Harini bersamaan Jumaat, 07 March 2008 adalah hari cuti gua. Kalau pantang cuti mak gua mesti usha langsi je ngan gua. Gua bgn tido je keluar depan mesti dia sound: "Hah ni dah siap2 semua ni nak gi mana ni? Nak keluar la tu? Cuti tak pernah reti duduk rumah.." Akibat dah lali dgn soundnan dan bebelen yg kekadang dah menyerupai penceramah bebas tu, gua buat muka tak port sambil keluar start motor. Mana buleh tahan hari cuti nak duduk rumah bai? Mamat Nepal dan Bangladesh pun keluar lepak Kota Raya apaaa?
Untuk harini gua telah menyediakan rancangan ataupun bahasa hi-technya plan yg solid dan tersusun sejak minggu lepas lagi. Hari cuti gua mmg tak akan dibazirkan dgn duduk rumah tgk rancangan Wanita Hari Ini ataupun siaran ulangan rancangan Raja Lawak Astro yg mcm gua nak sepak je peserta dia tu.
Gua telah menyediakan beberapa intisari rancangan yg menarik untuk hari ni. Antaranya ialah:
Aktiviti pagi:
- Bangun pagi. Brekfes stail koboi. Kalau rajin tak mandi kalau malas pun tak mandi.
Aktiviti tengah hari:
- Mandi
- Pegi semayang Jumaat. (KEMESTIAN walaupun solat fardhu selalu miss..)
- Lunch tibai apa2 yg patut. Roti canai pagi tadi sebagai contohnya.
- Keluar bersiar2 dan bersosial.
Aktiviti petang:
- Rempit ke Wangsa Maju collect barang.
- Rempit lagi ke Low Yat cari RAM. Pc gua dah melampau tahap laju dia. Kecenderungan utk mencarut semakin ketara ketika gua melayari laman web dan ceting2 kat pc ni. Nak load YM pun sangkut2 lagu yg main kat Winamp apa cerita? Ni pc ke ketuhar gelombang makro bai? Kene kasi up RAM 2GB baru la chill nak melaksanakan aktiviti seharian nnt.
- Bersosial ke Pavillion utk window shopping. Aiseywaaaahhh..
- Lepak di Kitaro adalah kemestian utk membersihkan habuk2 yg melekat di kelopak mata sambil mengusha betis2 awek Parkson yg keluar break.
Aktiviti malam:
- Balik rumah mandi lebih kurang. Cuci muka bagi tampak lebih awet muda.
- Online cek myspace lebih kurang, baca blog2 org lebih kurang, tgk movie lebih kurang, dgr mp3 doblas tiga belas lagu lebih kurang, mkn nasik lebih kurang, tgk drama swasta ke edisi siat2 ke, 380 darjah ke, Jelatang ke, Berita Dunia Jam Sepuluh ke lebih kurang.
Aktiviti lewat mlm:
- YM dgn rakan2 yg tak reti nak tido malam.
- Keluar minum kat Pelita Telawi kasi usha betis gadis2 yg br balik clubbing-badan-bau-mcm-haram-tapi-cun dulu lebih kurang.
- Sembang lebat lebih kurang sambil pekena Teh Ais sampai tak ingat subuh.
Aktiviti awal pagi:
- Dah subuh baru nak blk terhegeh2.
- Tido lebih kurang.
*Lepas tgk mcm ni la intisari rancangan gua bila cuti, mmg gua paham la apesal mak gua suh duduk rumah..
3 org mencarut.:
mcm seal je perangai..
kluar xajak lak tu..
babi laa
dia keluar dgn gadis2 berbetis licin je jebat. gua nampak dia keluar masuk wayang gambar dgn tiket free...
(gua keluar dgn dia pun kene cukur bulu kaki)
lu jgn buat fitnah. ni yg gua temper ni. gua nak mintak tiket byk la alasan. jatuh masa jogging la, jatuh dlm minyak panas la, jiran mintak 8 la, termasuk dlm mikrowave la, kene gigit anjing la..
gua tgk wayang pun sorang cerita Buli Balik itu hari..
Post a Comment