Saturday, December 27

Lenkali tgk bola kau jgn oder neskepe ais 2 gelas kalau nak tido mlm ni..



Jam dah pukul 4 pagi tapi mata gua fresh mcm baru lepas main futsal sama Dimitar Berbatov. Sepatutnya masa begini mata gua dah rabak menanti belah je ni. Masa ni dah takde makna dah nak 3g ke, sms ke, mms ke, pms ke sme gua tak layan. Abis dah gua godek dlm pc ni tapi mata gua masih steady je cuma perut rasa lapar skit mintak nasik..

Ni la pengajaran dia. Kalau dah tau esok ade date, mlm ni nak tido awal, ha kau minum la lagi neskepe ais 2 gelas. Mmg segar sesegar susu lembu la jawabnya. Gua dah ketandusan idea dah ni. Ada jgk gua buang tebiat pegi jogging sepanjang highway jgk japlagi ni. Sulaimen Akhlaken btul!!




Wednesday, December 24

"Abis dah tau betul kenapa tak pasang?" tanya akak polis..

Disini gua kemukakan dalil-dalil kenapa motor pasang side mirror:

  1. Supaya dpt memotong dgn lebih selamat.
  2. Motor nampak lebih hensem dan skema.
  3. Blh pakai jenis-jenis side mirror yg merepek yg ada dekat kedai moto.
  4. Senang usha awek belakang awek yg tadi melintas jalan tapi tak puas usha.
  5. Ada roadblock tak kantoi kene saman.
  6. Blh bwk slow-slow time jamm sbb takut side mirror sangkut kat kereta sebelah-sebelah


****


Akak polis: "Hah, mana side mirror motor kamu ni?"
Gua: "Errr.. errr.. kene curik."
Akak polis: "Jgn bagi alasan koman ni. Sy dah dengar berpuluh-puluh org ckp alasan ni.."
Gua: "Errr.. err.."
Akak polis: "Side mirror ni utk keselamatan. Senang nak memotong nnt. Nyawa lebih selamat. Betul tak?"
Gua: "Hah, betul sgt la tu.."
Akak polis: "Abis dah tau betul kenapa tak pasang?"
Gua: "Betul kak kene curik. Nnt sy beli baru sy pasang."
Akak polis: "Sy nampak motor kamu ni lain kali tak berside mirror lagi sy saman terus. Takde warning-warning dah.."
Gua: "Ehehe.. Ok2. Esok sy beli side mirror baru. Mekasih!"
Akak polis: "Esok kedai tutup cuti krismes.."





Pendidikan moral: Lenkali jgn buat hilang akal parking motor atas divider kat depan Pertama Complex kalau taknak akak polis ni bagi lu surat cinta. Gua rasa akak ni mmg pegang kawasan pertama ni la. Lenkali bila gua punya motor dah ade side mirror gua cari dia kat sini. Masa tu tak teragak-agak lagi gua akan mintak no talifon beliau.. Gua sempat usha nama dia: Norlinda. Amacam? Licik tak gua?



Kalau tak jadi juara dunia jgk mmg gua tak paham laaa..

Pagi ni gua bangun gua pegi sidai baju yg cuci pagi tadi. Akhir-akhir ni cuaca hensem je jadi apa salah gua menjemur baju kan walaupun tugas tersebut sering dilaksanakan oleh gadis-gadis sahaja. Tgh gua layan sidai sambil bibir gua siul-siul nyanyi lagu Muse - Exo Politics, gua terperasan ada satu aktiviti kat area rumah gua ni..

Mcm ni, sejak akhir-akhir ni ada satu family kat area rumah gua ni suka sgt main badminton. Mula-mula dia main badminton kat depan rumah gua ni je secara runcit-runcit pada waktu riadah. Gua chill lagi la. Pastu skang ni gua tgk ada sesuatu yg pelik dah berlaku.

Diorang dah kasi clear hutan kat depan rumah diorang tu dan buat court badminton. Hah, mmg tak waddefak lagi la? Siap ade lampu stail mcm court btul tu bai. Tapi lantai tanah je. Licik jgk idea diorang ni..

Gua sering terpinga-pinga kerana mereka ni main badminton mcm dah trainning utk juara dunia lu tau. Mlm tadi gua tido pukul 2 pagi, gua dgr diorang gelak-gelak lagi tgh men badminton. Ni pagi ni gua bgn jemur baju, gua tgk diorang baik tgh main lagi. Jgn ckp diorang main tak berenti dr mlm tadi. Mmg gua pajak je tanah depan tu nnt.. Pagi raya haji itu hari pun tak silap gua diorang main jgk dlm keadaan hujan-hujan tu. Gua rasa diorang sembelih lembu dlm rumah je kot?

Blh dikatakan 24/7 diorang ni men lah. Tak mak budak, pakcik-pakcik. Tak budak-budak, brader-brader plak. Mula-mula gua syak ada trainning kem militan mana kat dlm hutan ni. Lama-lama br gua tau diorang trainning badminton. Kalau tak silap gua family ni cam family Indon yg dpt taraf warganegara ni. Jgn kata Indonesia hantar player diorang trainning secara senyap-senyap kat negara kita? Ni dah tahap permasalahan global dah ni..


Eh, mana raket gua dulu aaa? Tetibe rasa ptg ni mcm gatal testis nak men badminton plak..




Saturday, December 20

Bosan-bosan korek hidung guna garfu nampak angker jgk kan?










Amacam? Keji tak wallpaper pc gua? Baru la bila bukak pc je terasa senak di bahagian bawah secara tiba-tiba..



Hari minggu duduk rumah rasa spt suri rumah sepenuh masa pulak.



Hari minggu duduk rumah? Gua rasa bosan mcm rasa nyaris-nyaris nak bunuh diri dgn berak cirit secara bertalu-talu. Perasaan bosan yg hadir membuatkan gua tak senang duduk dan seperti ingin mengeluarkan tengkorak lantas dibubuh di dlm aquarium ikan.

Bagi menyahut ketensyenan gua kerna hari ni duduk rumah, gua telah mamandikan diri gua tepat pada pukul 3 ptg waktu tempatan. Itu pun setelah kakak gua menggunakan kekerasan bagi memaksa gua utk mandi. Beliau mengugut utk menghabiskan semua lauk yg beliau masak dan gua terpaksa menahan kelaparan. Atas tindakan berani gua utk mandi jua tersebut gua telah dikurniakan dgn nasik berlauk ayam yg sedap.

Cuaca harini spt menahan rindu utk hujan tetapi segan. Dari pertimbangan gua yg separa waras, gua tidak yakin aktiviti berkayak maupun berjogging di tasik amat sesuai dilaksanakan diwaktu sedemikian sebaliknya aktiviti indoor spt berlaga ayam, berjudi maupun bermain carrom lebih sesuai dan sinonim dgn masyarakat madani kaum Malaysia.

Pada ptg ini sekitar pukul 7 mlm, gua yg sedang asyik duduk didepan kompiter sedang bermain game dan bukanlah menonton filem lucah, telinga gua tertangkap sejenis perbualan di belakang rumah gua. Mulanya gua menyangkakan pencuri cuba menceroboh lubang tahi rumah gua di belakang sana bagi mencari brg berharga tapi sangkaan gua ternyata meleset.. Dialog seram tersebut diselang-seli dgn tangisan dan hembusan hingus. Perbualan itu antara sepasang kekasih lelaki dan wanita dan bukanlah lelaki dgn ayam maupun lipan.

bj: "jom ikot saya. saya nak jumpa mama.. bla bla bla.."
bh: "kalau awk tak menggatal dgn betina lain kat luar tu, benda mcm ni tak jadi. bla bla bla.."
bj: "awk pilih sy sbb apa? pasal moto kan? sy tau awk.. bla bla bla.."
bh: "apa yg awk ckp ni? sy pilih jalan ni? eh, tangan sy sakit la awk pegang kuat-kuat mcm ni.."
bj: "awk naik moto ni sekarang! sy nak bwk awk jumpa laki tu.. naik cpt"
bh: "huhuhuhuh.. lepaskan la sy. sy dah tak sanggup terus mcm ni.."


(bj: bohjan / bh: bohsia)

"wengggggggggggggggggggggggg" bunyi moto EX5 mamat tersebut yg telah ditukar ekzosnya dah memakai sport rim jenama Racing Boy.


"Waddefakkkkkk??" mencarut gua dlm hati sekaligus yakni sbg rasa tidak puas hati gua atas lakonan yg pasangan tersebut berikan. Apakah punca pergaduhan mereka gua kurang pasti dan gua tak cukup gila seks utk keluar dr rumah dan mengajukan soalan tersebut kepada mereka. Dr pemerhatian gua dr jendela bilik gua yg bercermin separa tutup, gua dapati lelaki tersebut cuba mengkarate helmet hitam beliau berjenama Apollo sebagai tanda protes dan rasa tidak puas hati beliau akibat teman wanitanya enggan menaiki motosikal EX5 beliau yg berkaler kelabu.

Selepas pasangan tersebut beredar dr perkarangan rumah jiran gua, gua melakukan aktiviti berfikir yg jarang gua lakukan akhir-akhir ini. Apekejaddahkan penyesalan wanita tersebut yg memilih seorang mat rempit sebagai teman lelaki dan akhirnya menyesal setelah menyedari lelaki tersebut tiada teruna? Mmg isappp la.. Menyesal la sgt? Aih, mengikut ideologi gua yg, pemilihan teman lelaki mempengaruhi jumlah bilangan anak yg bakal diterima oleh individu tersebut samaada secara halal ataupun secara ekspres.

Jadi secara kesimpulannya, pada hari Sabtu ini sangatlah dilarang kepada semua remaja yg hensem spt gua utk berada di rumah dan menonton rancangan ulangan Sehati Berdansa di Astro. Keluarlah menghirup asam kenderaan dan bersosiallah spt seorang remaja yg masih mempunyai hormon yg sihat. Jika tidak, pemikiran anda mungkin tercemar sekaligus penulisan bercorak sampah spt yg sedang gua praktikkan akan terlaksana dan anda mungkin menyesal pada kemudian hari dan pada masa itu hendak mengelar pergelangan rakan sebaya sudah tidak berguna lagi.

Jadi akhir kata dr gua,

Pulanglah berhari raya dgn selamat dan jangan kencing semasa memandu.














notamasted: sampah sungguh penulisan gua pada kali ini tapi gua tak peduli kerna gua sgt skema. tengs!




Tuesday, December 16

Tag gua senyap-senyap eh? Cilakak!

1.Anda rasa anda hot?
Gua mcm nak sepak bila org ckp hot ni. Lu ingat hot hot heat ke? Gua hensem ala jejaka tempatan la..

2.Upload gambar kegemaran anda.



3.Kenapa anda suka gambar ini?
Ntah, tetiba gua teringat kat Dibah plak pastu rasa mcm nak terkencing.

4.Bila kali terakhir kamu makan pizza?
Errr.. 3 minggu lepas. Housemate gua bwk blk Dominos.

5.Lagu terakhir yang kamu dengar?
Myproof - Nights on The Planet

6.Apa yang anda sedang buat sekarang ini selain menyelesaikan tag ini?
Layan Facebook, bukak Myspace, men Football Manager 09.

7.Selain nama kamu sendiri,apakah lagi nama yang kamu suka orang panggil kamu?
Jamey Jasta?



Penat mcm buruh.



Dah seminggu lebih gua kekurangan gua punya beauty sleep. Beauty sleep tersebut adalah tido pukul 3 pagi dan bangun pukul 1 ptg. Seminggu ni gua sangat zibi mengalahkan ketua kampung yg nak bertanding kerusi parlimen. Main FM pun tak sempat lu tau tak, apetah lagi nak tgk youtube. Harini gua puas.

Bangun muka sepal, rambut gua dah panjang bila bangun dia jadi tinggi. Gua tgk cermin sekali pandang mcm setan. Pc gua tak off mlm tadi donlod movie. Gua tekan kibod dgn mata tertutup beb. Bukak myspace baca komen-komen musibat sekejap. Tgk gamba pia dia upload mlm semalam. Gua tak paham musibat ni. Dia ni prektikel kedai gamba ke kat TM? Benda ni gua nak usulkan kepada pengarah TM cawangan Taiping tak lama lagi..

Bukak ESPNsoccernet kejap. Tgk gossip-gossip bola kejap lebeh kurang. Bukak mymetro baca berita-berita mengarut. Bosannn.. Gua terus capai neskepe kat bucu meja pc gua ni dan hirup sambil mata tertutup skit konon-konon mcm tgh feel la sedut air tu. Pehhhhh..




****


Ok sekarang baru gua perasan yg gua tak gosok gigi lagi. Patut la air ni gua rasa tak solid mcm kat kedai mamak. Gua ingat Nescafe Arabica. Semacam je masin dia. Ahhhh, apa adahal. Mulut gua suchi je. Sebat sajos.. Ok sekarang gua nak sambung tido blk. Gua saspek ptg ni tido gua dibalut dgn hujan yg syahdu..



Tuesday, December 9

Pagi raya Aidiladha gua sambut atas tilam dgn selimut kat paras dagu.. Pehhh..



Apa gila sambut Aidiladha dengan berbaring di atas tilam sambil selimut berada pada paras tengkuk? Itu adalah amaram serong yg blh memesongkan akhlak sebenarnye. Hah, mmg thrill sambut raya begini tapi itulah yg gua lakukan semalam ketika menyambut Aidiladha..

Abis dah satu malam hujan. Lebat, surut, lebat, surut.. kesudahan dia gua bantai tido sampai pukul 10. Semayang kemana, rendang kemana, lemang kemana.. Pagi tadi hujan dia paling champion. Gua rasa rekod hujan yg paling syahdu di waktu pagi mmg tak syak lagi telah dipegang oleh hujan pagi semalam. Fuhhhh.. cuaca dia mmg solid la kalau tido nak masuk mimpi basah. Gua set alarm pukul 8, terjeri-jerit hensep gua tampa berlengah gua terus tekan silent. Gua tekan silent tu dgn mata tak bukak beb tapi tepat je jari gua.. Hebat tak?

Gua tanya mak gua apehal dia tak kejutkan gua pagi tadi. Dia kata dia dah terjerit-jerit bangunkan gua dgn 2 lagi housemate gua tu, tapi usaha beliau seperti mencurah air ke daun keladi. Aiseywahhhhh.. "Mak nyaris mengambil tindakan drastik dgn melibas tulang belikat kau dgn batang lemang tadi.." ujar mak gua separa temper sambil mempekena segelas neksepe..

Mak gua ckp ujan tu mmg dr mlm tadi sampai pagi ni. Mlm tadi gua tido pukul 2 so maybe hujan tu start pas gua dah nyenyak tido sambil air liur menitis-nitis skit. Gua rasa majlis korban tu terpaksa dibuat dlm keadaan basah hujan. Hujan lebat tu stop pukul 6 kot bai? Tak angker lagi tido sampai pukul 6 br nak bangun?

Sebenarnye pagi tu gua blh bantai lagi ekspres rakyat sampai pukul 2 tapi anak buah gua dah dtg menyerang bilik gua. Sebok nak main game. Ikut hati nak je gua lempang.. Sudahnya terpaksa jgk gua bgn dgn perasaan sedikit kecewa. (tak pegi smayang raya tak kecewa plak kau kan?) Gua mandi 3-4 cebok lebeh kurang, pakai camo short pastu lepak depan pekena lemang dgn ayam masak cina. Pastu kakak gua pulak bancuh neskepe kaww. Peh, time minum neskepe sambil mkn lemang, gua terus klimaks..

Rumah gua ramai jgk sedara-mara yg dtg. Kakak-kakak gua ada jadi gua chill skit, lepak dlm bilik layan Tropic Thunder. Amacam? Keji tak? Petang skit, gua cabut pegi opis member gua siapkan shirt yg gua janji kat gadis pastu pegi mkn skali. Oh ye, korang tgk game Malaysia vs. Vietnam? Mmg mcm masted Malaysia main!! Baju dah baru siap ketat lagi nampak puting. Main mcm budak terencat belajar main bola. Terlompat sana, terterjah tak semena-mena. Nak je gua apply jadi jurulatih kebangsaan..

Oh ye, gua ucapkan selamat hari raya aidiladha kat bloggers lain. Raya Aidilfitri nnt insyaallah gua akan bgn pegi smayang raya walau hujan mcm tu nak pecahkan rekod hujan semalam.. Ok selamat!



Friday, December 5

Happy besday si Gadis.


HAPPY BESDAY, SI GADIS !



I wish u for a bright future ahead and happy always. Hadiah kereta Volkswagen Beetle yg lu nak tu nnt gua antar ke rumah ye. Sementara tu naik la WRH tu dulu berjalan-jalan..











Thursday, December 4

Jamban punye Nel..



Gua kene pakse jawab tag dr Nel. Blk-blk away je dah kene jawab tag. Siap lu Nel, kalau gua jumpa lu, gua terus mkn nasik..



1. What is the relationship of you and him/her?

gua tgh bercinta ni beb.
2. Your 5 impressions towards him/her.
- bila naik kreta dgn beliau, gua sentiasa dlm keadaan cemas dan berjaga-jaga.
- buat kerja suka nak delay-delay.
- suka sgt kaler pink. gua nyaris-nyaris terpengaruh..
- dulu kuat mkn tapi skang dgn gua mkn kurang skit dr gua..
- bila gua bising, beliau selalu buat tak tau je. cilakak!
3. The most memorable things he/she had done for you.
beliau buatkan gua satu frame ni with her own design inside. ehehe..



4. The most memorable things he/she have said to you?
rahsie.
5. If he/she become your lover, you will...
dah kot. dan gua selalu pening kepala. kehkehkeh..
6. If he/she become your enemy, you will...
aih, nak cubit pun tasampai hati.. gua jeling je kot.
7. If he/she become your lover, he/she has to improve on...
cuba kau jgn kerek sgt?
8. If he/she become your enemy, the reason is...
subjektif sungguh soalan tersebut. gua pass..
9. The most desirable thing to do on him/her is?
errr... errr....
10. The overall impression of him/her is...
gua syg lu beb. nuff' said..
11. How do you think the people around you will feel about you?
sgt tak serious. serious shit btul lah! dan spt si Gadis selalu ckp: ANNOYING! Yeahhhhhh!!!
12. The character of you for yourself is?
Bender of Futurama. Mau tauuu!!!
13. On contrary, the character you hate of yourself is?
soalan ni gua pass. blh murtad kalau gua jawab ni..
14. The most ideal person that you wanna be is?
waddefak? ni pun gua pass jgk..
15. For the people who care about and likes you, say something about them.
korang care kat gua mesti ada makna ni. gua tauu.. utk si Gadis: tengs babe. aiseywahhh..
16. Ten people to tag:
1) am
2)
wanie
3) jaja
4)
astrie
5) itek

6) angie

7) chacha ecah
8) ehcah
9) rab

10) jebat

17. Who is no. 2 having a relationship with?
Wanie dgn si Feroz dia tu la. Pakai baju nak belang-belang je..
18. Is no. 3 a male or a female?
seorang wanita tulen gua rasa..
19. If no. 7 and no. 10 were together, would it be a good thing?
Chacha ecah & jebat? Hohohoho.. gua takleh nak jawab. rasa nak gelak je..
20. How about no. 5 and 8?
itek & ehcah? diorang mmg gay skang ni..
21. What is no. 1 studying about?
dia study pasal kamera besar-besar ni dgn istilah-istilah perfileman yg haram gua tak paham.
22. Is no. 4 single?
single gua rasa. amacam?
23. Say something about no. 6
gua dulu dgn dia sama kolej. slalu mkn biskut dlm lab..


Kalau tak kerja, nak lepak Mid Valley pun awek tak pandang..

Selaku seorang penggangur yg baru saja manamatkan pengajian di salah sebuah institusi pengajian tinggi swasta di ibu kota, gua mengalami satu kondisi dimana dompet gua sering kosong dr not-not berwarna biru, hijau, merah maupun kelabu. Ye, gua sengkek tahap penagih ni. Beli berus gigi pun gua tak mampu sekarang ni dan sampai satu keadaan, gua bayar neskepe ais pakai duit syiling 20 sen je. Cilake sungguh.. Dah la neskepe ais sekarang harga dia RM1.70 segelas. Demmit!

Gua sekarang tgh berkira-kira mencari pekerjaan yg sesuai. Mcm menteri pelajaran pernah ckp, graduan-graduan di Malaysia ni semua memilih kerja. Ah hisappp la kau! Cuba kau blajar tinggi-tinggi org offer kerja atendan minyak. Mau? Gua ingat gua nak apply kerja kat TM Taiping same si Pia, tapi bila pikir-pikir nnt gua kene blajar tangkap gamba muka sendiri, gua rejek mentah-mentah idea tersebut..

Tapi gua nak ckp dgn lu, sekarang ni nak cari kerja pepalih susah wehhhh.. Aih, dah mcm pipi plak gua rasa.. Ade 2-3 org member gua yg dah lama gila abis belajar tapi masih tak dpt kerja yg sesuai lagi. Skang gua dgr cerita dia kerja kedai handphone, jual topap je. Kerja mmg ada, tapi adakah ia sesuai dgn apa yg korang belajar ataupun yg korang majoring masa belajar dulu? Haaa.. itu la persoalan di sebalik tabirnya sekarang ni. Kalau nak cerita pasal kerja, gua mmg ada dpt offer 2-13 ketul tapi gua rasa kerja tersebut tak cukup "in" dgn naluri kebinatangan gua ni. Apekejaddah lu offer gua jaga buku akaun, abg cina? Tak hardcore langsung lelaki kerja bahagian akaun ni.. Chaishh..

Walaubagaimana pun (cilake panjang..), gua tetap berdegil dan membuat keputusan utk chill dulu utk December ni. Gua nak lepak, main game Football Manager 2009 sampai subuh, pagi keluar brekfes pekena chapati kat Shukran, tengahari tido sampai bepeluh-peluh, petang keluar minum pekena kuih chakoi, malam lepak Old Town pulak.. hah mcm tu la rutin gua di waktu cuti ni. Pehhhh.. kewl habis. (Apa babi perkataan kewl ni??)







Lepas tu, bln Januari nnt menggelupur gua job hunting. Abis dah duit sme habis enjoy je. Binatang btul la. Ahhhhh, tu Januari nnt. Sekarang br December. Rilek laaa.. Ade berape belas hari lagi..