Monday, March 31

Weekly entry: Lu org jgn cuba lari aaa?



Start dari minggu ni, gua nak masukkan weekly entry dlm blog ni. Dijangkakan entry ni mampu mencairkan lemak2 sesiapa yg membacanya. Apakah entry mingguan ini? Adakah ia adalah cerita seram bersalut coklat? Adakah gossip2 hangat artis2 tempatan yg terlanjur? Adakah cerita anak cik Timah yg dahulu masuk askar sekarang jadi bapuk kat ChowKit? Adakah? Adakah?

Weekly entry ni gua akan review tentang member2 gua yg gua rasa best nak review walaupun realitinya beliau haram tak best. Tak kira jurang umur, jenis jantina, berat badan, warna gigi, jenis darah, panjang rambut, keras rambut, lilit pinggang, diameter perut dan berbagai lagi. Gua akan review seekor utk setiap minggu.

Jadi kepada sesiapa yg bertuah, korang get ready la. Jgn nak check check rock rock plak nnt. Minggu ni gua tengah pikir, musibat mana yg gua nak review ni? Nanti gua kasi bukak tepon gua kasi usha tu phonebook. Lu get ready la sambil kunyah goreng pisang tu. Tungguuuuuuu..



Wednesday, March 26

Purple? Selamberrrr..



Gua telah dicabar oleh seorang musibat,
Suhairi (nama2 timangan) utk menukarkalerkan blog gua kepada warne cilaka ini iaitu PURPLE. Apa cilaka blog kaler purple bai? Tebiat nak mampus kot?

Penukaran kaler blog gua kepada warna purple ini telah byk mendatangkan spekulasi2 dr dlm dan luar negara dan tidak kurang juga telah mewujudkan syak wasangka yg gua tak berapa sedap nak di dgr. Ada yg mengatakan gua telah membuat pembedahan plastik utk tampak lebih muda. Ada juga mengatakan gua akan bertanding untuk kerusi parlimen cawangan Lembah Pantai. Paling tak buleh blah ada yg mengatakan bulu mata gua makin lentik. Haihh, ni yg gua segan ni..

Topik purple ni munchul kerna seorang member gua, Amri (nama mak bagi)
telah melakukan kerja terkutuk yg membabitkan kaler purple tersebut. Beliau telah mengambil langkah berani mati utk menyepray moto skuter beliau menggunakan spray tin beli kat kedai runcit dgn kaler purple. Dgn fikiran separa waras dan kurang matang, beliau membayangkan skuter beliau akan kelihatan lebih anggun dan jelita jika dispray kaler begitu. Beliau cube mengimplankan teknik spray layer dgn menyumpitkan sedikit kaler light purple utk kelihatan lebih Chris Brown katanya. Gua tapaham..

Kesudahan dr kekretivitian beliau, hasillah sebuah skuter yg dilihat dr jauh spt mesin potong rumput, dr dekat spt mesin pembakar roti, dr tepi spt ketuhar gelombang mikro dan dr belakang spt Seelan Paul. Gua rasa kalau skuter beliau masuk Pimp My Ride, muntah darah mereka yg terlibat. Kelihatan makgad depan mempunyai stripe ala2 ular sawa akibat gosok tak habis, set tepi kaler terkeluar akibat buat sambil nak terkencing, belah belakang kaler tak cukup sbb member tlg spray perangai cam cibai dan berbagai lagi la alasan2 yg buat gua rasa nak mencarut dlm bahasa Trinidad and Tobago.

Akibat frust dan menyesal atas perbuatan beliau, tindakan separa bangang telah dilakukan dgn menyepray saki baki spray tadi ke dinding apartment beliau. Jadi dgn itu terdapat la slogan2 spt "Amri wuz here!", "Isapp kott!", "Buat sajoss.." dan berbagai lagi yg blh dipilih utk dibuat slogan utk sekolah tamil. Tidak cukup dgn itu, beliau turut melepaskan geram beliau kepada beberapa objek lain. Antaranya ialah penyapu makcik cleaner, moto pakgad, tombol pintu jiran sebelah, penyidai baju org rumah depan dan beberepa lagi yg gua tak list disini.

Jadi sbb itu lah topik purple ni keluar. Kepada sesiapa yg baca blog ni, kalau ade objek2 yg kaler purple ingatlah kat member gua ni. Sesungguhnya beliau sekarang masih lagi fobia dan dikatakan tak balik rumah selama patblas hari. Ada berita mengakan beliau mununtuk ilmu tekno siam kat sempadan Thai sanaa..





Sunday, March 23

Comeback Kid Live In Malaysia


Ye adik2 sekalian, bln April ni kita akan menghabiskan lagi duit kita dengan menghadiri pertunjukkan pentas dr kump Hiphop terkenal yg nyaris2 mennyayingi penjualan album Jamal Abdillah "Raja Pop" dan penjualan tiket bas Transnasional utk budak2 universiti blk ke kampung pada musim mengundi tempoh hari.

Kumpulan tersebut tidak lain tidak bukan, tak perlu diperkenalkan lagi kepada akak2 yg baru nak dressap stail Rihanna, kepada makcik2 yg duduk mengumpat dr tingkap ke tingkap, kepada remaja rempit yg memakai topi KL beli dekat uptown, kepada buruh2 indon yg bekerja di estet2 dan ladang getah, kepada kelendan lori trelar 12 tayar yg bapak panjang, ini adalah Comeback Kid!!

Dijangka band ini akan perform kat Malaysia pada 26th April 2008, ari Sabtu ke Ahad kalau tak silap. Venue, ticket price, pukul brape event, siapa opening band, baju apa nak pakai, tali pinggang spike blh pakai ke tak, bulu ketiak kene cukur dulu ke, pakai seluar kuning atau merah atau hijau ke, hujan ke tidak haritu dan sebagainya akan dibagitahu kemudian jadi anda semua harap bersabar dan jgn lah bertindak melulu dgn mengwujudkan rusuhan atau mogok lapar sebagai tanda protes. Mampus gua tak layan. Mati kering la lu kat situ..

Gua telah menanam azam utk hadir ke majlis tersebut kerna band tersebut mmg ada dlm list band yg gua nak tgk perform live. Secara tidak langsung gua kene menyediakan diri dari segi fizikal dan mental supaya dpt pergi dgn penuh konsisten dan yakin diri yg tinggi. Poket mesti kene lebat bagi mengelakkan gua menangis bila harga tiket di luar dugaan nanti. Latihan spt lompat berpagar rumah jiran, lari setempat berganti ganti, membawa telur atas berus gigi, berlari sepanjang highway karak, menguli tepung gandum sampai jadi karipap, berenang kuak lentang dr Sg. Kinabatangan sampai Sg.Wang, minum air rebusan dahan pokok getah setiap hari selepas blk kerja adalah antara langkah2 awal yg harus diambil bagi memastikan stamina gua sentiasa solid dan fit pada hari tersebut.

Kalau ada sebarang maklumat atau info nnt gua akan update atau lu org blh masuk dlm web Comback Kid sendiri. Info atau gossip hanggat pasal artis2 mcm Dafi, Salleh Yaakob, Harun Salim Bachik, Dollah Salleh, Zac Efron, Ning Baizura semua tu, lu org kasi beli malajalah buah2an yg ada dekat kedai buku sana..




Saturday, March 22

"Tukar la helmet tu.."





"
Tukar la helmet tu bknnye takde duit. Tak selamat nak merempit pakai helmet tu lagi.."  -mak gua.





Friday, March 21

This feeling..



Somehow, I just can't resist listening to this song. Eventho i didn't have someone to dedicate but this song is just too good to waste. Maybe because lately this "feeling" come to haunt me. I don't know what make me turn into this self i became but it didn't bother me so much. Some might love some might hate but hey, I do enjoy it at this moment..


Walau core manapun, gua masih ade rasa cinta juga bai.. Ahahaha.


Tuesday, March 18

Raja Lawak Estro




Tadi sebelum kluar, ketika gua sedang membalun nasik lemak yg sepatutnya dimkn pada waktu pagi tapi gua mkn pada waktu tgh hari, gua layan astro kat depan dgn mak gua.

Kebetulan waktu gua tgh tgk tu, mak gua tgh pasang itu cerita Raja Lawak Astro. Gua mmg tak ambek port cerita realiti ni. Gua rela tgk itu rancangan baling2 dart ataupun rancangan kanak2 kelaparan kat Somalia kat tv brape tah. Mengkerepek je semua rancangan realiti ni. Tapi tadi hati gua mcm tergerak plak nak tgk sbb mak gua kata ni grand finale.

"Mesti ganas2 diorang punya lawak ni nnt.." pikir gua sambil kunyah timun nasik lemak.

Masa gua tgk tu, peserta yg nama dia ape tah, Nabil kalau tak silap gua tgh naik pentas. Gua dpt rasa aura lawak dia ni bkn calang2 juge sbb bila dia masuk saja mak gua dah senyum2. Apa cerita?

Gua pun layan je la dia punya lawak. Tekejut juge gua. Sipi2 gua nak terbatuk ketika kunyah nasik lemak tadi. Nasib baik tak putus nafas gua. Blh tahan konsep lawak yg beliau cuba ketengahkan. Ciss..

Habis dia punya lawak, gua mekap2 lebih kurang, bubuh compact powder semua, gincu lebih kurang gua pun start moto pastu membelahkan diri gua.

Sampai tempat kerja gua jumpa sorang member gua sambil tersenyum seraya dia berkata:

"Eh, engko bila nak masuk Raja Lawak Astro? Gua tgk mamat tu pun blh menang apetah ngko. Aku yakin ngko masuk mesti tapau la dia.."


Gua senyum sumbing pastu gua blah. Sambil jalan, hati gua berkata:



"Apa gila gua nak masuk Raja Lawak Astro?"

Monday, March 17

Love is in the air.. aiseywahhh..




"
Bila la gua nak ade gadis ni.." keluh gua.

"
Harini je gua dah dgr ayat tu sebanyak patblas kali. Sekali lagi lu ulang, sumpah gua kerat rambut lu.. Gua series beb!" balas member gua dgn nada bengkek..