Minggu ni ngan minggu lepas gua mmg chaos. Menggelupur mcm mesin penggempur. Minggu lepas gua dgn sampah masyarakat dgn gadis bercuti ke Port Dickson. Sori la gua lambat update, mmg sengaja sebenarnye sbb gua malas. Biasa aaa kan..
Gua dlm kondisi tak berapa stabil sebenarnya sekarang ni. Demam tak kebah kebah lagi. Skejap ilang skejap ade blk. Badan gua dah mcm mesin fotostet dah ni. Panas je. (Apekejaddah mesin fotostet??) Pastu smalam blh plak hidung gua tetibe berdarah kan? Panic at the disco jgk gua kan. Gua kira kira dah dekat 4 tahun hidung gua tak berdarah secara normal camni. Tetibe blh berdarah plak. Kaget jgk gua sebentar tapi dgn tindakan licik dan pantas gua berjaya menyekat darah tersebut dr terus mengalir deras dari corong lubang hidung gua. Gua sekat kemaraan darah tersebut dgn tisu KFC yg mana jumpa tah. Terima kasih kpd gadis atas tindakan pantas beliau yg menghulurkan tisu KFC tersebut instead of dia punya pad. Terima kasih gua ucapkan!
Pastu semalam sepatitnya gua menghadiri majlis kahwin seorang rakan gua yg musibat dekat Hulu Langat sana. TETAPI, dgn selambaaaa gua blh bgn pukul 12.15 kan. Pastu majlis sanding sume gua dgr cerita pukul 1 ptg. Mmg sempat lagi kan? Jadi gua mengambil keputusan drastik utk tidak menghadirkan diri gua ke majlis tersebut. Dan sebagai ganti hensep gua menerima panggilan dan sms secara bertubi tubi tanya kenapa gua tidak hadir secara misteri ke majlis tersebut. Sekali lagi dgn licik gua mengambil alternatif utk berdiam diri dan buat buat tido..
Minggu ni gua cuti. Biasa aaa kan cuti sekolah? Gua pun kena la cuti jgk. Kata budak sekolah kann. Jadi aktiviti harian gua yg akan dijangka berlaku utk sepanjang minggu ini adalah bangun pukul 1 ptg baru nak brekfes. Pastu jgn mandi lagi, layan Soccernet sepam tgk gossip gossip baru pasal bola. Tak cukup lagi, myspace dan blogger tak blh dilupakan. OK, jam dah pukul 4 br mandi. Tadi kul 1 brekfes tadi gua masih tak mandi dan gosok gigi lagi. Gua sebat je apa je yg ada atas meja. Baru la southern.
Tapi akhir akhir ni gua ade lakukan aktiviti berfikir yg sgt jarang jarang gua lakukan. Gua fikir, bln depan kita semua umat Islam dah mula berpuasa kan? Nasib baik gua takde kantoi puasa jadi gua tak perlu gusar utk fikir gua dah ganti puasa ke tidak. Lepas puasa mesti la raya, jgn buat buat unta tak tau plak. Kalau raya mesti nak kene shopping dan belagak belagak sikit. Tu belum kira nak buka puasa kat luar dgn gadis semua kan. Nasib baik gua tak isap rokok, kalau tak mmg melecet la ekonomi gua sekarang ni. Gua plak sekarang adalah seorang pelajar jadi secara tak langsung perbelanjaan gua menjadi parok bkn spt gua zaman korporat dulu. Pegi keje baju nak iron je..
Jadi, antara tindakan yg paling bernas blh dipilih adalah dgn mencari kerja separuh masa atau dlm bahasa Englishnya ialah part-time job la asshole. Gua sekarang rajin tgk tgk website cari kerja ni. Ade la 2-3 job yg gua rasa sesuai utk dipilih. Tapi papehal gua kene check ngan schedule gua jgk takut nnt tak fit mmg lahanat la jadinya. Haishhhh..
Jadi sekarang ni gua kene melakukan anjakan paradigma. Gua kena berubah. Tak blh malas malas sgt dah. Kene minum Red Bull slalu bagi sentiasa cergas. Ok, skang gua nak tgk cerita 21 yg gua baru abis donlod smalam pastu gua nak layan tido sekejap sbb cuaca hujan ni. Mmg terbaik. Mlm skit baru keluar mkn. Ok. Calo betty!
7 best men's belts
7 years ago
4 org mencarut.:
tajuk mcm harem.. nways :
Gua kena berubah. Tak blh malas malas sgt dah. Kene minum Red Bull slalu bagi sentiasa cergas.
reply utk ayat diatas : jgn lupa vitamin.. kau slalu tak sehat je skang ni.. takut pulak aku kehilangan kawan utk sebulan..
lek aa beb,sebulan je aku ckp..
bukan selama2nya.. heheh
gua siap minum susu AnMum utk kesihatan lagi. lu jgn gusar.
gua ade tanam jenglot depan pintu rumah lu aritu. santau gua dah berkesan... lu dengar2 la lagu pusara dilebuhraya...
*nasib baik joni pakai stokin mase wedding!
pek: teknik keji siall. muka buruk prangai buruk. lu pegi masuk hutan join org asli la lagi baik..
Post a Comment