Wednesday, June 24

Berlawan dgn kaunter tiket panggung wayang.




Harini pagi-pagi gua dah bangun (pagi mengikut kepada kamus hidup gua sekarang adalah sekitar pukul 12 hingga 10). Misi gua pagi yg suam-suam ni adalah utk terjah GSC Mid Valley utk beli tiket Transformers 2: Revenge Of The Fallen yg gadis tak sudah-sudah salah ckp jadi Terminator. Gua tak paham mcm mana dia blh salah ckp. Nasib dia tak ckp Termometer je kalau tak gua bg chokeslam je.

Muka toya dengan tengkuk sakit lain mcm. Nak bangun dr bantal pun tak larat. Seingat gua mlm tadi gua takde mimpi bergusti ke, bertomoi ke apa tapi tengkuk sakit. Ntah-ntah housemate gua bg pilldriver masa gua tido mlm tadi? Macamana tah blh sakit tengkuk ni. Org tua-tua kata kalau camni dia salah tidur. Apekejaddah salah tidur? Ada teknik tidur yg gua tak master lagi ke sampai gua blh dikategorikan sebagai salah tidur? Demmit.

Mandi lebih kurang, gosok gigi dan gusi sepam gua masuk bilik. Bukak almari, cari baju yg rock-rock skit tapi masih menjaga adap, sembur ketiak dgn deodorant Gatsby bagi ketiak gua digemari oleh org sekeliling. Sarung seluar jeans yg separa lusuh pastu gua keluar start enjin moto. Harini gua pakai motor berkuasa rendah housemate gua, Keji sbb Hayabusa gua housemate gua yg satu lagi pinjam bwk pegi kerja. Pas 4 minit gua capai helmet trus chow. Sebelum tu gua sempat check zip seluar depan pintu. Gila tengah ramai-ramai org tetiba zip tak tutup?

Sampai je panggung wayang, gua tgk line panjang mcm setan. Mak bapak benci tgk line panjang mcm ni. Org keluar mengundi pun line tak panjang mcm ni lu tau tak? Gua dah mula tak sedap hati. Ni semua salah GSC jgk. Dah tau cerita hit nak keluar masa tu la website kau hang la, extreme traffic la, maintenance la, madefakereshol la ape la.. Gua tawakkal, gua beratur jgk (bunyi tawakkal mcm nak buat amal kebajikan je padahal nak beli tiket wayang je.) Gua sempat tgk show dia byk jgk la. Midnight show je gua rasa ada dlm 6. Kul 12.30 mlm je ada 4 show tapi yg heran dia midnight show tu semua full. Kaler merah je masa kul 12.30 tu dekat tv depan kaunter tu.

Tgh beratur ada plak budak belakang gua ni perangai mcm cibai jgk. Dia nak cpt babi ape tah sampai terlanggar-langgar gua. Gua sabar je. Tersepak kaki gua la, siku dia terlanggar tangan gua la. Dia ni nak bau rambut gua ke takpun gay babi? Lepas tu gua perasan dia pakai I-Phone. Mana tak prasan? Sebuk pegang handphone tu je. Buat-buat sms la, call ckp kuat tak henggaaattttt punya. Awek kat kaunter tu pun blh perasan kau pakai I-Phone kalau camtu. Baru pakai I-Phone blm pakai N-gage QD ke, Alcatel ke, Sagem ke. Gua tgh dgr lagu Metallica - Enter Sandman kat I-Pod pun chill je ni..

Akibat berang kat budak bangang tu, gua tak sedar dah sejam gua beratur kat situ. Mcm setan punya lama.. Sampai kat kaunter, gua stret tanya tiket pukul 6.00 kat brader tu sbb gua tgk kat skrin dia kaler hijau lagi. Kaler hijau bermakna seat kau byk lagi, kaler kuning kau duduk depan skrin dan kaler merah kau duduk kat tangga takpun atas palang besi depan skrin.

"Tiket pukul 6 dah habis la bang.." jawab brader tu dgn mata memandang muka gua.
"Apekejaddah? Saya tgk kaler hijau lagi tu. Takde pun kelip-kelip.." hujah gua kepada brader tiket tersebut.
"Dia lambat sikit bang. Kalau dah habis baru dia tukar.." balas beliau.
"Aih, mcm tu pulak. Abes kalau kuning tu maknanya dah habis la, camtu?" bentak gua seraya memandang ke barisan org belakang.
"Mintak maaf la bang. Saya pun taktau jadi mcm ni.." jawab beliau gagap persis cuak.
"Saya beratur lama ni. Perut lapar lagi tak mkn, ngan tido tak cukup lagi.." tegas gua sambil jari telunjuk menunjuk ke arah perut sendiri.
"Macamni la bang. Saya try tolong abang. Saya carikkan seat utk abang dr pukul 6 sampai kul 8 punya show buleh?" kata beliau dlm situasi cuba menteteramkan gua yg hampir berang.
"Haaa.. buleh.." balas gua simple tapi bertenaga.

Seminit kemudian..

"Ada bang. Pukul 6.30 punya show tapi baris 5 dari depan la. Blh bang?" tanya beliau.

Gua tgk skrin yg ada seat tu. Blh tahan la seat dia. Gua nganga skit la tgk. Setelah berfikir sejenak dgn mengira kebarangkalian gua beratur sejam ditambah dgn kaki gua asek kene langgar dgn budak bangang tadi, gua memutuskan utk mengambil tiket tersebut (sebenarnya gua segan la org tengok beratur panjang-panjang last-last sampai depan takde seat. gila kodi..)


Sekarang pukul 5.30 ptg gua tgk langit mcm nak runtuh. Hitam lain mcm. Ni kalau tak banjir Kg.Baru jgn panggil nama gua. Nasib baik mlm ni naik kereta. Kalau naik Hayabusa gua, mmg pakat-pakat duduk rumah minum teh o sambil tgk dvd download je la..

Ha dah gua nak mandi wangi-wangi jap. Badan bau asap sbb naik moto tadi.




5 org mencarut.:

zawani said...

mmg cam sial. sbb website dia hang la gua tros lari office pegi pavillion beli ticket. teka sikit ari apa? ari sabtu.. ye ari sabtu punya. lain sumer full house. apa ke babi transformer ni?

aku ingat kalau kau gi mbo tayah beratur panjang sangat.

haa ari dah hujan komfem jam nak pegi mid. hmmmm.. beb tgn gua melecur la.. *manja kan mengadu domba camni?*

Si Puteri Amira said...

haha tu lah, laenkali tunggu minggu depan tengok. manada orang beratur panjang camtu.

syahza said...

hah tu la GSC online mmg teruk laaaa.. nk booking bukan main susah lg..

grrr..

i.am.belle said...

yg penting dah tengok kannnnn. hilang segala lenguh kejung azab sengsara xD

Gaban Lazzara said...

wanie: gua sbenarnye nak tgk kat panggung wayang depan Sogo tu tapi show tu takde plak. situ sejuk skit..

amira: gile outdated tgk minggu depan. tak stim dah la lama sgt..

syahza: kan? gua dah brape ratus kali cuba masih gagal jgk. setan ape tah..

belle: ha tu la. puas ati jgk la walau gua masuk lewat 10mins.