Wednesday, August 27

Saosin - Plays Pretty For Baby



I feel her smooth skin slightly
brush against the back side of my arm
I need the song started over
Your crying made me miss my favorite part

I hear the exclaimation point


Her eyes are so there
(They're greener)

Lay back, the song is almost over
I tried to hear you out but I dozed off
I need the song started over
Your crying made me miss my favorite part

Rachael, it's times like this I wonder


Your eyes are so there
(They're meaner)




****



p/s: Gua tetibe je nak layan lagu ni blk. Dulu dulu suka la nyanyi atas moto mcm budak terencat. Lagu ni sebenarnye from Zolof the Rock And Roll Destroyer tapi apa adahal, gua minat Anthony Green jgk apaaa?






Kalau gua eksiden tadi, dgn hensep dgn muka lu sekali gua hempas ke jalan..



Pagi tadi gua kalut. Mcm mana gua blh liat tahap penagih nak bgn pagi ni. Akibat dia spt biasa gua tak sempat mandi nak ke sekolah. Gua dressap lebih kurang, sembur Double Black sikit pastu gua cabut. Neskepe panas atas meja pun gua tak sempat nak hirup..

Sampai je depan gua jadi kaget. Apekejaddah jamm tahap kritikal kat highway ni? Waddefak? Gua tgk jam dekat tangan pukul 8.15 a.m. Gua ade masa 15 minit je utk sampai ke sekolah. "Sempat je ni.." getus hati gua positif. Jadi gua mula mempraktikkan pemanduan ala ala rempit bagi memastikan gua sempat sampai ke destinasi pada waktu yg ditetapkan. Abis semua kereta gua potong style kulit bawang..

Sampai je KL baru gua perasan. Merdeka dah nak dekat patut la jalan tutup. Ni apekejaddah diorang nak buat raptai perarakan semua ni. Dgn kereta kebal, kapal korek, helikopter, kapal selam, bot laju, mesin potong rumput semua ada dekat depan Muzium Negara sana. Ha kau nak pegi berperang mana abang tentera?

Jamm dia lu jgn cerita. Kalau lu orang masuk opis pukul 8, pukul 9.30 pun belum tentu lu sempat nak punch card lagi. Gua terpaksa mengambil laluan alternatif yg disediakan pakcik bermotor besar kaler putih yg buat muka kerek bgtau gua jln depan Muzium tak blh lalu. Fakof laa..

Gua ikut Jln. Kuching. Tak pepasal membazir minyak gua nak round satu KL pepagi buta ni. Dah la minyak motor gua berada di paras kecederaan tu. Anytime je gua blh berpeluh ketiak tolak moto cari stesen minyak. Tapi gua masih berfikiran positif dan cerdas.

Tgh gua nak cepat ni, sekali ade satu uncle depan gua ni bawak mmg mcm hanjing. Gua mula mula rilek lagi la, even time tu jam dah pukul 8.45 a.m. Tapi dah lama lama tak berbulu pulak kemaluan kau kalau moto depan tu bawak 50 km/j je? Gua tgk dia tertengok bawah, tertengok bawah. Moto dah terhuyung hayang. Apebende yg kau buat tu John? Melancap atas moto ke? Gile ekstrim!

Rupa rupanya uncle depan tu tgh hantar sms la pulakkkkkkkkkkkk. Palatlism!! Gua terus jadi berang. Gua mengambil tindakan utk pancung motor dia. Peluang tiba. Zupppp, selambe gua pancung. Sekali uncle ni gua taktau la dia terkejut ke, dah klimaks ke ape ke tetiba dia blh tekan brek. Pehhhhh, nasib baik skill pemanduan gua mmg tidak perlu diragui. Didalam keadaan genting tu gua sempat menyelitkan moto berkuasa rendah gua kedepan Proton Perdana tu sebelum moto gua bertaut dgn moto EX5 uncle tersebut.

"Pukimak la woi macha!!!" jerit gua kuat dlm hati. Gua stret terus berhenti pastu gua usha belakang uncle tu. Dah tua dah dia ni. Kalau sekali itu Proton Perdana kasi hantam sama dia punya EX5, kubur gua gua rasa dia pigi. Angkat tangan tidak ape tidak buat muka selamba dia je. Gua tahan amarah gua disebabkan gua dah lambat 20 minit. Gua terus pecut dan tak pedulikan macha tu. Dlm hati gua ade sumpah sikit dia eksiden kat simpang depan tu japlagi.


Sampai sekolah cikgu gua bising.


"Ha ****zul, kenapa kamu lambat setengah jam ni?" bebel cikgu gua sambil tepuk tepuk meja.












Gua diam je la. Akan nak kata moto uncle depan gua dekat Jln. Kuching tadi bwk slow punca gua lambat. Mmg dia percaya pulak kan? Silap silap cikgu gua hempuk je buku tu kat kepala gua nnt..



Saturday, August 23

Kalau gua tau siapa reka permainan tag ni, gua belanja dia mee kari..



Gua ingat menatang tag ni dah tak wujud lagi. Sebab kira-kira dah patblas bulan gua tak ditag. Tetibe si so-called Nila Gorjes ni men-tag gua dgn membabi buta. Berani btul beliau men-tag gua secara terang-terangan. Oi Nila, ni gua jawab. Lu jgn santaukan gua plak pasni..

____________________________________________________________________________________

The rules of the game get posted at the beginning. Each player answers the questions about themselves. At the end of the post, the player then tags 5 people and posts their names, then goes to their blogs and leaves them a comment, letting them know they’ve been tagged. Let the person who tagged you know when you’ve posted your answer.

***END***

What were you doing 5 years ago?
Time ni gua tengah tunggu offer masuk universiti tapi haram takde universiti yg berani nak amek gua belajar. Last last gua dah masuk kolej baru ade offer tapi tak cilanat lagi offer gua course akaun? Mana hardcore belajar universiti course akaun?? Gua terus kerja dekat Lot 10 jadi promoter Nike kat bawah tu. Sekarang ni dah jadi Timberland kot kalau tak silap gua.

What were the 5 things on your to do list today?
1.pegi rumah kakak gua kene cat rumah dia.
2.pegi midvalley interview kerja.
3.buat-buat study.
4.tukar player kat Fantasy.Premierleague.com
5.msg si gadis.

What are 5 snacks that you enjoy?
1. koko crunch.
2. chewing gum jgk lahh..
3. biskut Dendang.
4. kuaci yg dah siap kopek bubuh gula tu.. layannn..
5. ntah la. gua jenis sebat je sumua asalkan sedap ditekak.

What are 5 jobs you've had?
1. 2003 - Part-time I-Setan (perangai gua mmg mcm setan time ni..)
2.
2003 - Promoter Nike (tak masuk sgt, bosann tapi masyukk..)
3. 2005 - Part-time Fila (kerja mcm buruh siall gua..)
4. 2006 - Staff Converse Mid Valley.
5. 2007 - Staff Tower Records (kerja gua dgr lagu sampai muntah pastu mlm tgk movie..)

5 people I want to Tag:
1. Ecah
2. Azzudin
3. cato; patchi
4. Angie
5. Wanie Madden



Thursday, August 21

Hari ni..



Harini hari Khamis bersamaan 21hb Ogos 2008. Arini satu hari suntuk hujan je kat tempat gua ni. Gua taktau la kat tempat lain tapi kalau gua tak silap dr pukul 7.30 pagi sampai la pukul 4 ptg hujan tu. Terbaik plak dia turun time gua tgh cuti ni jadi mmg gua tak sia-siakan masa yg paling berharga ni utk layan tido yg paling syahdu skali. Syahdu tak syahdu sgt pukul 12 je mesti mata gua dah nak terbukak secara auto.

Gua br je lepas mkn time gua post entry ni. Arini mak gua puasa jadi gua pun join dia puasa jgk (terpaksa sbb takde mende nak mkn..) tapi gua buka awal skit. Juadah gua "berbuka" harini adalah nasik lemak kukus dgn ayam berempah disamping nasik tambah. Minum plak laici ais plak kan? Pehhhh.. time ni kalau lu nak menitiskan air mata akibat penangan nasik lemak tu gua benarkan..

Sedar tak sedar, minggu depan kita dah mula nak berpuasa. Mak gua dah puasa berapa lama gua tak tau sepanjang bulan ni. Puasa sunat katanya. Gua pun dah train perut gua ni utk menahan kelaparan yg bakal tiba minggu depan ni dan so far gua masih chill lagi walau kadang-kadang kelaparan tu mencabar gua mcm nak lempang org.

Kepada sesiapa yg masih belum ganti puasa tahun lepas tu, ha menggelupur la kau nak ganti minggu depan. Ganti jgn tak ganti wey! Oh, dikesempatan ni, gua nak ucapkan takziah kepada rakan gua: Iqtaquffie atas pemergian ibu beliau ke rahmatullah pada pagi ni. Gua pun dpt tau dr kawan-kawan msg hensep gua pepagi tadi. Memula kelat jgk mata gua nak baca msg pagi-pagi ni tapi bila gua baca je terus mata gua segar. Khabar mengatakan ibu beliau meninggal kerana penyakit strok. Gua mmg tau penyakit ni sbb mak gua sendiri mmg kena penyakit ni. Jadi gua paham camna rasa member gua ni.

Gua harap member gua ni tabah la menghadapi bulan puasa yg akan tiba dan ditambah sedih lagi sbb Majlis Konvokesyen kiteorg Sabtu ni. Memang terasa la kalau salah seorang daripada org tua kita tiada dlm majlis mcm tu. Kepada pembaca-pembaca blog gua, kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah pada mlm Jumaat ni dgn harapan roh arwah akan ditempatkan digolongan orang orang yg beriman.

Amin.




Monday, August 18

Gua ingat nak pindah Brunei la. Dgr cerita raja dia bagi duit belanja kan kalau tak berkerja?



Minggu ni ngan minggu lepas gua mmg chaos. Menggelupur mcm mesin penggempur. Minggu lepas gua dgn sampah masyarakat dgn gadis bercuti ke Port Dickson. Sori la gua lambat update, mmg sengaja sebenarnye sbb gua malas. Biasa aaa kan..


Gua dlm kondisi tak berapa stabil sebenarnya sekarang ni. Demam tak kebah kebah lagi. Skejap ilang skejap ade blk. Badan gua dah mcm mesin fotostet dah ni. Panas je. (Apekejaddah mesin fotostet??) Pastu smalam blh plak hidung gua tetibe berdarah kan? Panic at the disco jgk gua kan. Gua kira kira dah dekat 4 tahun hidung gua tak berdarah secara normal camni. Tetibe blh berdarah plak. Kaget jgk gua sebentar tapi dgn tindakan licik dan pantas gua berjaya menyekat darah tersebut dr terus mengalir deras dari corong lubang hidung gua. Gua sekat kemaraan darah tersebut dgn tisu KFC yg mana jumpa tah. Terima kasih kpd gadis atas tindakan pantas beliau yg menghulurkan tisu KFC tersebut instead of dia punya pad. Terima kasih gua ucapkan!

Pastu semalam sepatitnya gua menghadiri majlis kahwin seorang rakan gua yg musibat dekat Hulu Langat sana. TETAPI, dgn selambaaaa gua blh bgn pukul 12.15 kan. Pastu majlis sanding sume gua dgr cerita pukul 1 ptg. Mmg sempat lagi kan? Jadi gua mengambil keputusan drastik utk tidak menghadirkan diri gua ke majlis tersebut. Dan sebagai ganti hensep gua menerima panggilan dan sms secara bertubi tubi tanya kenapa gua tidak hadir secara misteri ke majlis tersebut. Sekali lagi dgn licik gua mengambil alternatif utk berdiam diri dan buat buat tido..

Minggu ni gua cuti. Biasa aaa kan cuti sekolah? Gua pun kena la cuti jgk. Kata budak sekolah kann. Jadi aktiviti harian gua yg akan dijangka berlaku utk sepanjang minggu ini adalah bangun pukul 1 ptg baru nak brekfes. Pastu jgn mandi lagi, layan Soccernet sepam tgk gossip gossip baru pasal bola. Tak cukup lagi, myspace dan blogger tak blh dilupakan. OK, jam dah pukul 4 br mandi. Tadi kul 1 brekfes tadi gua masih tak mandi dan gosok gigi lagi. Gua sebat je apa je yg ada atas meja. Baru la southern.

Tapi akhir akhir ni gua ade lakukan aktiviti berfikir yg sgt jarang jarang gua lakukan. Gua fikir, bln depan kita semua umat Islam dah mula berpuasa kan? Nasib baik gua takde kantoi puasa jadi gua tak perlu gusar utk fikir gua dah ganti puasa ke tidak. Lepas puasa mesti la raya, jgn buat buat unta tak tau plak. Kalau raya mesti nak kene shopping dan belagak belagak sikit. Tu belum kira nak buka puasa kat luar dgn gadis semua kan. Nasib baik gua tak isap rokok, kalau tak mmg melecet la ekonomi gua sekarang ni. Gua plak sekarang adalah seorang pelajar jadi secara tak langsung perbelanjaan gua menjadi parok bkn spt gua zaman korporat dulu. Pegi keje baju nak iron je..

Jadi, antara tindakan yg paling bernas blh dipilih adalah dgn mencari kerja separuh masa atau dlm bahasa Englishnya ialah part-time job la asshole. Gua sekarang rajin tgk tgk website cari kerja ni. Ade la 2-3 job yg gua rasa sesuai utk dipilih. Tapi papehal gua kene check ngan schedule gua jgk takut nnt tak fit mmg lahanat la jadinya. Haishhhh..

Jadi sekarang ni gua kene melakukan anjakan paradigma. Gua kena berubah. Tak blh malas malas sgt dah. Kene minum Red Bull slalu bagi sentiasa cergas. Ok, skang gua nak tgk cerita 21 yg gua baru abis donlod smalam pastu gua nak layan tido sekejap sbb cuaca hujan ni. Mmg terbaik. Mlm skit baru keluar mkn. Ok. Calo betty!




Si gadis.




Hah, ni la dia budak yg kerek tu. Suka cari pasal. Membebel pun blh tahan laju dia. Kekadang bebulu je gua layan dia ni. Tapi ape apehal pun, gua sayang dia lah. We sure are cute for two ugly people. I don't see what anyone can see in anyone else... but you..

Awwwww.. (mcm cilakeeeee..)











notacilake: Hormon gua tak stabil minggu ni. Rasa nak bercinta je..


Thursday, August 14

Bila perut kenyang muka jadi manis je. Kentut pun bau harum je...



Baru skejap tadi gua lapar. Kelaparan yg mencengkam. Stok kalau kalau cari pasal time ni mmg bertumbuk je terus. Tapi sekarang gua kenyang dan muka gua terus jadi manis je. Apa ceritaaa?



Ok skang gua nak layan tido skejap. Kalau dah kenyang mesti kene tidur baru pakej. Terbaikkk..




Thursday, August 7

Dah 14 tahun tak demam tetiba gua demam plak harini? Wadehekk!



Gua demam ni. Ape kes pun gua taktau. Tak bersifat kelakian langsung proses demam ni. Tak maskulin langsung. Kalau jatuh eksiden masuk parit ke bangga sikit nak cerita. Ni demam?

Nak kata gua berhujan mmg tak la sbb sekarang ni musim panas. Tahap hot-hot-pussy punya panas skang ni. Kalau budak budak kurang kasih sayang ibu bapa yg main tgh tgh panas tu komfem rentung punya. Balik rumah mak tak kenal ingat anak Mongolia mana tah..

Gua mmg tak dig proses demam ni. Bkn gua sorang je demam, sorang blogger ni pun demam jgk. Seminggu lagi. Apa barang demam terkangkang kat atas katil seminggu? Hek eleee.. Apabila demam secara auto gua menjadi lembap dan malas (biasa malas jgk..). Gua akan diserang selsema dan sakit batuk berkahak yg kronik punyaaa. Stok menggaru-garu dlm kerongkong gua ni. Kalau gua sumpit kat muka org mesti likat. Pastu kene sepak sepam kat muka kan?

Ada kawan-kawan saspek gua kene demam denggi. Wuissshhhh.. main nak sumpit je gua kene demam denggi. Gua masih berfikiran positif. Gua berkira kira kalau by Friday tak kebah, gua pegi check doktor. Mintak simpang la wey demam denggi. Tapi mmg tak blh dinafikan area rumah gua ni dia punya nyamuk mmg otai-otai jgk.

Haishhhh.. gila bosan demam duduk rumah. Kalau ade gadis ke blh jgk dia buat gua bubur (jgn-jgn dia masak pastu mkn sendiri..) utk gua mkn nnt. Pas mkn activefast ni gua layan Run Fatboy Run sedas pastu gua layan tido. Tu je yg gua mampu buat skang ni..



Tuesday, August 5

Henfon canggih, kereta besar, rambut lurus tapi nak dgr kaset lagi??



Hah, ni apa cerita? Bkn pasal yg kaler putih tu ok? Gila seks sial korang. Tu, apa cerita kaset ada lagi zaman zaman teknologi cybernatic sume ni? Gua tak paham. Adakah owner kaset ni beranggapan dgn menggunakan kaset pada zaman sekarang beliau tampak kewl dan berbeza berbanding mereka yg lain? Ha, isapppp!!!

Kaset yg gua sempat dgr adalah Limp Bizkit. Wadehek Limp Bizkit? Sebelum gua mengambil tindakan membabi buta dgn mencampak kaset tersebut ke luar kereta, gua cpt cpt habis kan burger Mc'Chicken gua, sedut air Coke sepam dua dan sebat fries lantas gua membelahkan diri gua.

Wadehek kaset?



Ha, ni gamba owner kaset ni dgn tisu putih tu sekali:


Balik rumah badan lunyai, baju basah tapi tidur malam muka senyum. Apa ceritaaaa?



Hari Sabtu yg lepas dendam gua yg terbuku sejak 2 bln lepas akhirnya terlunas. Napsu gua yg dulu gua tahan dan gua bendung dari terlepas hari tu mmg tak dpt dikawal lagi. Blm tentu Sharifah Amani pegang tangan gua, gua blh tenteram lagi..

Tanggal 02.08.08 bersamaan hari Sabtu yg lepas, gua spt biasa menghadirkan diri gua ke parti buih yg berlangsung di MCPA. Kali ni bkn calang calang. Bkn budak budak Chiong Hwa dtg berkawad takpun main sarkis kat situ. Ni CALIBAN beb.

Event sepatutnya start kul 1 tapi biasa la. Sepanjang arena penggiggan (amende ni?) gua, hanye 2 ke 3 kali je gua pegi gig start on time. Yg lain semua tersasar mcm kimeks. Yg ni pun tak terlepas, sekali pukul 4.40 br la 1st band terhegeh hegeh nak tune gitar. Tapi pasal CALIBAN punye pasal, gua sanggup. Start kul 7 pun gua sanggup tunggu. Tapi jgn tanya pasal apa pasu bunga kat depan tu pecah 8..

Time tunggu tu sekali budak-budak (main nak budak-budak je gua sebut..) CALIBAN ni turun. Pegi makan gua rasa sbb gua tengok muka sekor sekor dah mcm kebuluran je. Time tu gua tergamam, diorang lalu depan mata beb? Nak menjerit suara tak terkeluar. Kentut pun blm tentu gua blh lepas time tu. Tupp sekajap saja mereka sudah menghilangkan diri dari pemandangan mata gua ini. Gua frust tapi masih steady.

Gua naik tgk band Revenge tgh perform. Rock kapak zaman-zaman sekarang ni?? Blh? Tapi mmg layan band ni (jgn pandang muka vox dia..). Dia punya goreng gitar mmg hangit! Iras-iras Synster Gates gua rasa. KOTM gua tak sempat tgk sbb diorang perform 1st. Pas Revenge ada Elegy ngan satu band lagi ni. Pastu gua membuat keputusan utk turun minum sbb si musibat ni nak mkn la nak berak la.. Oh, gua pegi gig haritu dgn Wanie. Kiteorang berduet saja walaupun sepatutnya gua bergerak secara solo.

Time kat bawah gua lepak lepak utk bagi peluang paru paru gua utk berkembang besar sikit sedut udara. Dlm tu gua rasa paru paru gua tersepit. 15 minit lepak pastu kiteorang ingat nak pegi mkn. Tgh jalan tetiba musibat ni kata patah balik. Gua kaget. Apekejaddah nak patah blk? Nak terberak sgt ke sampai taik dah nak terkeluar?

Rupa rupanya ada satu van masuk. Dan dlm tu penuh dgn budak budak CALIBAN ni. Pehhh.. gua terus menjadi girang. Turun van si musibat dgn membabi buta mintak tangkap gamba. Dlm separa segan gua pun join the club. TERBAIKKKKKKKK!! Tu je yg gua mampu ckp. Band ni mmg sempoi dan gempak. Even dia rockstar gila, tapi dgn fans mmg humble habis. Gua respek. Kalau ade duit lebih, gua sendiri akan bwk diorang turun Malaysia lagi main kat depan rumah gua. Gua siap buat bbq biawak lagi utk pengunjung. Entrance gua turun sikit RM55 je.







Lepas tangkap gamba gua gigil. Cilaka!! Badan gua berpeluh dingin. Nak mencarut pun sebut dah tak laju mcm biasa.. Kalau dlm hutan mmg gua dah jerit tapi gua cover line memikirkan tanggapan masyarakat kelak. Kalau tangkap gamba dgn Noh Hujan maupun Salleh Yaacob gua tak excited mcm ni beb tapi ni CALIBAN ni. Gua ulang mampus lu org suka ke tak, NI CALIBAN NIIIII!!!! Time lepak mkn gua cenderung utk bersembang pasal CALIBAN. Gua nyaris nyaris bagi budak sebelah tu tgk gamba gua tangkap tadi. Seronok punya pasal. Mcm nak kene lempang..

Masuk dlm gua buat muka cool. Kalau diorang terkinja kinja tgk CALIBAN, gua dgn selamba dah siap tangkap gamba lagi. Apa ada hal??

Masuk dlm gua layan Myproof. Kalau korang ada baca entry gua awal-awal dulu, gua ade list band ni sbg band yg gua nak tgk lagi perform kat Malaysia dan cita-cita gua tercapai. Mmg tak mengecewakan. Budak-budak Jepun ni muka mmg mcm SRP tak pas tapi dia punya perform? Gua mencarut tak sudah-sudah time diorang perform. Gempak!!! Tiungggg tiungggg tiungggg..

Lepas Myproof, Malaysia's represent: RESTRAINT! Our local band yg fight with CALIBAN. Spt biasa, moshpit mmg mcm nak runtuh. Kalau ada kucing tengah tengah moshpit tu gua rasa terus jadi air mata kucing terus..

Masa yg ditunggu tunggu sampai. Pas diorang setup diorang punye set, check apa-apa yg patut diorang start. Majlis dimulakan dgn intro dr lagu The Awakening dr album dgn judul sama. Time ni gua dah rasa semacam. Bulu roma meremang tak tentu pasal. Gua hampir hampir histeria. Time ni Wanie ke mana, gua kemana, awek yg depan gua ni habis gua rodok, budak kiri gua gua siku kepala dia. Gua hilang kawalan beb. Tuppp diorang keluar. Pehhhhh.. diorang pakai uniform diorang semua pakai baju shirt or kemeja putih ade kesan kesan darah. Mmg gempak habis!!

Gua ade rekod diorang punye show haritu. Nnt gua upload. Tapi overall, gig kalini mmg berbaloi. Gua dah tak peduli time gig tu berapa ratus puluh ribu kali kaki gua kene pijak (lu ingat lawak pijak pijak ke nak pijak kaki gua?), tangan gua naik kecut sbb bepeluh mcm jogging sepanjang highway Karak, tunggu lama mcm cilaka dan sebagainya. Tapi bila gua tgk aksi Andreas Dorner, Marc Gortz, Patrick Grun, Marco Schaller ngan Dennis Schmidt, gua terus terkedu. Balik rumah mak gua tanye gua pegi jogging ke badan peluh mcm beruang. Gua takde cite banyak tunjuk gamba terus. Rilek je mak gua jawab: "Ni siapa member kau ni? Tatoo byk sgt ni.."


Mak gua tak paham semua ni..











notapeluh: Ade awek depan gua ni terkinja kinja time Myproof perform pastu pengsan. Dah la gedik nasib baik gua tak pijak perut dia tadi. Cis.. Lagi satu, siapa kata gamba atas pakai photoshop meh gua jentik testis dia. Kimeks!