, seladang, zirafah, unta, badak sumbu, badak air, air badak, kera, orang hutan, orang bandar, memerang, ular sawa, ikan patin, beruang kutub, kambing bukit, dolphin, burung gagak, lipas, tikus hutan, musang berjanggut, kambing gurun, mentibang laut, tapir, cipan dan beberapa nama lagi yg gua penat nak list kat sini. Nak tau lebih lanjut pegi la melawat sendiri.

Gua berjalan dlm tu 4 jam. Gua dr pakai baju elok kemas, panas punya pasal bukak baju pakai baju takde lengan je. Dah mcm pelancong dr Australia Barat je. Series hell punya panas. Patut la gua tgk badak air tu asek lepak dlm air je taknak keluar. Cilaka btul. Tu pun gua tak habis tgk persembahan aneka binatang sbb gadis muka dah mcm selipar, mengajak blk. Padahal mula-mula masuk tadi dia yg paling terkinja-kinja. Ambek gamba la ape la. Sekarang jln pun malas nak angkat kaki, seret je..

Abis pegi zoo, kiteorang gerak ke Curve makan. Pundi kencing gua tetiba teringin nak mempekena ayam penyet plak jadi dgn muka beminyak dan ketiak masih basah sikit, kami pun pegi mkn situ. Lapar yg ekstrim membuatkan gua tak sedar gua oder air sebanyak 2 gelas. (takde kene mengena oder air dgn lapar..)

Mlm tu blk rumah gua mcm nak pegi pusat urut je. Sengal-sengal je badan. Kulit hitam jgn cerita. Paling cilaka yg gua tak buleh blah, dah kat rumah tapi hidung gua mcm terbau-bau je tahi lembu kat zoo tu. Palat btul. Gua dah mandi habis wangi siap shampoo rambut ketiak semua pun masih bau lagi. Mungkin tu adalah akibat lepak berehat sebelah kandang seladang tadi lama sgt kot. Gua dah ckp dah kat gadis jgn lepak sini lama-lama tapi beliau degil. Sekarang tgk siapa yg kena?




10 org mencarut.:

dude said...

4 jam?

kol 1 sampai kol 5?...

n tetibe aku wonder something... ;)

wanie said...

ada antara binatang yang kau list tu bila aku gi zoo aku tak jumpa la beb.. kena 2nd trip la ni..

weyh 1973? gila baban.. kau lahir sama umur ngan aku la ni? tahun 1861..

z a t i said...

aku suke je pergi zoo sbb ade kfc, A&W dan arnab berkeliaran.

F A R Y N said...

tetiba aku rendu sama zoo negara..
hahahahaah

Gaban Lazzara said...

dude: lu ingat wonder girl ke nak wonder wonder? ke the wonders?

wanie: dia binatang baru. gua pun terkesima skejap bila tgk. eh sama ke? patut la ada chemistry on my chemical romance. *waddefak?

zati: lu kalau setakat pegi zoo nak mkn je baik pegi Restoran Insaf je.

faryn: wey lama x dgr gossip hangat anda? tu la. pegi la. jgn asek nak pegi Pavillion je keje..

i.am.belle said...

pegi zoo okey ler tuh. nanti lupa pulak muka monyet dan al-buaya... eh. silap. monyet ada kat jlnraya, buaya byk kat kelab2 malam. lalala...

Gaban Lazzara said...

btul. gua pergi nak tgk tapir je sbenarnye.

MyNameIsPia said...

nak tgk tapir ko tgk je la cermin weh. da bole tgk tapir. tetiap ari pon bole kot. erm erm.

icha said...

ahahhaha..siot je pia! tp btol jugak tu kan? eheh..

Car Loan Caculator said...

Thank you for your sharing !!!