Wednesday, February 25

Jangan sampai esok jgk gua apply jadi polis trafik!



Gua bukak e-mail harini. Tetibe rasa gile seks nak check e-mail plak padahal bulan lepas tak pernah check pun. Mungkin sbb gua tgh tunggu offer kerja mendorong gua utk membuka e-mail tersebut. Check punya check haram takde satu offer yg memberangsangkan tengkorak. Check check, rock rock btul!

Pastu gua perasan member gua ade forward e-mail kat gua. Tetibe plak dia forward e-mail ni mesti ada sesuatu yg misteri. Tampa usul periksa gua bukak dan check. Sebentar kemudian terdengar bunyi keyboard dikarate.






***





Melihat kandungan e-mail tersebut membuatkan gua sedikit menyirap dan secara tak sengaja gua termencarut dlm bahasa Inggeris, "Waddefak?" Ni stail lahanat apa kau buat naik motor pakai timba jadi helmet ni john? Kalau lu pakai sereban ke, helmet kanak-kanak ke atau paling cilanat skali gayung la, ni tidak, timba? Bawak kepala mesti nak ke bawah, kalau tak melambung tak pepasal motor kat belakang plak yg pakai helmet kau ni.

Satu lagi, makcik ni duduk atas apa? Gamble btul duduk atas pelastik. Kalau pecah plastik tu ke, tak bersepai bontot kau kene seret kat jln? Walaupun beliau makcik tapi gua tak teragak-agak utk bagi pelempang kalau gua jumpa sesiapa buat mcm ni kat KL maupun Malaysia ni. Gua yg moto tak pernah ade side mirror ni pun tak pernah buat aksi angker mcm ni tau tak?












Monday, February 23

Tindakan keji anak buah saya.



Mlm tadi gua tido lambat sbb pegi amek member gua dtg dr Terengganu. Gua tak ingat dah berapa tahun tapi harini tetiba gua blh ter-breakfast plak iaitu pegi kedai mamak pekena roti canai banjir berduet bersama teh tarik. Kena plak pepagi tu sejuk sampai ke punggung plak. Pehhhhh.. panas je usus bila teh tarik tu lalu.

Sampai di rumah gua terus meniduri dgn bersungguh-sungguh. Niat hati nak sembahyang subuh tapi ehem.. ehem..

Pagi tu gua rasa tido tak nyenyak sgt. Langsir sume tutup. Gua bukak mata skit gua nampak kipas tak pasang. Aih, ni bukan pasal panas. Walaupun ketiak sedikit basah tapi masih blh tido lagi ni dlm suhu camni. Tapi hati gua masih rasa tak sedap. Mcm berak tapi tak lawas. Gua bukak mata, bangun sikit baru gua tau.

"Masted!" jerit gua sambil mata tertutup.

Patut gua rasa lain macam. Patut gua rasa tido tak leh jalan. Rupa-rupanya anak buah gua ada dlm bilik ni. Paling cilaka, masa gua tido dia dok main-main bulu kaki gua plak. Masted tak? Patut la gua rasa geli semacam je. Dia ingat bulu kaki gua ni alat permainan kanak-kanak ke? Siapa tah ajar dia main bulu kaki ni? Kalau tadika dia ajar mmg esok jgk gua antar dia masuk sekolah pondok.

Nasib gua tak bagi sepakan sudut tadi. Sengih je beliau. Bangunkan gua sbb dia nak main game. Keje nak main game je. Cuba la pegi basuh baju ke, masak nasik ke, main ping-pong ke.. Anak buah siapa la ni..





ni la beliau yg bermasalah. amacam? rasa mcm nak lempang tak?



Thursday, February 19

Saya minat shuffle.

Mlm tadi gua tgk tv dgn budak dorm gua. Cerita 360 kat Tv3. Haram gua tak pernah tgk cerita ni. Gua tgk sbb member gua ugut dia tak nak bagi gua air teh ais sikit. Mana kacip mkn nasik kerabu tak minum teh ais kan?

Jgn suruh gua terangkan cerita 360 ni apa kisah dia. Mmg gua tampa je tengkorak lu nnt. Nak tau cite ape pegi nganga depan TV setiap rabu pukul 9 mlm. Lu tgk la muka Mazidul Akmal Sidek tu puas-puas sampai berlendir pusat.

Ade satu slot dlm rancangan tu dia cerita pasal isu Bukit Bintang. Bukit Bintang sebagai tempat paling strategik dan paling happening kat Kuala Lumpur ni. Sekali dia cerita pasal isu sosial, pasal remaja belasan tahun shuffle ramai-ramai dekat Bukit Bintang, kat area depan dataran Maybank sana. Tau ke tau?

Adoi. Gua pernah keluar sana ada hujung minggu tu. Niat nak pegi Low Yat cari barang. Sekali gua lalu depan dataran Maybank tu, penuh! Lu pernah pegi hujung minggu dekat Mydin kat Kota Raya tu? Ha dia lebih kurang camtu tapi yg ni penuh dgn budak-budak belasan tahun terkinja-kinja sambil minum arak. Apa lu ingat cool ke kinja-kinja mcm tu sambil pegang botol beer? Halus-halus lagi. Kasut pun mak belikan. Tu pun hujung tahun bila mak dpt bonus.

Tak kira lelaki ke pompuan ke sama je. Rasa mcm nak lempang! Rambut nak style kaler merah la, blonde la, stripe tak tentu pasal la. Nak je gua talipon mak bapak masing-masing heret anak balik rumah ajar mengaji muqaddam.

Gua masa baya-baya diorang ni kalau petang-petang hujung minggu duduk rumah main bola ke, main guli ke, main kerete racing Tamiya ke, paling keji main baling selipar naik atas atap rumah jiran. Sekarang kau baru darjah 6 dah berani sedut rokok sambil tangan pegang botol arak?

Gua bercadang nak bertanding kerusi parlimen tahun ni dan kalau gua dpt jadi Datuk Bandar Kuala Lumpur, gua mansuhkan akta undang-undang kasi tambah satu: "Kau shuffle kene saman RM500 atau sebat 15 kali." Amacam? Lu brani nak terkinja-kinja lagi ha budak style sgt?





What are you listening?

Sejak akhir-akhir ni gua dapati kapasiti dlm hardisk gua makin meruncing dimana hanya tinggal 150mb je drpd 40gb yg gua peruntukkan utk mp3 sahaja. Jadi bagi mengatasi masalah tersebut, gua terpaksa overhaul blk semua lagu-lagu yg gua ada dan baru donlod utk bagi memuatkan ke dlm kapasiti hardisk gua tu.

Jadi gua dgr balik album-album ngan lagu-lagu lama yg gua ada. Jadi gua nak share yg mana gua rasa worth listening. Chekidaut!


10 Albums Worth Listening:

  1. The All-American Rejects - When The World Comes Down
  2. The Offspring - Rise and Fall Rage and Grace
  3. I Set My Friends On Fire - You Can't Spell Slaughter Without Laughter
  4. Attack Attack! - ATTACK
  5. Emmure - The Respect Issue
  6. At All Cost - Circle Of Demons
  7. Ellegarden - Missing
  8. Lykke Li - Youth Novel
  9. Lydia - Illuminate
  10. Burden Of A Day - Belessed Be Our Ever After

10 Songs Deserved A Place In Your I-Pod/Mp3 Player:

  1. Attack Attack! - Sticky Stickly
  2. Bloc Party - Hunting For Witches
  3. The Offspring - You're Gonna Go Far Kid
  4. The All-American Rejects - I Wanna
  5. The Offspring - Kristy Are You Doing Okay
  6. Bloc Party - Talons
  7. Evergreen Terrace - No Donnie, These Men Are Nihilist
  8. Madina Lake - One Last Kiss
  9. Mayday Parade - Three Cheers For Five Years
  10. Here Comes The Craken - Confessions Of What I've Done

5 Albums Deserved To Be Burn:

  1. Travis - Ode To J Smith
  2. Funeral For A Friend - Memory and Humanity
  3. Keane - Perfect Symmetry
  4. Story Of The Year - The Black Swan
  5. Damien Rice - O

10 Songs Yg Buat Gua Rasa Nak Mencarut Bila Dengar:

  1. Beyonce - If I Were A Boy (lagu ni mengungguli carta lagu paling cilaka gua penah dgr)
  2. Pink - So What
  3. Rihanna - Disturbia
  4. Pussy Cat Dolls - I Hate This Part (ni pun blh tahan anjing dia ni..)
  5. Lady Gaga - Just Dance
  6. Akon - Right Now (Na Na Na)
  7. Kanye West - Love Lockdown
  8. Ne-Yo - Miss Independent
  9. Flo Rida feat. Will I Am - In The Ayer
  10. Daughtry - What About Now


Hah, apa lagi John?



Tuesday, February 10

Sakit Perut Kawwww!!

Harini gua diserang sakit perut cirit birit peringat mega. Dlm purata masa 4 jam, gua dah lepak dlm jamban dlm 5 kali. Lenguh lu tau tak? Gua rasa faktor penyumbang kepada cirit-birit tersebut adalah kerana gua habiskan sambal masa mkn ayam penyet kat Sunway tu smalam gua rasa. Ke ada org cuba berniat keji dgn mencampur racun tikus di dlm makanan gua ni? Paling cilaka santau angin? Woi! Keji dohhhh..

Masa gua tgh lepak dlm jamban tadi tiba-tiba hati kecik gua terdetik: "Ni betul-betul cirit or die ni.."



Ini semua Harian Metro punya pasal!!

Memandangkan gua masih belum mendapat sebarang offer lagi, jadi pekerjaan gua adalah sebagai pemain Football Manager 2009 sepenuh masa dan pemain Rock Legend secara freelance. Akibat mlm semalam gua sangat gigih bermain game tersebut membuatkan harini gua bangun tidur pada waktu biasa iaitu sekitar pukul 1.

Jadi secara automatik bila dah bangun, gua akan berak dulu, mandi, gosok gigi dan bersarapan walaupaun perkataan sarapan itu tidak berapa sesuai digunakan ketika jam menunjukkan pada pukul 1.15 tengahari. Perut gua menjadi lapar apabila sarapan pagi harini dah abis bapak gua blasah. Hanya tinggal neskepe sejuk saje dan beberapa keping roti paun. Jadi gua beralih arah menu ke rumah kakak gua bagi mempekena brekfes sekali dgn lunch.

Arini kakak gua masak gulai jering dgn daging goreng berlada. Pehhh.. gua mkn sampai seluar tak buleh nak button. Masa mkn tu gua sempat belek-belek paper Harian Metro yg kakak gua beli ni. Gua mmg bengkek baca paper ni semenjak dia fitnah gua sebagai penganut black metal pada tahun 2005 dulu lagi. Penuh dgn berita berunsur crap tapi bila dah bosan paper ni layan jgk. Sama mcm itu majalah Maskita la.. Gua tgk muka depan paper tu tulis "Fasha akui tertekan." Waddefak headline kau ni??

Abis mkn gua pun blah dgn laju sbb perut gua rasa mcm sedikit memerlukan jamban. Dlm otak gua masih bengkek dgn headline tadi. Lif pun sampai gua pun masuk. Dlm tu ada akak ni dgn anak perempuan dia sorang. Blh tahan cute jgk. Masuk lif gua pun tekan la butang kat tepi tu. Lima enam kali gua tekan, lampu kat butang tingkat kat tepi tu masih tak nyala-nyala jgk. Gua sedikit berang apabila perut semakin memberontak. Dlm kepala masih bengkek dgn tajuk headline tadi.. Tiba-tiba..

"Dik, adik nak turun tingkat bawah ke?" tanya akak tu lembut.
"Ha ye la kak.." jawab gua simple tapi padat.
"Tapi kenapa adik tekan butang tingkat empat tu. Ni kan kite kat tingkat empat ni.." balas akak tu dgn nada sedikit nak gelak.
"Eh ye ke kak? Sori la kak.. saya stone ni.." jawab gua mcm budak terencat.





Alamak eyyyyyyyy!! Malu gua weyyyy! Macamana gua blh tak perasan gua dari tadi tekan butang tingkat empat? Patut la anak akak tadi usha gua pelik je bila gua tekan butang mcm nak bergaduh tadi. Abis gua plak selambe je jawab yg gua tgh stone. Mintak-mintak dia tak tau amende stone tu. Dah la gua pakai seluar koyak lutut ngan baju itam semua lengkap.

Kimekssss!! Sekarang gua dah malu ni? Ni semua Harian Metro punya pasal..



Monday, February 2

Apekah?

Ptg tadi bagi mengisi masa gua yg sgt sibuk ni, gua penuhi jadual harian gua yg tak berguna tu dgn mengemas almari baju gua. Keputusan ini diambil kerana gua lihat ada space kosong yg ditinggalkan dr perpindahan barang-barang housemate gua ke almari mereka.

Dlm proses mengemas tersebut gua jumpa blk barang-barang gua yg dulu gua saspek member gua rembat. Antaranya sweater army kaler itam, seluar itam Ben Davis, tie itam skinny, baju Dewa dan stokin PDI gua yg hilang sebelah kiri. Paling cilaka gua jumpa scarf pengakap gua yg dah kene gigit tikus..

Masa kemas tu jgk gua jumpa blk jeans-jeans lama gua masa zaman jahilliah dulu. Koyak kat lutut kiri kanan, koyak kat poket belakang, koyak kat zip depan. Bak kata yg koyak saje laaa. Pastu bau dia mmg mcm puaka. Baru gua sedar yg dah berapa belas tahun gua tak basuh seluar-seluar tersebut.

Pastu gua tgk ade satu jeans Edwin ni dah lama gua tak pakai, jadi gua sambar dan pakai blk. Season mmg tak blh dinafikan. Gua rendam dlm swimming pool, silap-silap buaya yg keluar. Nak dijadikan cerita, ptg ni pas mandi dan gua dah wangi-wangi serta hensem ala kadar, gua pun sarung la seluar tu. Nak keluar beli nasik mesti la pakai hensem-hensem kang nnt awek-awek blk kerja nampak gua pakai seluar bola je apa cerita? Jatuh la amanah rakyat gua camtu. Setelah gua sarung seluar tu dan gua tgh bersedia nak kacip button seluar tu, tiba-tiba..


"Waddefakkkkkk??" bentak gua secara auto sedikit kuat.


Apehal gua dah takleh button seluar jeans ni? Abis nafas gua tahan pun tak lepas lagi button. Gua dah kaget. Gua cek blk saiz pinggang, 31. Aish, akan seluar ni mengecut sampai jadi 27 kot? Ni perut gua ketika blm diisi nasik lagi ni. Kalau dah masuk nasik, ayam, ikan, sayur, hotdog, selipar sme cuba la lu bayangkan nnt? Adakah ini tandanya gua telah mengalami obesiti dan naik berat badan semenjak gua lepak rumah ni? Apekah?




Kesudahan dia gua pegi kedai beli nasik pakai seluar tu jgk..... tapi tak button pun sbb tak muat. Mampus gua tetap nak pakai jgk jeans ni!!! Baru Levi's Unbutton..