Wednesday, June 10

Berambut panjang adalah berbeza dengan berbulu ketiak panjang.

Masa gua lepak-lepak depan pc nengok-nengok blk gamba lama, gua perasan ada satu gambar ni rambut gua bkn main panjang. Kalau org yg tak perasan, tgk dr belakang ada iras-iras rambut Erra Fazira sikit. Gambar tu masa gua kat Kelantan. Zaman suka travel jauh-jauh sorang-sorang pastu sesat tak tentu pasal.

Masa gua sekolah menengah dulu, sekolah gua mana kasi pelajar dia rambut panjang. Manade style-style emo semua ni. Masa tu Gerrard Way ke Spencer Chamberlain ke tak abes sekolah lagi. Gua saspek Oli Sykes je yg ponteng sekolah pastu pegi buat tattoo kat lengan ngan leher. Masa tu gua tgk member-member semua nak bela rambut. Apekejaddah tah bela rambut ni. Bkn ada hasil ke mcm bela lembu ke, bela kambing ke, bela kucing maupun bela hantu raya. Akibat pengaruh rakan sebaya, gua pun bela la rambut jugak. Dah bela ni, lu kena jadi licik skit. Rambut yg bela tu sikit je tapi panjang bkn main. Masa perhimpunan hari Isnin cikgu disiplin gua slalu buat spot-check (kalau dah tiap hari Isnin check tak payah la panggil spot-check, panggil check dah la..).

Gua masa tu dgn kuncu-kuncu lain tak tentu arah betulkan rambut. Selit kat tengah-tengah kepala, celah-celah rambut. Pastu buat muka manis, takpun masa lalu depan cikgu tu buat-buat sebok sembang dengan org depan. Kalau kantoi gua kena tarik tepi pastu kena kaunseling seminggu, abis kelas tak buleh blk, kene tunggu 2 jam, pastu kemas dataran perhimpunan tu tiap pagi selama seminggu. Bunyi mcm cilaka tapi demi rambut, gua selamba. 2 minggu berturut-turut gua ambek tender bersih dataran perhimpunan tu. Awek-awek lalu pandang endah tak endah je padahal yg lalu tu haram tak cun mana pun.

Sekolah teknik gua kat Penang dulu lagi angker. Rambut panjang satu hal, ni kalau rambut stail pelik-pelik, ha menjawab la kalau kantoi. Gua punye cikgu disiplin nama dia Md. Naser. Muka dia series gua tak tipu tapi mcm Tal Ben-Haim, player Israel yg skang main kat mana gua tak tau.

Dia simple je. Masa perhimpunan Isnin takpun perhimpunan daily (perhimpunan daily kat depan kelas pastu nyanyi lagu sekolah. Mcm setan!), dia lalu depan tu dgn kuncu-kuncu dia. Dia nampak je rambut lu len macam kan, sekben panjang ke, tebal ke, ada terjulur-julur je, dia potong terus on the spot. Yg bastednya, dia potong pun solid mcm dekat saloon tu. Tobek sana, senget sini, layer sana, pendek sini. Mcm faking hell jadinya! Nak tak nak esok kene botak mcm askar kalau tak jgnkan awek, makcik indon kantin tu pun haram taknak pandang muka lu time rehat.

Masuk belajar sekolah tinggi plak, rambut gua ni je nilai dia dekat RM200. Macamana buleh dpt nilai? Gua masuk je nak pegi kuliah, depan pintu masuk tu ada road-block. Gua dr jauh dah perasan tapi sbb gua dah slalu ponteng kelas ni, gua tetapkan hati utk masuk. Sebelum tu kat tepi parking moto tu jugak gua masuk baju dlm seluar, cari id card gua gantung kat baju, zip seluar nnt awek perasan pastu ulis-ulis lembut rambut gua ala-ala Fasha Sandha. "Selamba tetek.." getus gua dlm hati ketika melangkah masuk.

"Ingat gua takut ke? Ni semua takkan berakhir lu tau tak!!" bentak gua kuat (dlm hati) sambil tangan kanan merenyuk kertas saman bernilai RM20 sekeping yg semuanya ada 3 keping. Gua ingat lagi pagi tu pulak gua dtg pastu kuliah pagi tu cancel. Gua blk rumah atas moto mulut tak sudah-sudah mencarut.



****



Sekarang rambut ni sekali lagi menjadi isu berbangkit dan lagi serius dr isu H1N1. "Potong la rambut tu. Macamana la nak berkerja rambut panjang tu. Nampak ke komputer tu." arah mak gua.





4 org mencarut.:

wanie said...

mak kau mmg cool.
dari arituh gua suh lu potong
rambut.. susah sangat. apetah lagi
bulu-bulu. hiishh potong kasi
nampak lu lagi manis tau. kan ke
hot kalau rambut ala2 fahrin ahmad.
ni tak persis nasir bilal khan jugak lu mau.

dah dah gi potong ye.. :0

icha said...

rambut lu panjang tp x rock la! hahaha.. ikut je la saranan mak lu tu..

i.am.belle said...

buat siput jelah gaban. lepas tu letak riben kaler merah. mesti mak lu tak cakap banyak sebab dia dah pengsan.


rambut panjang ler rock xD

Gaban Lazzara said...

wanie: gua dah potong dah.. *hiba

icha: wey! rambut panjang la rock. aliran jenis mana lu ni kata rambut panjang tak rock?

belle: buat siput tak pepasal gua terpakai high heels nnt..