Saturday, October 18

Gua tension! Rasa mcm nak join taliban je.

Kalau korang tension apa korang buat? Cuba korang bgtau gua bagi yg lelaki maupun yg wanita. Aiceh. Spt yg gua tau, ade yg gemar utk keluar pegi jalan-jalan habiskan masa. Ada jgk yg suka pegi bercuti, pegi lepak tepi pantai tenangkan fikiran la konon. Ada jgk yg suka sebokkan diri sendiri supaya cam lupa tension yg sedang dialami. Lepak dgn org yg tersayang dan berkongsi masalah juga menjadi pilihan ramai bagi golongan yg berusia dilingkungan umur 18 hingga 29 tahun. Ada jgk yg melakukan aktiviti lasak spt berkayak, terjun tiruk, mendaki gunung, terjun parit, bertarung dgn ular sawa, mencelup tangan ke dlm minyak panas, bernafas di dlm baldi, mencium ketiak rakan sebaya, mencukur bulu kaki menggunakan garfu, melibas badan sendiri menggunakan rantai basikal dan beberapa lagi aktiviti ekstrim yg tak perlu gua senaraikan disini.


Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii, sekarang gua tgh tension!! Life gua suck sekarang ni. Shit happened one by one. Penat sial gua handle. Abis satu dtg lagi satu. Kekadang badan gua penat sbb fikir-fikir pasal masalah ni je.
Penat dia mcm lu kerja buruh buat stadium. Bkn gua nak salahkan sesiapa dan gua tau ni mungkin satu ujian dari-Nya. Tapi kita sebagai org biasa, mmg tak lari dari mengeluh dan tak puas hati dgn apa yg kita hadapi sekarang. Percaya atau tidak, tapi mmg 90% daripada kita akan pikir sama mcm apa yg gua fikir sekarang ni. Study, life, duit, assignment, lepak, kerja, hujan tiap-tiap hari, duit lagi, enjoy, gadis, bla bla bla bla...

Sekarang gua rasa utk masa ni, gua cuba nak lupa benda-benda ni jap dgn dgr lagu. Lagu yg stok kalau ibu mengandung dgr berkebarangkalian utk mengalami keguguran. Ni gua takde nak dgr lagu-lagu pop bersepai semua tu. Gua pun taktau kenapa type lagu camni yg gua lebih prefer nak dgr waktu camni dr lagu-lagu chill mcm Boyz-2-Men sume tu. Jgn la kata gua tak cuba dekatkan diri kepada-Nya tapi admit it, kita kena usaha benda lain dan bukan semata-mata berserah je.

Aihhhhh, gua rasa ni la entry paling crap yg gua penah post sepanjang arena pebloggan gua. Dgn ini gua secara tak rasmi telah mengiktiraf entry ni sebagai entry paling crap utk tahun 2008 ni lah so far. Mmg deepshit lah! Gua rasa nak beli tiket ke Palestin join puak pemisah berhaluan kiri laa sekarang ni..


Thursday, October 16

Apekejaddah kah yg gua jawab dlm kertas jawapan tadi?



Gua dah abes prekse. Isappppp!!! Mcm binatang susah dia doh. Padahal pagi tu gua punye semangat pegi library study. Brapa ratus tahun gua stadi situ, ada dlm 3 kali je gua penah pegi library ni. Tu pun pegi tumpang tido je. Akak jaga library tu tgk gua mcm gua nak bakar library tu je. Usha dgn penuh pandangan mencurigakan. Gua buat kental masuk dgn pegang buku tebal, baju tak tight-in. Nasib baik gua pakai kasut. Kalau selipar dgn singlet je?

Masa kat library gua jawab konfiden je semua soalan kat paper tu. Tapi bile masuk exam hall tu gua dah pitam. Yang paling cilaka otak gua blh ingat lirik lagu Jamal Abdillah plak? Waddefak?!! Ni semua angkara budak cilaka yg pasang mp3 kat henfon kuat-kuat kat parking moto tadi la ni. Abis semua formula yg gua ingat dan bergaul dgn lirik lagu Jamal tu. Gua lantas haram tak tau ape jenis soalan yg ada dlm kertas tu. Ape tah masalah dia. Gua rasa sejak akhir-akhir ni gua takde mkn menu semut masak pedas dan lain-lain lagi. Tiba-tiba sifir 3 yg gua lancar sebelum ni pun gua jadi gagap nak ingat. Ujian PAFA dulu pun tak cuak sampai mcm ni bai..

Abis prekse gua terus cabut blk. Gua fobia nak selak buku tebal tu sekarang. Blk rumah gua mempekena sarsi ais pastu layan cerita Waterboy bagi nak sedapkan hati sendiri. Dlm otak gua ni punya la nak meletup nak pikir alasan apa nnt kalau cikgu gua tanya apehal paper gua mcm lahanat jawapan dia. Eshol btul lahhhhh!


Monday, October 13

6666

Blog view gua dah sampai 6666. Wuhuhuhuuh.. nombor puaka ni. Tapi gua minat nombor ni. Br ganas mcm neraka jahanam. (apekah?) Gua ingat nak tukar no hensep la. Gua plan nak amek 012-626 6666. Amacam? Hensem tak?






pi ass: entry ni tiada motif. tak payah nak susah-susah fikir..

Org suruh kerja kau sebok nak sambung study. Ha sekarang baru kau temengah-mengah..

Mak gua selalu kata kat gua camni "Kau ni rajin sebenarnye, cuma malas je.."


Ha, siapa suruh ckp camtu? Kan gua dah malas. Pantang tgk buku je gua rasa malas. Pantang malas je, gua tgk buku. Krempet btul la. Sekarang ni gua tgh pulun stadi bagai nak terkeluar tengkorak. Cikgu gua dah bising bising suruh gua score paper ni. Gua pun dah tersipu-sipu blh cikgu highlight gua masa dlm kelas tadi. "Jimbit btul.. malu la gua camni kalau gua kantoi nnt.." getus hati gua gelisah sambil peluh-peluh dingin meleleh. Gua cuba kontrol nafas dan diameter hidung gua bile gadis-gadis kat depan usha gua yg kat belakang ni.

Kenapa ade subjek kira-kira camni? Gua ingat abes SPM gua dah tak perlu kira-kira melainkan gua kerja cashier. Gua nak godek komputer je, ape kena mengena dgn formula kira-kira semua ni? Sepatutnya gua tak terlibat dlm kancah kira mengira ni. Haishhh..

Dah dah, gua nak sambung stadi. Secara tiba-tiba gua rasa mata gua berpasir je. Lain macam je berat kelopak mata ni mcm ade spot rim 17 inci je letak atas mata ni. Buku tebal tu baru berapa helai muka surat je yg gua selak. Eh, formula ni nak tenyeh kat mana plak ni? Masa kritikal ni la pulak ramai org nak mesej-mesej gua kat hensep ni. Minggu lepas taknak mesej plak. Demmit!



Wednesday, October 8

Gua zibi sekarang ni.



2 hari lepas, hensep Soni Eriksen gua dimaksukkan ke bengkel. Apetah kecederaan beliau tetiba time gua nak call gadis trus hang. Nak kata ade byk 3gp yg tidak senyonyoh, mmg takde la. Ke sbb gua call gadis dia hang? Mungkin dia nak suh gua call gadis lain ni.. Haishhh..

Sekarang gua terpakse pinjam hensep Soni Eriksen member gua ni yg kamera dia 14 megapiksel ni. Poket gua sekarang menjadi lebih besar dr sediakala. Kadang-kadang time jln tangan gua tersangkut kat poket sbb hensep besar. Remaja-remaja tekno memandang rendah hensep gua kerna hensep gua takde fungsi mp3 yg blh pasang lagu shuffle kuat-kuat. Amsterdamn btul lah! Yg paling gua risau takut hensep gua tu rosak dia tahpape je. Software clash ke camtu. Skali tokey tu blh kata lcd kene tukar la, spiker bunyi tak sedap la, kiped dah tercabut la. Mmg gua cukur terus je la kan kepala tokey tu pakai mesin potong rumput. Menateyyy!

Minggu depan gua perikse. Cikgu gua dah bagi warning kat gua dah. "Lu jgn cube-cube nak kantoi paper gua. Gua hentak rusuk kiri lu nnt.." ujar cikgu gua. Sekarang tiap-tiap mlm gua jadi anak mithali. Rajin je baca buku kan. Padahal paper gua tu kira-kira yg killer punya, ape kes gua nak kene baca buku Sejarah plak? Hilang pedoman btul la tindakan gua tersebut.

Jadi dlm minggu ni gua akan mengalami kezibian sikit la. Takde dah bachelor party sume ni. Parti-parti liar sume tu tunggu gua abis perikse dulu. Tapi hujung minggu EPL still kene layan. Kepada sesiapa yg ade kontek gua tapi tak dpt, gua mintak maaf ler. Hensep bermasalah. Kalau tau nombot rumah gua, call sajos. Kalau tak dpt hantar je telegram. Susah sgt msg kat myspace sajoss.


Ok, cabut!






p/s: Kepada sesiapa yg buat tingkap terbuka tu, roger la gua. Mkn-mkn free ni mmg paling afdal. Tengkiu.


Thursday, October 2

Bring Me The Horizon's Suicide Season is released!






Suicide Season is the second full-length studio album by English band Bring Me the Horizon, released on September 29, 2008 through Visible Noise in the United Kingdom. The band signed with Epitaph Records on 11 September 2008, with the label releasing the album on 18 November 2008 in the United States.[3] Suicide Season is the follow-up to the band's debut album, Count Your Blessings.

[ info from wikipedia.org ]

Track listing:

1. "The Comedown"
2. "Chelsea Smile"
3. "It Was Written In Blood"
4. "Death Breath"
5. "Football Season Is Over"
6. "Sleep With One Eye Open"
7. "Diamonds Aren't Forever"
8. "The Sadness Will Never End"
9. "No Need for Introductions, I've Read About Girls Like You on the Back of Toilet Doors"
10. "Suicide Season"








For more info, you can just visit their official myspace page at: http://myspace.com/bmth.







p/s: Gua dah dgr album ni. Overall: Terbaik! Better than oldtimer punya album baru, Metallica - Death Magnetic. Care to have a bite? Gua tak sabar rambut gua nak panjang blk mcm Curtis ni. Haishhh..


Wednesday, October 1

Raya pertama je gua dah penat mengalahkan suri rumah sepenuh masa.

Harini 1st day raya, gua bangun awal gile mcm nak pegi sekolah. Pukul 7.15 je alarm hensep Soni Eriksen gua ni dah terjerit-jerit bangunkan gua. Kalau ikutkan napsu gua yg berat kearah sambung tido sampai pukul 2 tu, mmg gua hempas je hensep tersebut ke dinding. Tapi memikirkan harini hari raya dan hensep tu kalau nak beli blk harga dia gaji sebulan, gua batalkan niat keji gua tersebut. Mlm tadi cantikkkk plak hujan turun kan? Mmg terbaik dr ladang la. Tapi gua taktau gua ade minum berapa gelen punya neskepe, mata gua segar je la plak. Akibat drpd tragedi tersebut, gua blh layan UCL mlm tadi Man Utd vs. AaB sampai subuh.

Gua mandi kolah pukul 7.30 pagi. Sejuk dia mmg mengancam. Sampai ke gusi sejuk dia menusuk. Gua langsung bertekad utk menjadikan mandi tadi sebagai mandi pagi terakhir gua. Mengenakan baju melayu berwarna maroon dgn kain sarung yg sedondon (aiseywahhhh..) lantas gua menuju ke masjid dgn penuh keberkatan. (Gua mmg tak into beli baju melayu satu sut. Gua beli baju je, seluar gua redah jeans ke khakis sajoss..)

Abis solat dlm pukul 10 mcm tu, gua blk utk mkn mkn. Kakak gua tak sampai lagi, gua jadi berang kerana gua lapar. Gua tgk mak gua pun tak mkn lagi. Jadi gua menggunakan kemahiran membuat air gua utk membancuh sekole neskepe kaw utk dijamah bersama kerepek. Ketupat rendang sume ade tapi gua terlalu malas utk hidang. Skejap pastu abang gua sampai. Dia ngan wife dia ambek tender utk masuk kuih, potong ketupat, goreng ikan, kacau dodol, bakar sampah, bancuh oren, kupas bawang kat dapur tu.

Dari pukul 10 sampai la pukul 2 sedara-mara gua dtg beraya. Kuih abis gua refill, air abis gua refill, lemang abis gua refill. Eh, gua potong baru.. Dekat pukul 4 br la rumah gua sunyi. Penat dia mmg champion. Abang gua dah terbaring depan tv dgn wife ngan anak-anak dia. Gua terus tutup pintu depan. Konon-konon takde org dlm rumah, semua keluar beraya. Biasa la teknik licik, kang ade budak-budak dtg beraya plak. Gua pulak ambek kesempatan bantai tido sampai pukul 6.

Mlm gua chill rumah je. Lepak depan tv minum sirap sambil belasah kuih raya. Cerita pulak semua mcm harem. Apekejaddah mlm raya pertama tv pasang cerita Nana Tanjung? Waddefish? Amsterdamn btul laaa... Gua tukar-tukar chenel, gua jumpe Batman Begin. Mmg terbaik. Malam raya pertama gua layan Batman plak.

Raya tahun ni gua rasa biasa je. Takde pape yg ekstra. Gua sambut dgn sederhana. Duit raya pun dpt berapa ringgit je. Lepas la topap nnt. Kepada sesiapa nak raya rumah gua tu, mai la cpt. Jgn tanya pasal apa kalau gua hidang meggi je kalau dah dtg minggu depan.. Gamba raya nnt kalau rajin gua aplot.