Wednesday, February 27

Bleeding Through's

Kepada sesiapa musibat di luar sana yg join pegi kenduri anjuran Bleeding Through 9hb Mac ni secara solo atau berduet, blh la msg gua di namber meksis +60123483281 (gadis2 diutamakan) supaya kita dpt pergi secara berjemaah dan lebih molek dari pandangan gua secara tak langsung dpt memeriahkan majlis nanti.

Tak berapa nak hardcore la kalau pegi secara solo kerana kita bkn pergi ke parti anti-masyarakat sedunia yg berlangsung di Ruums nanti? Sesiapa yg masih ketinggalan zaman tu, blh masuk page Bleeding Through pastu kasi tgk la dgn lu punya mata sendiri.. okeh?

Monday, February 25

Kepada semua sampah masyarakat sekalian..

Kepada semua sampah masyarakat sekalian:

Kepada sesiapa yg ade link blog masing2 yg nak diselitkan dlm blog gua, gua open for entry sekarang. Sila postkan nama blog anda dan juga link tersebut melalui inbox di alamat myspace gua dan gua akan selitkan dlm blog ni. Jgn nak buat malu2 atau kemaluan mengeras ke ape ke. Gua terajang nnt..

Pengerasnya adalah pulut kuning sepinggan dan ayam jantan masak blackpepper satu pinggan. Jgn lupa aaa!

Gua punya top 20 dlm playlist..

Semenjak gua stress byk kerja ni, cara nak rilis tension ni gua rasa yg paling solid skali dgr lagu la. Ade stengah kalau tension ni mkn la, pegi jogging la, korek hidung la, memasak la, menari inang la, bermain futsal la, berdrama swasta la, berbasikal la, berkuak lentang la dan berbagai la tabiat nak mampus lain..

So dlm seminggu dua ni, gua gian layan ade 20 bijik lagu ni je dlm winamp gua. Sampai org tua gua dah sound: "Takde lagu lain ke nak pasang? Asek lagu jerit2 ni je dari tadi.." Gua tuka la kejap sari dua lagu tu, pastu pasang blk ah.. Ni la lagu yg paling top dlm winamp gua dlm minggu ni:
(disusun dalam susunan tidak tersusun atau bahasa englishnya random)


1. Avenged Sevenfold - Critical Acclaim
2. The Color Fred - If I Surrender
3. A Day To Remember - A Plot To Bomb The Panhandle
4. Paramore - Misery Business
5. Saosin - Voices
6. 8mm - Quicksand
7. The Color Fred - Hate To See You Go
8. The Used - Smother Me
9. Enter Shikari - Jonny Sniper
10. Tokio Hotel - Monsoon
11. Finch - Once Upon My Nightstand
12. Secondhand Serenade - Like A Knife
13. Alesana - This Conversation Is Over
14. Boys Like Girls - Thunder
15. OST Sweeney Todd - Johana
16. New Found Glory feat. Chris Carrabba - The Promise
17. The Modly Peaches - Anyone Else But You
18. Avenged Sevenfold - Dear God
19. Emery - Listening To Freddy Mercury
20. Far-Less - A Toast To Bad Taste


Kalau korang hensem, repost blk kat gua lagu ape yg korang dgr dlm winamp korang sekarang so kita blh share. Kalau setakat nak buh lagu ganas2 tapi tak dengar gua simbah je ngan asid nnt. Lagu Negaraku tak termasuk aaa..






notakaki: gua dah tuka playlist gua. ni semua Jebat punye pasal la ni..

Rempit mmg kerajaan sayang..

Harini gua menjadi temper dan chuak secara tidak sengaja.
Ni semua berpunca dari tragedi berdarah yg menimpa gua ketika balik tadi. Cis sungguh..

Gua blk kerja mcm biasa la dgn menaiki moto dan tidak mengikat tali helmet akibat sifat malas gua. Gua bwk je la mcm biasa dgn muka ala2 hensem jejaka tempatan. Tgh layan je bwk moto sambil nyanyi2 lagu Wheatus tu, tetibe gua perasan ade sebijik nouvo ni cucuk2 blakang moto gua. "Apehal plak musibat ni cucuk2 gua ni? Sakit perut nak terberak kot?" getus hati gua. Gua bwk rilek je la dgn kelajuan sekata 80km/j je. Hidup dah lama kot time2 jam2 camni kau nak bwk 100km/j? Tapi nouvo belakang ni masih berperangai seperti binatang lagi..

Gua jadi temper. Apehal yg lu nak cucuk2 ni bai? Gua jeling side mirror (moto gua dah ade side mirror skang ni..) pastu tgk mamat nouvo ni blh senyum2 plak kat gua. Dia bwk double plak tu. Gua tgk jalan clear je, gua masuk kiri kasi dia potong. Gelabah mcm beruk je bwk moto.. Cilake tak cilake la kan? Dia tak potong plak bai.. apa kes kau ni? Gua time tu dah saspek dia ajak main plak time2 jam ni. Gua buat bodo je la stail tak amek port. Mamat ni jadi temper sbb gua buak dekk je, dia potong moto gua stail kulit bawang punye. Makgad blakang dia skit lagi je nak cecah makgad depan gua. Gua menjadi kaget. Kau kalau dah bergesel, dah melambung tak tentu pasal tgh jalan ni camne?

"Pukimak la wei!! Mampus la lu cepat!!" jerit gua kuat, dlm hati. Gua terus menyumpah2 kat nouvo depan tu. Berbagai jenis kata2 kesat dari beberapa jenis bahasa, turbo je keluar dari mulut gua. Gua mmg hangin toksah ckp la time tu. Pas potong gua, dua2 babun tu usha belakang gelak kat gua. Gua buat muka bodo je walaupun niat kat hati rasa mcm nak bakar je moto dia. Pastu gua pikir mungkin sumpahan gua tu menjadi kot?

Tgh cantik dia usha2 gua sambil senyum2, dia tak prasan depan tu ada Civic 2.0 yg baru tu, kaler maroon lagi. Gua time tu dah perasan dah mesti ade tragedi berdarah akan berlaku. Sangkaan gua mmg solid btul.
"Kedebangggg!!" bunyi sedap je gua dgr. Sekali nouvo cilaka tersebut dah berdentum dgn Civic tadi tu. Baik punya dia mkn bonet belakang Civic tu. Civic tu cedera ringan je la, ringan tak ringan sangat la kan kemek jgk la bonet belakang dia. Nouvo tu la yg paling anggun sekali. Fork depan bengkok, set depan kompom lumat pastu dua2 ekor babun tu naik atas bonet belakang Civic tu. Perghhhh..

Gua berenti tepi usha dia. "Padan ngan muka lu org cilaka," maki gua dlm hati.. "Mendapat la lu nak bayar Civic ni punya rosak. Jual moto tu je la bai.." Gua tgk je dua ekor musibat tu bangun. Org time tu dah ramai la. Yg mana nampak nouvo tu potong moto gua tu senyum je la mcm gua. Yg tatau tu terus jadi simpati. Gua time tu mmg dah takde dah sifat2 simpati ke, berperikebinatangan ke, sume dah takde. Ade rasa mcm nak turun moto pastu sepak je perut diorang.

Bile jamm dah makin kronik, gua pun blah. Malas nak tgk2 sgt. Tapi gua yakin mesti dua2 babun tu menangis la nak bayar kreta Civic tu punye kecederaan. Tu la kau, bwk nak belagak2 sgt. Ape aje kau dpt belagak2 ngan gua tadi? Nak tunjuk skill pun cari la masa sesuai. Ni time org tgh kalut nak blk kerja, time tu la kau nak berperangai spt binatang tu. Mendapat la lu kan? Lepas tragedi tu, gua bawak moto terus turun ke paras kelajuan 60km/j je secara auto. Ehehehe.. takut juge gua bai.


Notakaki: Takut mcm mana pun gua, tali helmet mesti tak penah nak ikat jgk. Apesal ntah..

Setengah hari melepak di Kota Raya..

Gila ah kluar kl harini, kluar kota raya kalau nak lebih tepat. Nu kat mydin tu ha. Penyesalan sungguh keluar utk membuat keputusan utk memotong tali jam kat petaling street tadi.

Mat indon, bangla, nepal, burma, nigeria, bhutan, laos, myanmar dan byk lagi negara-negara afrika selatan yg lain, bersepah kat kota raya tadi. Gua pun pelik, gua pegi negara diorang ke diorang dtg negara kita ni?

Bau-bau semua toksah cerita la. Dari bau kemenyan, minyak tar, keropok lekor, goreng pisang, asap bas, rokok surya, perfume pasar malam, bau minyak gamat, apam balik sume dah habis melekat kat baju gua tadi. Punye la brutal sungguh keadaan kat kota raya sekarang ni.

Ingat-ingat balik la, gua last turun sini sekitar tahun 2005 kot. Time tu masih dlm era menggunakan pengangkutan awam ni. Tunggu bas situ gua mesti rentung punya. Tak payah ckp leee.. Kalau nak bergesel bahu dgn awek cun kat situ mmg mimpi la. Penuh dgn baladewa dan slankers je.

Gua pun pelik, apesal tah yg diorang into sgt lepak kat kota raya ni? Apa yg ada kat sini? Siap blh bantai minum f&n oren tu kat tepi jalan sambil sembang-sembang lagi. Apa cerita ni beb? Pakaian toksah cerita la. Mmg gua kalah ah kalau dr segi pemakaian ni. Diorang mmg champion abis kalau dressing kluar town ni. Jaket kulit yg berkilat lagi tuu, dlm jaket mcm biasa ah, baju kemeja mesti tight-in. Pastu seluar paling koman jeans reject shop. Kasut mesti nak sport je, nike la paling koman. perghhhh..

Pikir-pikir balik kalau gua jadi pegi bandung kalau mcm ni keadaan dia, baik gua pegi taiping ke, bota kiri ke, paling kodi skali sg.siput la. Gila kau diorang sembang haram gua tak paham?




Gua yg sangat stressed..

Sejak akhir-akhir ni, gua selalu berasa sgt stress. Byk sgt benda yg nak kena pikir sampai memunculkan perasaan stress tersebut.

Kekadang bile kene stress ni, ade org kata cara yg paling cool nak handle dgn pegi tido laju-laju. Abis kalau kau tgh kerja kau nak tido camne? Nak kene terajang kat rusuk, selambe je tido time keje? Tu la yg gua selalu alami sekarang ni. Akibat menatang stress ni juga la gua dapati sejak akhir-akhir ni bulu ketiak gua kerinting semacam je. Tak macam biasa. Series gua tak tipu lu!

Stress ni berpunca daripada tekanan yg melampau dlm satu masa yg tertentu. Secara tak langsung ia juga akan meningkatkan tekanan darah gua secara auto. Tapi benda ni langsung tak mempengaruhi tekanan udara di kawasan Parit Pentil, Perak. Jadi jgn salah faham ye.

Akibat tekanan yg gua terima ni, byk teguran-teguran yg baik mahupun mcm cilaka yg gua terima. Antaranya:

"Joi, pesal dulu muka kau bile aku tgk mcm Jared Leto tapi sekarang ni mcm Harun Salim Bachik je. Pesal eh?"
"Kenapa kau sekarang sering ku lihat bersendirian?"
"Gaban, pesal tak turun lepak? Dah lupa member-member ke?"

dan beberapa jenis komen yg berbaur lucah lagi yg tidak gua letakkan disini kerana tidak sesuai utk tontonan umum..

Kerja, study, life, kasut baru, Sharline, kompiter, moto baru, gadis, music, nasik, hujan tetiap hari, baju tak basuh, strimik yg mcm jamban dan mcm-mcm lagi benda yg gua kene pikir tiap-tiap hari. Gua skang tgh belajar cara terbaik utk handle sume bende ni. Susah wooo..

Jadi kepada rakan-rakan yg mana kena tempias tak tentu pasal tu, gua mintak maap berbanyak. Kalau tetiba kena mencarut dgn gua dlm bahasa Bajau tu, gua mintak maap la. Kalau msg atau call yg tak berangkat tu, gua mmg tgh sibuk tahap buruh konkrit pakai kemeja tight-in pastu kasut sport tu. Nanti kalau gua chill skit, gua balas sume sms, call, voice mail, e-mail, mail xpdc, ismail, mms, pms, spm, srp sume tu. okeh?

harap korang sume berada dlm keadaan chill sentiasa. Jgn biarkan diri anda diselubungi stress..