Tuesday, July 29

Kalau Malaysia tak kena titik 7-0 mlm ni jgn kata Chelsea blh menang EPL season ni..



Mlm ni gua beralih arah. Mampus la Menteri Belia dan Sukan ke, Menteri Kerja Raya ke takpun Menteri Kesihatan ckp jgn sokong Chelsea sbb Malaysia lawan bwk nama negara tapi gua tetap nak sokong Chelsea. Tapi kali ni je la. Gua belum murtad lagi tetiba nak sokong rival wey..


Gua nak tgk camne game mlm ni. Blh ke team Malaysia menahan asakan Joe Cole, Essien, Obi Mikel (dia ni mmg tak hensem..), Lampard takpun tu Ballack. Bkn gua tak nak sokong Malaysia, tapi honestly la beb, lu rasa Malaysia ada harapan ke nak menang? Nak gol saguhati pun blm tentu Peter Cech nak kasi lu tau tak?? Gua rasa Cech blh sembang sembang dgn budak kutip bola tu time game nnt. Paling cilaka dia blh pegi jumpa peminat belakang gol kasi tanda tangan..

Tapi apa apa pun gua ucapkan good luck la kat barisan pemain negara utk mlm ni. Harap harap pemain kita tak penat kejar bola je game nnt. Ey, kasi itu Sheeby Singh la main mlm ni. Mungkin blh menang tipis kot..



Sunday, July 27

over.you



Now that it's all said and done,

I can't believe you were the one
To build me up and tear me down,
Like an old abandoned house.
What you said when you left
Just left me cold and out of breath.
I fell too far, was in way too deep.
Guess I let you get the best of me.

Well, I never saw it coming.
I should've started running
A long, long time ago.
And I never thought I'd doubt you,
I'm better off without you
More than you, more than you know.
I'm slowly getting closure.
I guess it's really over.
I'm finally getting better.
And now I'm picking up the pieces.
I'm spending all of these years
Putting my heart back together.
'Cause the day I thought I'd never get through,
I got over you.

You took a hammer to these walls,
Dragged the memories down the hall,
Packed your bags and walked away.
There was nothing I could say.
And when you slammed the front door shut,
A lot of others opened up,
So did my eyes so I could see
That you never were the best for me.


Well, I never saw it coming.
I should've started running
A long, long time ago.
And I never thought I'd doubt you,
I'm better off without you
More than you, more than you know.

I'm slowly getting closure.
I guess it's really over.
I'm finally getting better.
And now I'm picking up the pieces.
I'm spending all of these years
Putting my heart back together.
Well I'm putting my heart back together,

'Cause I got over you.
Well I got over you.
I got over you.
'Cause the day I thought I'd never get through,
I GOT OVER YOU.



****



To whom it may concern, I know that your life getting better and better with your loves one. Nway, I wish for a best days ahead for you, and in your life. I still care for you and you know I will. Nevertheless, I've already move on and starting my life with a fresh start. And I found someone that might help me to get over you, and yes I did. Take care somebody..



My days start at 7 am. Aiseywaaaaaaahhhh..



Spt judul diatas, dlm bahasa Melayunya bermaksud "Hari gua bermula pada pukul 7 pagi." Jgn paksa gua terjemah kepada bahasa Mongolia ataupun bahasa pasar..

Hari hari gua adalah sgt bohsan sekarang. Semenjak menjawat jawatan sbg budak sekolah ni, gua terpaksa menyesuaikan diri semula di alam bangun pagi-pagi pegi mandi (mcm dulu tak mandi je..), pegi sekolah, baca buku, buat keje sekolah dan sebagainya cilanat lain yg gua berbulu nak list kat sini. Gua list pun bkn dpt elaun ataupun nombo talipon gadis.

Jiwa gua meronta ronta setiap pagi nak bgn pegi sekolah. Secara purata, setiap pagi gua akan snooze alarm hensep gua sebanyak 4 kali sebelum bgn dgn separa sungguh sungguh utk ke bilik air. Di bilik air gua berkira kira utk mandi ataupun blk sekolah kang br mandi disebabkan water heater gua sekarang dlm kondisi yg tak stabil. (sekali mandi air panas mcm neraka. Bahaya beb..)

Mood gua dah tak blh seiring utk melihat gadis gadis genit berbaju kurung lalu pintu utama sekolah gua. Walaupun mereka gemar menjeling jeling gua sambil buat sign mintak no talifon tapi ternyata gua terpaksa menghampakan mereka. Kalau dulu gua cenderung utk usha usha sambil bersiul lembut, tapi kini sekarang muka gua lebih menjurus ke arah pegi pastu blk cpt cpt sambung tido.

Pengupdatetan blog gua pun dlm keadaan tidak konsisten kerna bebanan kerja sekolah yg diberikan. Rambut gua dulu yg terpaksa gua korbankan. Menitis air mata gua beb. Gua korbankan teruna gua pun tak menitis air mata mcm ni lu tau tak??? Arghhhhhhhhhh!!!

Aih sudah la. Gua br teringat latihan kira-kira yg Cikgu Latifah berikan blm gua siapkan. Sifir 8 pun masih gua tergagap gagap lagi. Esok ade ujian PAFA kalau tak siap gua, kene mandi wajib dulu la nampak gayanya gua mlm ni...

Hah, siapa yg rajin blh tolong gosokkan baju sekolah gua tak mlm ni? Nnt cukup bulan gua belanja mee kari, sudu lebih. OK?




Tuesday, July 22

Tampa ragu ragu, gua mmg pemalas!



Harini dah masuk hari ke-2 gua masuk sekolah tapi kenapa gua masih terkebil kebil atas tilam lap lap mata? Kenapa gua blh bgn selamba on pc walaupun jam lagi 30 mins utk pegi ke sekolah? Kenapa? Kenapaaaaaaaaaaaaaaaaaaa???? (Menjerit tak tentu pasal..)

Ini kerana gua masih dlm keadaan malas. Mmg tak blh dinafikan, gua sgt champion dlm aktiviti malas ini. Disamping dgn pengaruh rakan rakan, dan juga gua dah sinonim utk bangun pada pukul 12 dlm masa sebulan gua tidak berkerjaya dahulu.

Sekarang ni mcm mana gua nak motivate diri gua supaya lebih rajin dan bermoral tinggi? Gua rasa gua kene tgk rancangan motivasi diri pagi pagi kat TV tu la. Takpun gua pegi je jumpe Dr.Fadzilah Kamsah tu kasi dia bebel bebel skit. Gua blh insaf kot?



****



Skang cerita byk tak guna. Gua nak main game Football Manager gua ni. Sikit lagi gua nak angkut Fabregas masuk Spurs. Lu tunggu jee..







Saturday, July 19

Pengalaman gua menghalau kera.



Tujuan gua hanya nak tumpang berak. Tapi gua telah terpedaya dan terjebak dgn satu aktiviti yg gua rasa tak berapa nak bermoral dilakukan pada waktu maghrib. Menghalau kera! Apekejaddah?

Gua pegi rumah member gua semalam. Niat nak melepaskan hampas hampas yg tak sabar nak keluar mengikuti ruang yg disediakan di bawah badan ni. Nak berenti kat Petronas kang gua takut tak sempat.

Sampai je rumah dia di Gemensah Heights, gua meluru terus ke tandas. Sambil jalan gua dah mula bukak seluar. Sampai jamban je terus duduk. Efektif tak gua?

Abis berak gua tgk dia dgn ayah dia dok terjoget joget. Gua ingat dia tengah melakukan aktiviti pocho pocho. Gua tak amek port la. Sekali br gua ketahui bahawa kera tgh menginvade kediaman beliau dan berhasrat utk bermastautin disitu. Secara tak sengaja ayah beliau telah mempelawa gua utk join event menghalau kera tersebut yg berlangsung selama 1 jam itu.

Ada 2 ekor kera yg telah menginvade kediaman beliau. Mereka telah memilih satu port didepan rumah sebagai port. Mmg nice diorang pilih. Sejuk je tak kene hujan. Pandai jgk kera ni..

Abis halau, pasang tangga, berlari kedepan belakang lebih kurang, gua terus mempekena coke yg telah disediakan. Kata ada speghetti, apa pasal tak keluar???

Mlm tu gua blk rumah tu blk (sbb gua parking Hayabusa gua kat rumah dia) gua tgk kera tersebut telah kembali ke port ptg tadi. Jadi dgn ini gua ucapkan good luck kepada tuan rumah utk aktiviti meghalau kera yg akan dtg nanti. Diharap lebih meriah dari yg sebelumnya. Sekian.



Thursday, July 17

CALIBAN LIVE IN KL!!!


Cerita banyak tak guna. Kalau budak darjah 3 Oren pun blh tau Caliban, lu apa cerita ternganga nganga lagi? Ni Caliban bai bkn gelek gerudi Inul ok? Gua taknak ketinggalan lagi spt event event yg lepas. Penyesalan yg membuatkan gua tak selera nak jamah pizza selama setengah jam. Emosi gua sering terganggu bila dgr sembang dr mulut ke mulut mengatakan mereka sudah membeli tiket ke konsert tersebut. Gua dipandang rendah oleh masyarakat..

Sekarang tidak lagi!!! YEAHHHHHHHHHHHHH!!
Andreas Dörner lu tunggu kedatangan gua!!! (sambil tunjuk jari ke langit..)



Mega Trip 3: Berkelah, Maran Pahang.



Dah dah, lu org jgn nak buat muka kerek spt mengundang penerajang. Gua tau gua lama tak update blog gua. Byk aktiviti yg tak bermoral yg gua kena buat sampai gua takda masa akhir-akhir ini. Disamping komitmen-komitmen lain juga yg manjadi penyumbang kepada ketidakupdatean blog gua ini. OK ok. Chill. Gua nak update la ni. Tak payah la buat muka camtu lagi..

Ok, skang gua nak review gua punya Mega Trip last week. Nyeh nyeh nyeh. Gua telah menghilangkan diri buat sementara. Ada khabar angin yang tak sedap mengatakan gua ke Hatnyai melanggan GRO, ada juga mengatakan gua ke Sumatera barat belajar jadi tabligh. Yang paling cilaka gua dgr ada yg kata gua masuk pusat pemulihan akhlak atas kes amik dadah. Woi Woi! Yg ni blh mendatangkan marah peringkat ultra. Cantik sikit gua masuk pusat pemulihan akhlak. Pusat karaoke ke gua blh terima lagi..

Gua minggu lepas ke Maran, Pahang. Gua join satu trip dr group Excobar, group member gua yg slalu organize event event camni. Trip ni berlangsung pada Khamis mlm 11hb sampai 13hb Julai haritu. Ni flyers:




Kiteorg bejumpe kat Lrt Wangsa Maju hari Khamis mlm tu sekitar kul 11. Bas dtg dan bertolak dlm kul 1 camtu. Trip tu kalau gua tak silap dlm 45 org , 66 org berdiri. Tu tak termasuk drebar bas dan juga org org asli yg join trip tersebut. Dlm bas mmg champion dia punya sejuk. Satu musibat ni dia blh tenyeh skali gua punya jaket kat tempat luggage bawah bas tu. Kesudahan dia gua mencarut kesejukkan dlm bas tu..

Sampai sana kul 4.30 pagi camtu so kiteorg chill dulu kat kedai makan bawah bukit tu (tak bukak pun lagi..). Lepas brekfes dlm kul 7 camtu, 3 bijik lori sampah dtg angkut kiteorg ke kaki bukit tu. Dlm lori terkontang kanting selama 40 minit.

Sampai kat bawah offload brg brg sume, dgr taklimat dr member gua lebeh kurang. Eksesais regang regangkan otot otot dan ovari sume, gua pecut naik campsite. Perjalanan berjalan kaki ke campsite naik bukit selama 1 jam 30 minit. Horror tak?

Sampai campsite gua terkedu. Dia punya view beb, pehhhhhhhhhh.. TERBAIK!! Mmg lu org takkan jumpa camni punya view kat KL maupun dekat Pandan Indah apetah lagi kat Kelana Jaya. Secara auto otak gua bertukar kepada mode chill dan rileks. Serabut semua hilang bila tengok dia punya sungai, air terjun dan tempat tiruk dia. Gua nyaris nyaris bogel dan bantai tiruk setiba ke campsite tersebut.

Aktiviti utk hari pertama tu adalah mcm biasa lah, pasang kemah, chaos chaos lebih kurang, masak sampai meletup dapur, tangkap gamba tunjuk kat bini. Paling cilaka dlm trip ni adalah hensep gua blh habis bateri pulakkkkkkkkk kan. Apa crita?? Dah la hensep tu lah satu satunya sumber gambar (kamera), sumber hiburan (mp3) dan sumber perhubungan gua. Blh plak habis bateriiiiiiii. Sudah gua takde gambar langsung kat sana. Ni la yg paling cilanat sekali.

Kat sana gua rasa siapa yg join mmg berbaloi. Kalau buat iklan kat tv mesti laku produk ni *tiba tiba. Aktiviti siang spt absailing, layan tiruk sampai patah tengkuk, panjat pokok iras iras kera, berjalan kaki ke waterfall (kiteorg punye campsite kolam 5, waterfall kat kolam 7) dan macam macam lagi la sebab gua byk tido plak siang tu. Thihihihihi..

Mlm aktivit plak cam sesi kaunseling dari hati ke hati (sembang la tuu..), shisha, bbq, layan poker dan aktiviti haram lain, memancing, bantai tiruk lagi, membuat maksiat secara kumpulan dan beberapa aktiviti lain.

Pengalaman paling manis berbaur cilaka gua trip ni adalah time kiteorg trip ke waterfall tu. Gua tgk bebudak pakai selipar saja plus gua dgr dgr trek dia tepi sungai je. Kira pijak pijak batu je la. So gua dgn selamba teteknya dari bawah tak pakai selipar naik ke atas. Selamba hadap! Mula mula mmg gua chill je la part naik atas tu. Part turun bawah tu la yg paling seronok! Batu batu dah panas sbb dah tengahari. Pastu gua kene turun ikut lalu hutan pulak. Sakit kaki gua mmg azab la kan. Cerita byk pun tak guna. Sampai bawah kaki gua dah tak rasa apa. Lu gigit pun gua senyum ja. Dah iras iras kulit biawak pun ada jgk..

Kesimpulan dia trip ni mmg berbaloi. Gua rekemen siapa siapa nak join next trip pasni. Gadis gadis pun ramai. Crew pun mesra alam. Tapi gua nak ingatkan, siapa siapa nak cr port berak, jgn cari yg angker angker. Sbb nnt nyaris nyaris jadi cam gua. Cr port berak punya pasal nasib baik tak mati lemas. Haishhhh..


notapenat: ni je bukti yg gua dpt sertakan yg gua pegi trip ni:

Monday, July 7

Pengalaman gua dipotong rambut oleh member.



"Beb, lu kasi trim tepi sajos ok? Lain jgn usik.." bagitau gua dgn nada separa getar akibat khuatir.


"Tarahal.. bende simpel.." jawab member gua sambil mengacu acukan gunting.



(10 minit kemudian)



"Ok dah setel rambut lu. Gua kasi pendek sikit baru smart.." kata member gua sambil bersih bersih gunting..

"Ha yelah.." balas gua.





*****


"Errr auntie, kasi nipis tepi dgn belakang eh? Lain jgk usik.."













notachillaka: Air mata gua nyaris meleleh beb tgk rambut di lantai. Tak dpt la gua nak berambut Oli Sykes raya tahun ni. Gua dah berkira kira nak cari pelebat rambut dlm masa seminggu saja. Demmit!!






(gambar terakhir yg berjaya dirakam sebelum rambut gua terkorban..)










Gua bagi amaran keras! Lu jgn cuba ni di rumah!!



Hidup gua menjadi semakin tidak terurus. Kalau nak dibandingkan kezombie-an gua masa Euro dulu, kali ni lagi dasyat. Kalau dulu gua tgk bola bgn pukul 12, sekarang ni gua tido pukul 4, bangun pukul 12 gua sambung blk benda ni.

Hati gua terdetik utk mencuba semula benda ni selepas Euro tempoh hari. Akibat penangan David Villa dan Silva, gua terpedaya, gua terpedaya beb.. Maafkan gua kalian. Sob.. Sob..

Niat hati sebenarnya hanya nak cuba cuba. Gua tau apa akibat benda ni bila gua sentuh dia blk. Porak peranda hidup gua. Gua bakal menjadi mayat hidup blk. Kekasih gua akan terasa kurang belaian kasih sayang dr gua kelak. Tapi gua degil, gua tak mempedulikan semua tu. Gua tak fikir risiko yg akan gua terima pada hari muka..

Moto Hayabusa gua sering kekeringan minyak di tangki. Ladang kelapa sawit tidak lagi gua pedulikan. Rancangan televisyen berunsur komedi gua ketepikan dgn selamba. Gua menjadi seorang yg lain sekarang..




*****



Hah, kau apehal Arsene Wenger nak cabar Tottenham gua? Ingat lu punya Adebayor ngan Van Persie tu gua goyang? Isap kott bergilir gilir dulu la. Gua hantar Silva ngan Aguero je kasi hadap lu punya team kan! Woi, oder teh ais bungkus satu lagi! Sebagai seorang manager yg sungguh berwibawa gua manade masa nak lepak minam minam semua ni. Lu tengok Alex Ferguson, ada dia minum teh ais sambil pekena roti canai kat restoran mamak? Takde masa beb..