Friday, January 30

Gempak.. gempak..



Minggu lepas gua br ambek hensep gua ni. Rosak buat kali ke 2. Gua bengkek jgk la, apehal skrin dia blh rosak blk ni. Padahal gua tukar kat brader tu kot. Gua tanya dia, dia pun tak tau. Dia kata mistik jgk ni sbb gua org pertama yg rosak skrin 2 kali walhal skrin tu br tukar. Abis lu ingat gua tonyoh skrin tu kat jalan ke?

Jadi secara total gua dah abiskan cash utk repair, ye repair hensep ni sahaja adalah dlm linkungan rm600. Tak mcm jimbit lagi? Blh keluar hensep baru kot? Duit gua abis tetiap bulan repair hensep je. Kalau gua tau mcm ni, masa study dulu gua amek Bachelor In Handphone Repairing je, ape-apehal antar sajos kat gua. Takde rat-rat jgn sembang dgn gua!

Jadi, ketika gua menceritakan dilema hensep gua ni kepada seorang rakan gua, Idham (nama glemer ketika bermain bowling), beliau mengusulkan agar gua meng-have-a-look sebijik hensep ni yg beliau khabarkan agak raged dipakai oleh gua yg sedia raged ni. LG Cookies. Harga dia gua tak sempat check lagi tapi member gua ckp gua masih mampu memiliki hensep ini jika gua mula menabung RM20 setiap hari bermula harini..



Amacam? Hensem tak? Mesti bergaya kalau gua pakai tambah-tambah plak time takde kerja ni.. Pehhh..



Duduk rumah lama-lama rasa spt bangsat jgk rupenya..

Haih, lama juga gua tak update blog ye. Bukan apa, kibod gua digigit tikus. Huruf A dgn huruh jim tercabot. Gua cuba menaip menggunakan kalkulator tapi susah gamaknye. Lagi satu koneksyen internet rumah gua tak berapa nak hensem sgt. Nak donlod porn pun tak lepas. Masted!

Sebenarnye gua tengah struggle mencari kerja ni. Rasa spt penagih jgk menganggur lama-lama ni. Kalau tak kerja tapi ada sugar daddy yg ulur duit tiap-tiap bulan, selamba je gua. Tapi duduk rumah duit takde, mak bapak pun benci. Mlm nak lepak lagi, hujung minggu nak lepak lagi. Tu belum kira tgk bola lagi, men snooker, makan goreng pisang, nasi kukus, topap, tgk wayang, men bowling, Old Town dan beberapa judul lagi. Rungsing gua tau tak!

Gua skang tengah terkehel-kehel update resume gua yg dah setaun gua biar je. Baru la masukkan kemahiran bukan-bukan dlm tu konon-konon nak impress company yg gua apply kerja tu spt contoh mahir menggunakan In Design, Autocad, Winamp, Winzip dan apa lagi yg gua tenyeh dlm resume tu. Harap-harap mereka terpedaya.

Sekarang ni musim hujan, susah benar nak keluar petang-petang dah. Nak pegi jogging mmg takde harapan la lain la lu jogging dlm Times Square ke, Sg. Wang ke kan.. Tetibe gua terpikir kan bagus kalau dulu gua dah keluar kerete. Nak keluar date time hujan pun senyum lagi tapi kene pastikan simbol minyak di skrin tidak berkelip-kelip sudah. Secara tak langsung baru gua terpikir, yg gua sebenarnye belum ada lesen lagi. Kehkeh.. Ha, ada sesiapa nak taja gua amek lesen?



Friday, January 16

Apekejaddah bayar £107 juta?






Khaldoon Al-Mubarak ni kalau gua jumpa bersiar-siar kat Bukit Bintang ke, KLCC ke, mmg tak teragak-agak lagi gua terajang je tulang belikat beliau. Byk gila kot duit pak arab ni?! Kimeks selamba tetek je dia kluar £107 juta semata-mata nak beli Kaka? £107 juta tu byk lu tau tak?! Kalau gua tukar ke matawang RM sakit mata gua nak kira berapa digit yg ada dlm tu. Tu belum tukar ke matawang Rupiah takpun matawang negara Zimbabwe lagi.

Kalau gua kaya mcm dia ni, gua beli jet pejuang dlm 12 bijik ke bagi kat askar Palestin. Blh jgk buat main tembak-tembak ngan Israel.


Thursday, January 15

Riang Ria Rap!!

Hujung minggu lepas, gua dan kuncu-kuncu yg lain bergotong-royong berpadu tenaga mengemas rumah gua tingkat atas tu. Rumah gua tingkat atas tu dah lama jgk tak berkemas semenjak mak gua sakit dan sepupu gua dah pindah dari rumah ni. Kemas punya kemas baru gua tau, 73.2% barang yg ada kat atas tu adalah sampah dan patut dah lama lepak kat tong sampah sana. Ni mesti bapak gua punya kerja. Semua dia filter, angkut bubuh kat atas. Jimbit!

Memula, kiteorang kasi buang semua benda yg tak berfaedah kat atas tu spt bekas kaset yg dlm tu ade kaset Search, Ibnor Riza, kaset yg kakak gua burn dan ada satu kaset cina. Apekejaddah siapa yg dgr kaset cina dlm rumah gua ni? Pastu gua kasi clear baju-baju yg stok 80-an dulu yg ketat bukan-bukan, kaler feng-tau, rambu-ramba mcm cilaka semua. Baju Parkson Mega Sales pun ada? Oldskool siall..

Pastu kasi cat kat atas kaler metallic. Eh takde lah, bubuh kaler cekelat je. Br nampak mcm chalet kat Desaru sana. Sapu pastu mop lantai sme. Bersihkan carpet, angkat sofa lembut gua dlm bilik ni naik atas, cuci langsir dan beberapa tajuk lagi. Tetiba gua rasa mcm duduk kat kondo 4 bintang pulak bila dah smart ni. Siap ada angin sepoi-sepoi bahasa lagi lepak atas sofa tu. 2 kali dah gua tertido atas sofa tu ketika sedang baca surat khabar kat atas.

Masa gua kemas-kemas tu, gua terjumpa harta gua yg paling oldskool skali. Gua rasa dah takde umat kat Malaysia ni yg ada benda ni. Member gua memberi idea bernas: "Ban, lu kemas benda ni pastu lu kasi jual kat e-bay ke lelong ke. Pehh, skali org bid ribu-ribu, masyukkkk tu!" Gua jadi eksaited tak pepasal. Otak dah terpikir nak keluar Toyota Vios bayar cash. Hensep nak tukar yg 18 megapiksel punya.









Amacam? Oldskool tak? Ada lagi ke org dalam Malaysia ni yg simpan poster 4U2C ni? Gua sorang je beb.. Umur poster ni kalau tak silap gua ada dekat 10 tahun jgk la. Masa gua kecik-kecik dulu gua mmg perangai mcm cilaka suka gantung cd kat leher. Rasa mcm setan jgk tapi cool punya pasal, apa adahall. Masa diorang campak poster ni masa show dia, gua siap bergaduh ngan satu budak perempuan ni sbb gua dapat pegang poster ni separuh, dia separuh. Tapi sbb gua gangster dan dia takut tgk cd yg tergantung kat dada gua, dia bagi poster tu.. Huh!



nota: Tu tgk muka AC Mizal tu. Pehhh. Siap ngan gogle tu. Gua rasa nak kontek dia pastu jual kat dia je la poster ni. Lu rasa dia ada segan tak nak beli?




Monday, January 12

"Man United crush Chelsea" begitu lah yg tertulis di ESPNsoccernet.com.




Tgk gamba pun dah tau. Ape tu? Hah, Vidic tgh terbaring dimana bola yg ditanduk beliau telah melepasi Petr Cech yg baju kaler mcm cilaka menyakitkan mata tu. Obi Mikel yg gelap masa depan tu lu abaikan. Dia mmg huduh.

Game mmg godfather punye sengit tapi mcm biasa Man Utd sentiasa cool je tak mcm pasukan Malaysia. Kekadang gua rasa mcm tengok pertandingan gusti pun ada. Takel sana, patik sini, tujah sana, bentes sini. Sampai satu masa gua rasa abis game 2 org player mati tertujah di dahi.

Fantasy gua pun ceria je bila captain gua iaitu Nemanja Vidic score first goal. Pehhh.. masa tu gua nyaris buat backflip kat depan tv. Housemate gua yg sokong Chelsea gua tgk dah buat muka mcm org berak yg tak lawas. Tambah lagi bila dia tgk Didier Drogba main. "Gua rasa mcm nak melancap bila tgk Drogba main mlm ni.." kata member gua dgn nada sirius.

Tak sia-sia gua dgn sorang member gua bersms bertanyakan berapa mlm ni Man Utd nak titik Chelsea. Gua tanpa hesitate-nya terus mengirim sms berbunyi: "3 bijik sajos.. Berv 2, Vidic 1. Setel.."

Buat fans Liverpool: "Lu enjoy dulu lepak kat atas tu lagi 2 game. Pasni lu duduk bawah sambil mkn kuaci ok? Gua kasi can lu lead dulu.."




notabola: tak sia-sia mak gua menjerit maki gua tadi bila Rooney score tadi sbb gua menjerit mcm gua tgh tgk kat stadium Old Trafford. Mampoiii!!!


Tuesday, January 6

Mohd Azam bin. Azimuddin

Setelah melihat entry member gua ini [ link ], tanpa berlengah gua terus memutuskan azam gua utk tahun ini. Bila gua fikir blk, tahun lepas dan tahun-tahun sudah gua tak pernah nak buat azam tahun baru semua ni sbb gua rasa tindakan tersebut mcm kurafat tapi sekarang gua telah berpaling tadah. Ini adalah antara azam-azam tahun baru gua:

  1. Gua nak mula menghisap rokok bagi tampak lebih cool dan seperti abang-abang kaki pukul di Chowkit sana. (Orang sebok nak berenti rokok gua plak hilang akal baru nak mula hisap..)
  2. Mula mengambil serius tentang isu semasa seperti harga minyak dah turun, Norman hakim cerai Abby, Obama dah jadi presiden Amerika, Mawi kahwin Ekin, harga minyak lintah dah naik, berat badan Bob KU2 pun dah naik, dan beberapa tajuk utama lagi.
  3. Mencari kerja yg sesuai dgn jiwa kelajuan gua bagi memulakan hidup spt seorang graduan yg hensem dan sesuai sebagai calon menantu. Gua dah tak nak kerja mcm buruh tapi gaji tak dpt sejuta pun.
  4. Mula meriki-riki kenderaan yg berenjin bagi memenuhi nafsu gua yg ingin terjun kedunia permotoran dan bukan lagi menaiki motosikal semata-mata. Lagi 6 bln Honda Jazz takpun Toyota Vios. Lu tunggu!!
  5. Membalas jasa mak bapak gua yg bersengkang mata membesarkan gua walaupun hakikat dia gua anak yg baik dan jarang menyusahkan mak bapak. (Ni gua rasa azam gua yg paling murni sekali. Tak syak lagi..)
  6. Menemui bakal mentua dan cuba memupuk perasaan mesra di antara gua dan mereka. Aiseywahhhhhhhhhhh!
  7. Mem-plan percutian yg mega spt tahun lepas bagi merilis tension sekaligus meriliskan album baru gua. Gua plan nak bercuti ke Bandung ke, Vietnam ke takpun paling solid tu Kenya sana. Amacam?
  8. Mengclearkan "to-buy-list" gua yg dah lama tak berupdate. Semenjak dua menjak ni nafsu membeli-belah gua dah timbul blk. Mungkin angkara gua sering ke pusat beli-belah di sekitar ibu kota pada waktu mega sales akhir-akhir ini.
  9. Membayar blk hutang MARA yg gua habiskan berjoli dan pergi ke gig masa belajar dulu. Ujung bulan je 5 kali sehari gua pergi mesin ATM tu check loan dah masuk ke blm.
  10. Cuba memperbaiki diri menjadi seorang yg lebih baik dan berguna kepada masyarakat. Sekaligus menaikkan taraf Malaysia di mata dunia daripada segi ekonomi dan sosiologi. (Apekah?)

Monday, January 5

Licik mereka ni..



Tadi gua bersama housemate gua ke Uptown Damansara tadi. Tetibe gatal plak testis kiteorang nak pegi mkn jauh-jauh. Mungkin minyak masih mempunyai 4 bar pada meter Perodua Myvi dan baki gaji masih 4 angka di bank menjadi dalil-dalil member gua tak keberatan utk gedik-gedik mkn jauh.

Pelik plak gua. Niat di hati nak men-yalleh tapi tetibe Salleh tutup plak harini. Hari kebangsaan pun bukak tapi arini tutup. Saje menerbitkan perasaan misteri di hati kecik gua. "Mungkin ada kenduri sunat ke kenduri arwah barangkali.." bisik gua di dlm hati.. Oleh itu kami menukar port lepak ke hadapan sikit sekaligus menukar aktiviti kami menjadi men-sulley pulak. (Men-sulley sbb kiteorang lepak Sulleyman)

Tgh lepak-lepak sambil gua layan teh o ais tetibe satu makcik ni dtg jual kerepek. Gua saspek umur dia ni cam 50 tak lari la. Org Kelantan sbb gua kenal dia punye kecek. Muka kedut-kedut je. Tetibe gua teringat arwah opah gua.

"Dik.. beli kerepek dik?"
"Takpe makcik. Kami dah kenyang.." jawab gua tulus dgn penuh budi bahasa.
"Beli la. Utk kawan ni ke. Org di rumah ke.." jawab makcik tu spontan.
"Haish.. takpe." jawab gua sedikit berang.

Makcik tu tgk gua angkat tangan sebelah sambil sebelah lagi tgh sumbat sudu penuh nasik dlm mulut, trus beliau membelahkan diri beliau. Memula gua kesian jgk tgk makcik tu bwk plastik besar jalan-jalan kan tapi apa kan daya..

Abis mkn gua gerak blk Kerinchi. Tgh gua lalu nak masuk ke highway tu, tetiba mata gua terpandang seseorang bwk beg plastik besar kaler merah. Gua amati beliau betul-betul. Sebaik kete gua lalu sebelah makcik tu yg sedang pegang kunci dan memasuki sebuah kereta Honda CR-V, sekaligus mulut gua kata.....



"KIMEKS MAKCIK NI!! NASIB BAIK GUA TAK BELI KEREPEK DIA. MCM BINATANG PUNYA KAYA SIAP PAKAI CR-V KOTT!!!!"





Selepas tragedi tu gua terus jadi fobia nak jamah kerepek.. (tiada kena-mengena.)



Saturday, January 3

Gua pun nak pegi PLKN laaa..







Apehal nama gua takde dlm senarai pegi PLKN tahun ni? Ingat gua tak cergas dan cerdas ke? Masted!
Gua nak request ke Kem PLKN Princess Haliza, Sepang lah. Dgr cerita sana permandangan dia cantik..



Friday, January 2

Happy New "Hell"

Harini 2hb Jan 09. Pehhh.. skejap je dah 2009 kan? Bila dah masuk 2009 secara auto gua menjadi tua skit lagi la. Dah tak belia remaja la camni. Aishh.

Gua ingat lagi masa gua zaman remaja rebel dulu kan. Zaman punk ngan skinhead mencanak-canak dulu, pantang ada sambutan merepek-merepek ni, gua mesti overnight punya ngan kuncu-kuncu semua. Sekarang dah tak musim dah. Dah tak "in" ngan jiwa gua aktiviti lepak over night tepi-tepi jalan ni. Duduk rumah tido atas tilam lagi stim.

Malam tahun baru, gua bersama kuncu-kuncu yg berjaya dikumpulkan melakukan aktiviti beriadah yg masyarakat tak memandang hina iaitu ber-bbq bersama rakan-rakan di Bagan Lalang. Cilanat, plan pukul 8 nak gerak dr Kerinchi last-last pukul 10 br nak nak panas enjin kat Sunway sana.

Cerita byk tak guna sbb sekarang ni tgh hujan, gua nak layan tido dulu. Malam kang gua rajin gua post new entry. Ni ade gambar-gambar lucah sikit: