Monday, September 15

Menu paling cilaka buka puasa: Nasik Goreng Instrumental.



Gua tak ingat bila bende ni jadi. Tahun lepas ke atau 2 tahun lepas. Tahun loncat kot? Ke tahun melawat Malaysia? Arghhhhhhhh!!

Gua dgn seorang rakan musibat gua, Ceri (nama semasa dikampung) blh tersesat sampai The Mall sana berbuka. Lu orang tau tak kat mana The Mall tu? Tu ha dekat area PWTC sana yg byk bas utk org balik beraya ke daerah Pantai Timur sana. PWTC pun tak tau kat mana? Ha meh sini belakang lu org biar gua sebat sampai berbirat..

Gua mampus la pikir bagai nak rak tapi gua masih tak tau mcm mana kiteorang blh sampai ke sana masa berbuka tu. Tapi yg gua ingat, time nak berbuka tu hujan. Hujan yg mmg champion punya. Kalau lu redah, komfem kemaluan lu basah lenjun. Jadi kami membuat keputusan utk buka sajos dkt The Mall tu.

Apesal ntah haritu kedai yg sikit punya byk kat atas tu, semua tutup. Last last ada satu kedai ni yg mcm gua sering juge lepak bukak. Org ramai nak buka mmg tak henggattt. Cantik je ade satu spot utk berbuka 2 org kat situ. Tampa berlengah, gua dgn licik menyelit duduk situ.

Gua oder nasik goreng ikan masin kalau tak silap dan member gua ni buat hensem oder menu pelik pelik. Gua dah bajet, lagi 10 min nak buka ngan org ramai mcm cilaka ni mana sempat dia nak siapkan menu pelik pelik ni. Tapi beliau tetap bedegil dan haram tak pedulikan kata kata gua lantas beliau oder Nasik Goreng Hailam. Sumpah gua takde idea mcm mana rupa nasik goreng tersebut. Bunyi mcm tekno semacam je..

Azan bunyi, nasik goreng gua dah sampai. Nampak selebet je. Gua selongkar selongkar, haram! Yg ada dlm tu ikan masin dgn sayur sawi je. Waddefak?? Tapi sbb perut gua mmg lapar tahap mencengkam punya, gua sebat je selamba hadap. Member gua terkebil kebil pekena air dia.

Tuppp, nasik beliau sampai. Gua jadi berdebar debar. Gua nyaris nyaris ingin memuntahkan semula ikan masin yg gua telan sebentar tadi. Nasik Goreng Hailam beliau sungguh angker!

Nasik kaler oren semacam je. Apa yg terkandung dlm gumpalan nasik tu hanyalah telur goreng dgn cili yg digoreng bersama saja. Time tu gua tak bersuara. Gua tgk muka si Ceri dah mcm org ajak bergaduh. Tapi dia blh senyum lagi. Gua rasa otak dia rosak sikit bila tgk nasik goreng yg sampai mcm cilaka. Gua rasa dia dapat suap dlm 5 sudu je pastu gua tgk mulut dia dah berbuih. Gua abiskan air pastu gua cabut. Buka tempat lain..



"Babi btul la nasik goreng dia tadi.. Rasa mcm haramjaddah! Gua rasa nasik goreng tu bukan nasik goreng hailam la. Nasik goreng instrumental kot?" maki member gua sambil mencarut-carut..









notapuasa: Menu member gua tadi dgn air dia skali tu kena RM2 je kot? Binatang..



3 org mencarut.:

amscreamo said...

haha...ko x mintak resipi nasik ni?jual dkt angkasapuri.

Gaban Lazzara said...

kalau gua meniaga nasik goreng ni mmg laku terusssssssss kan?

Anonymous said...

hahahahaahahahahahaahhaa