Friday, July 17

Man Utd Live in Malaysia!!

Gua eksaited skang ni. Muka dah berseri-seri mcm esok nak naik pelamin je. Semangat usah ckp la, berkobar-kobar mcm nak pegi berperang. Ptg ni kalau takde aral melintang, gua nak pegi jumpe member lama gua masa study kat Penang dulu, Wayne Rooney kat Bukit Jalil sana. Sial je turun KL tak roger. Nasib baik gua kenal jgk skit-skit dgn Alex Ferguson dulu masa dia pegawai daerah kat area kampung gua dulu. Dia yg bgtau dia nak turun KL nak cr sport rim 17" utk krete br dia kat Klang katanya.

Gua sedikit frust jgk disamping keghairahan gua utk pergi jumpe beliau sbb sorang member gua dulu yg gua kenal masa kat Serbia dulu, Nemanja Vidic tak dpt turun plak. Demmit! Dia sms gua katanya tergelincir masa mandi kat bilik air. Macam mana tah blh tergelincir budak ni siap blk injured. Kalau masa main kat padang org tekel kat dahi dia, slambe je dia bangun sambil sengih-sengih. Menyesal gua beli jersey tulis "Vidic" kat belakang..

Lagi satu, si Ji-Sung apehal tah tak turun. Ni gua bengkek. Series punye bengkek.. Dah la main bola tutup mata. Patut la sepak asek nak teragak-agak je. Nak sepak ke gol je tutup mata. Takut ape tah. Tak dpt la gua nak tgk aksi beliau membelasah team Malaysia XI esok ptg. Aih..

Esok game start kul 5.30 tapi sbb gua free seating, pukul 3 gua dah duduk dlm stadium tu nak dpt seat yg solid punya pasal. Nampak je diorang masuk gua ingat nak lestik kepala Rooney bg bengong skit pastu main pun dah tak betul.

Gua rasa Man Utd ni team EPL yg gua rasa bagus sbb dia jaga fans dia. Tak mcm sesetengah team yg lain, Man Utd akan try cover worldwide utk tour dia sbb dia nak fans dia semua dpt tgk team Man Utd main secara live. Benda tu yg gua respek sbenarnye kat pengurusan Man Utd ni selain dia merepek-repek beli player yg bukan-bukan. Gua kalau dpt salam dgn Ferguson japlagi gua nak sajes dia beli David Villa ke, David Silva ke takpun Aguero masuk Man Utd season ni. Paling koman Yaya Toure takpun Miguel Veloso. Player Malaysia tak payah nak jeling-jeling, takde yg lepas naik main kat Man Utd, even reserve team sekalipun..

Ha sesiapa yg nak join esok roger-roger la kita pegi secara berjemaah. Tapi duduk lain-lain la. Apa ada hal..











3 org mencarut.:

FARYN said...

sila jumpa aku di sana nanti..hohohoho

z a t i said...

td prektis je pun sikit punye pack kt bt. jalil.Aku tak minat bola tp suke pergi stadium sebab football match ade banyak mamat pergh.

nisa.zaidan said...

sian lu beb..tu je gua nak ckp! hahahahaha.. wak lu pkai jersi chelsea! suke mempermainkan org rabun mcm gua.. =p