Friday, October 31

Tiap-tiap hari ketiak berlendir.

Fried noodle, Jakarta, Indonesia[ gambar sekadar hiasan gedik ]

Angker tak tajuk entry gua ni? Ha, tak lalu kau nak jamah mee goreng tu? Padan muka!

Skang ni gua rasa dah sampai turn musim panas dekat KL ni. Panas dia mmg champion. Lu kalau letak pipi kat jalan tar mmg facial massage la. Time panas ni baru la gua dpt bergerak tiap-tiap hari. Dulu masa hujan kalau nak keluar pas pukul 2 ptg mmg lu keluar pakai baju hujan satu sut. Kalau tak mmg mimpi basah la jawabnye.

Korang prefer hujan atau panas? Gua personally prefer dua-dua sebenarnye tapi dia punye combination kena betul la. Macam ni, panas adalah apabila waktu pukul 9 pagi hingga 9 mlm. Sebab apa? Mengikut kajian yg gua jalankan, 84.32% rakyat Malaysia sangat sibuk dgn tugasan harian pada skala waktu begini. Yg mana berkerja, kene pegi kerja. Yg mana sekolah kene pegi sekolah. Yg mana takde class, kene pegi detim dan sebagainya la. Petang-petang pulak boleh pegi bersukan, mandi parit, bermain ping-pong, berkayak, pancit tayar moto, curi kabel TNB dan sebagainya. Mlm pulak waktu org baru blk kerja kan, nak chill-chill. Pastu nak kene keluar mkn sbb mak tak masak la, dapur abis gas la. Jadi pukul 9 tu tak blh hujan lagi.

Ok, lepas pukul 9, kasi hujan yg ultimate punya. Hujan stok tak bagi can mmg kalau lu sangkut bawah jambatan pukul 10 p.m, lu bwk sleeping bag tido sajos bwh jambatan tu. Sbb hujan lebat sampai pagi. Waktu ni mmg gua tunggu-tunggu. Layan tido tampa kemaafan. Tido mlm dibalut sejuk hujan sambil selimut sampai paras leher mmg syahdu. Pastu esok pagi terlajak tido tak pegi class pulak. Pehhhhh, mmg mcm lahanat!

Tadi gua pegi Cyberjaya bersama gadis, tolong dia offload barang dr rumah sewa dia sbb dia dah nak start cuti. Plus next sem dia dah consider tak nak stay kat situ lagi. Ondewei ke Cyber tadi, cuaca mmg panas ultimate. Gua fikir-fikir blk, kalau gua jadi la kerja sini, ulang alik plak kan? Fuhhhh, jgn tanya lu jumpa gua on weekend gua dah nampak mcm Bacary Sagna.

Tengah hari tu gua tgk cuaca mendung. "Hujan kot petang ni.." getus hati gua. Tapi sangkaan gua meleset. Ptg tadi gua layan tido sekejap sbb lately ni gua tak dpt gua punya beautiful sleep. Gua tido tadi dlm keadaan berpeluh diremixkan pulak dgn ketiak berlendir je. Gua bangun tgk badan berpeluh tak henggat punya. Sekaligus otak gua berfikir: "Gua tido ke kluar berjogging ni?"

Secara kesimpulan dia, maanfaatkan la masa kita di waktu cuaca cerah ni dgn benda yg berfaedah. Jaga kesihatan kita jgk sbb senang dpt penyakit waktu panas-panas ni. Dan jgn la bikin panas selalu sbb nanti ada yg tak tahan, bertumbuk plak jadinya.










notapanas: Apekejaddah ending dia baik ni? Siap ada pengajaran lagi drpd cerita tersebut? Ingat buat cerpen utk pelajar yg akan menduduki UPSR ke? Biasa ending maki-maki carut-carut lagi. Gua syak cuaca panas ni dah pulihkan pemikiran gua kepada normal blk. Lagi satu musim panas ni gua rasa gua cepat je horny. Mcm cilake.

Reblog this post [with Zemanta]

Wednesday, October 29

Gua terlajak buat kali yg ke duabelas ratus kali.



Binatang! Pagi ni gua terlajak lagi. Waddefakkkk!! Nak kata tido lambat, pukul 12 gua dah dipaksa tido. Abis apa masalah dia ni? Alarm hensep gua bunyi jgk la tapi kenapa gua blh off kan?

Mlm ni pukul 8 gua nak tido supaya esok pagi pukul 6 gua dah blh bangun. Jogging sepam dua, brekfes yg berkualiti, isap rokok sambil brekfes pastu pegi sekolah..


Tuesday, October 28

Mmg gua mencarut dlm bahasa Portugis la kannn..

Hah, lu nampak gambar carta kat sebelah ni? Itu adalah table dlm league gua, Underground League dlm Fantasy.PremierLeague.com. Tapi selaku tuan punya league yg hensem dan berpengaruh, kenapa gua blh berada di tangga yg ke-26? Sepatitnya gua berada di dlm golongan top 10 la paling kodi pun..

Bila gua ambek player ni dia tak main sbb patah sendi la, buah pinggang tercicir la, buah dada bengkak la, berbagaii.. Gua amek player ni pulak team dia kene belasah kaw-kaw. Gua bajet team ni menang tapi dia kalah mcm setan plak. Mcm mana point gua tiap-tiap minggu tak mcm sampah masyarakat lagi? Ha? Binatang!

Gua syak fantasy ni diskriminasi siall. Dia tau gua minggu ni point nak byk pastu dia kontek manager suh team tu kalah ke, menang tipis ke. Paling cilaka kontek bomoh bagi santau player gua..

Isapppp la! Lagi 5 game gua berjanji akan berada dlm kelompok top 10! Sekarang gua nak pegi bersenam supaya stamina gua sentiasa cergas. Yearrggghhhhh!!!

Mcm mana kau bulih terbalik abg lori?



Harini gua blk sekolah pukul 2. Mcm biasa gua akan lalu highway depan Istana Negara kemudian masuk kiri dan terus ke Federal highway utk ke Kerinchi. Tapi harini gua rasa hati gua berdebor-debor skit mcm budak darjah 2 baru nak bersunat sbb mak paksa. Biasa kalau bwk motor mesti siul-siul tapi kalini gua bertindak utk berdiam diri.

Masa gua pegi sekolah pagi tadi, gua perasan ade satu roadblock masa gua on the way ke sekolah tu. Polis trafik plak kan yg jaga. Gua jadi goyang skit. Goyang tak goyang sgt la tapi tali helmet tu tak jgk berikat kan.

Ok2, gua dah tersasar dari isu yg gua nak bincangkan tadi ni. Selepas motor berkuasa rendah gua masuk ke simpang ke federal highway tu, gua tgk jln jamm. Memula gua chill lagi sbb biasa time-time camni budak-budak sekolah cina tepi highway tu blk sekolah. Pastu mak bapak diorang ni mmg pandai-pandai belaka. Dah nak ambek anak parking ikut sedap testis masing-masing je. Sudahnya jln kat situ jamm mcm setan. Kalau gua datuk bandar, gua bina je parit tepi sekolah tu biar diorang tak blh parking. Nak parking pegi parking kat Mid Valley.

Selepas gua melepasi depan sekolah cina tu, gua tgk jln masih jamm. Hati gua dah berkata-kata. "Byk bas kot kat depan tu.." getus hati gua cuba berfikiran positif. Tiba-tiba mata gua terperasan ade 2-3 bijik moto RXZ patah blk kat belah kiri jln. "Cinabet.. mesti ada roadblock ni. Bancau la gua pasni.." begitu la kata hati gua sambil mulut terkumat-kamit atas moto. Gua dah la ikut jln paling kanan sekali sbb konon-konon nak laju takde bentes-bentes kat depan sekolah cina tu tadi. Ahhhhh.. mampus la. Gua ikat tali helmet dah betul-betulkan spek sambil mulut baca doa qunut.



"PRAPPPPPPP!!!" bunyi gua karate meter moto gua.




Sekali blh ada lori DBKL terbalik tengah-tengah Federal Highway tu. "What the fish is this mannnn?!" bentak gua dlm bahasa Inggeris apabila gua tgk kereta berpusu-pusu nak tgk lori terbalik tu.
Mmg la budak-budak motor tu patah balik sbb yg jaga trafik depan tu pakcik otek berbaju biru 5-6 org siap ada pajero semua. Apekejaddah kau terbalik tgh highway ni lori? Pelik btul gua. Nak kata driver tu layan corner mmg tak la sbb tempat dia terbalik tu jln lurus je. Ke ada anak cina berlari lintas jln lantas driver tu mengdriftkan lori beliau bagi mengelakkan dari melanggar anak cina tersebut?


Persoalan tu terus bermain di fikiran gua walaupun gua dah sampai rumah tgh makan nasik sambil minum neskepe ais.


Thursday, October 23

Baru gua perasan.

Home Alone 2: Lost in New York [Image via Wikipedia ]

Gua baru habis menonton cerita Home Alone 2: Lost In New York ni. Gua tau, walaupun krismas belum lagi menjelma tapi apekejaddahkah yg buat gua tgk cerita tersebut? Ha, misteri tak? Takde ape sbenarnye. (Cis..) Gua cam mengidam plak nak tgk cerita old skool ni. Minggu lepas gua dah tgk cerita Face/Off, Home Alone 1 dan minggu ni gua tgk cerita ni plak. Zibi mmg zibi tidak dinafikan, tapi jiwa lelaki gua tak cukup kental utk menahan nafsu utk membelek kompiter tersebut sekaligus melayan Football Manager sedas dua.

Bila gua tgk cerita ni, baru gua perasan ada beberapa
character yg sebelum ni haram gua taktau siapa dia. First, gua perasan dlm cerita ni ada Donald Trump. Siapa Donald Trump? Mmg lemah tenaga batin btul la kalau tak tau siapa Donald Trump tu. Yang pasti beliau bukan penternak udang kolam di Kelana Jaya. Scene beliau ketika Kevin masuk Plaza Hotel dan tanya location lobby. Cis, cool je beliau time tu. Isappp lah.

2nd gua perasan Rob Schneider. Dia jadi Cedric, pelayan lobby je. Masa muda muka nak solid je. Cerita ni chill, gua tgk 3 kali pun gua blh gelak je lagi. Mcm cilake.


Hah, tu aje. Gua nak sambung study blk. Tgk? Padahal tadi sebenarnye gua nak klik winamp je tapi sekarang gua dah terpost satu entry plak? Gua dah ckp dahhhhh...




Wednesday, October 22

Rajin secara membabi-buta..



Seperti kalian nampak, gua telah menukar pakaian blog gua ni kepada arah lebih tekno dan elektro pop skit. Sebelum ini blog gua yg gua dgr ckp-ckp belakang mengatakan gua ade bela hantu raya telah gua tepis sama sekali disini. Walaupun blog gua ade unsur-unsur elektro pop ala-ala Bloc Party skit, tapi jiwa gua masih kental ke arah lagu rock yg rosak pundi kencing punya kalau pesakit batu karang dengar la kann..

Malam yg dingin sejuk berangin ni, tiba-tiba testis gua terpanggil plak utk menukar design blog gua. Urat kentut gua hampir-hampir terbelit akibat edit coding secara manually depan kompiter. Punca sebenar gua tukar sebenarnyeeee sbb gua nak ejas satu function dlm blog ni tapi dgn secara mengejut gua telah terdelete sebahagian besar coding web gua yg lama tu secara permanently pulak. Gua kadang-kadang kalau buat benda tak berfaedah dan menyusahkan diri sendiri ni mmg tak payah disuruh. Laju je..

"Waddefakkkkkkkkkkkkkk?!" tiba-tiba gua termencarut stail org putih bila coding lama dah gua delete secara permanent. Ha mendapat la kau duduk berejam-rejam depan kompiter godek coding tu. Sampai berita Dunia Jam 10 pun gua terlepas tau apetah lagi gua nyaris-nyaris nak kencing ikut tingkap je?

Tapi coding ni ade error dia yg gua tak dpt solve lagi bak kate org putihnye. Apekejaddah takde butang add komen kat bawah entry blog gua ni ha masted?? Binatang berbulu lebat btul laaaa.. Gua dah bertekad nak membawa perkara ni ketengah ke majlis perbincangan blogger-blogger sedunia yg akan berlangsung di Ireland Barat musim panas akan datang. Gua tak puas hati!!!




Tak puas hati tak puas hati jugak tapi sekarang gua lapar tahap faking hell ni. Buat menatang ni punya pasal sampai nasik tak masuk mulut pun gua dah lupa. Cis cis dan cis..








Sunday, October 19

Tiba-tiba gua teringat..

Sekarang gua tgh dgr lagu Micheal Jackson, You're Not Alone. Jgn tanya kenapa gua dgr Micheal Jackson, usah harap gua nak jawab. Lagu ni gua dgr sbb dia chill dan sesuai dgn prinsip hidup gua iaitu "Tak guna anti-sosial kalau hidup tak chill.." Amacam? Puitis tak prinsip hidup gua tu? Siapa yg berminat nak join jadi ahli blh la ambek borang dikaunter bersebelahan. Eh, siapa yg memesongkan pendirian gua dr jln yg benar ni? Gua bkn nak cerita pasal prinsip sekarang ni. Razak Mohaideen btul laa..

Tetiba gua teringat, dulu masa gua kecik-kecik masa tu gua darjah 5 kot. Tahun berapa pun gua dah tak ingat. Malas gua nak pikir tahun berapa. Pikir pun bkn dpt elaun. Tapi yg gua ingat zaman tu bas mini mmg otai. Jalan raya dia pegang. Mat rempit pun masih belum dilahirkan masa zaman tu gua ingat. Zaman ni Amy Search masih solid lagi pakai seluar kulit kilat-kilat. Tapi kalau lu pakai sekarang seluar kulit kilat-kilat jln kat Sg.Wang, mmg makwe-makwe yg lalu lalang akan ckp wtf kuat-kuat dekat lu la kan baii..

Zaman tu Micheal Jackson mmg top. Gua ingat lagi. Tgh gua layan tv tu ada iklan mcm-mcm. Sekali lepas iklan Ding-Dang, ada iklan Micheal Jackson. Pehhhh.. Dia punya album baru keluar siap iklan kat TV3 tu bai. Lu jgn menggila! Jamal Abdillah
pun iklan kat kulit majalah je tu pun kat bahagian belakang. Gua pulak masa kecik-kecik tu mmg licik. Mak suruh belajar, gua belajar depan tv. Nak tgk drama punya pasal. Abis tgh gua nganga tgk tv tu gua tgk iklan pasal album baru Micheal Jackson. Secara auto gua terus memikirkan idea keji gua.

Gua terus teruja. Mlm tu kakak gua blk kerja gua ayat dia suruh belanja gua kaset Micheal Jackson sepam. Kaset tu dia keluar 2 side. Side A dan side B. Gua tak pasti apa yg ada dlm set tu tapi gua tau dlm tu takde free gift mainan dan choki-choki. Kakak gua mula-mula haram peduli permintaan gua tu. Gua buat kerek-kerek sikit pastu dia setuju tapi dgn syarat. Biasa la kalau budak-budak mintak benda mesti nak bersyarat-syarat bagai, mcm cilake. Gua kena belajar rajin-rajin periksa nnt dapat nombor bwh dari 5. Maksud dia dr nombor 1 sampai nombor 5 je la. Kalau nombor 19 haram la kakak gua nak bagi kan? Apesal lembap sgt korang ni? Mesti periksa dulu dpt nombor 23 ni..

Lepas perjanjian tersebut gua jadi rajin lain mcm. Stadi skang pukul 8 dah mula tapi masih depan tv lagi. Apekejaddah? Ahhhhh, tapi gua stadi jgk ok? Akhirnya usaha gua membuahkan hasil dan bukan buah pinggang. Masa periksa gua dpt nombor 3. Pehhhh.. time ni gua mmg taksub la kan. Mata bersinar-sinar je tunggu kaset Micheal Jackson. Ujung bln kakak gua belikan. Abis tiap-tiap hari rumah gua dihidangkan dgn lagu Micheal Jackson. Mak gua jadi bengkek sbb dia tak dpt dgr lagu melayu. Gua kongker radio..

Sekarang tahun 2008 gua cari-cari blk kaset tu tapi tak jumpe. Gua saspek kakak gua rembat blk sbb kat rumah dia ade sebijik radio yg blh pakai kaset. Kasted! Tapi cuba sekarang gua merengek-rengkek kat kakak gua suh beli kaset Micheal Jackson lagi lu ingat dia bagi tak?





"Kak La, tlg belikan org cd baru Bring Me The Horizon blhhhhhhhhhhhhh?"









Saturday, October 18

Ni kalau dah bosan tahap terkeluar tengkorak boleh la buat..

Your results:
You are The Flash

























The Flash
80%
Superman
75%
Green Lantern
75%
Hulk
55%
Catwoman
55%
Supergirl
53%
Spider-Man
50%
Batman
45%
Wonder Woman
38%
Iron Man
35%
Robin
33%
Fast, athletic and flirtatious.


[Click here to take the Superhero Personality Quiz]






****


Jgn cuba persoalkan kenapa gua dpt The Flash dan kenapa gua tak dpt Keluang Man je. Dan jgn jgk buat muka kerek tanya kenapa flirtatious tu blh ada dekat atas tu, gua lestik dahi lu nnt. Ini gua takde kene mengana. Gua takde join dlm komplot ni.






Ehem ehem... ada siapa yg ingin berkenalan?





Gua tension! Rasa mcm nak join taliban je.

Kalau korang tension apa korang buat? Cuba korang bgtau gua bagi yg lelaki maupun yg wanita. Aiceh. Spt yg gua tau, ade yg gemar utk keluar pegi jalan-jalan habiskan masa. Ada jgk yg suka pegi bercuti, pegi lepak tepi pantai tenangkan fikiran la konon. Ada jgk yg suka sebokkan diri sendiri supaya cam lupa tension yg sedang dialami. Lepak dgn org yg tersayang dan berkongsi masalah juga menjadi pilihan ramai bagi golongan yg berusia dilingkungan umur 18 hingga 29 tahun. Ada jgk yg melakukan aktiviti lasak spt berkayak, terjun tiruk, mendaki gunung, terjun parit, bertarung dgn ular sawa, mencelup tangan ke dlm minyak panas, bernafas di dlm baldi, mencium ketiak rakan sebaya, mencukur bulu kaki menggunakan garfu, melibas badan sendiri menggunakan rantai basikal dan beberapa lagi aktiviti ekstrim yg tak perlu gua senaraikan disini.


Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii, sekarang gua tgh tension!! Life gua suck sekarang ni. Shit happened one by one. Penat sial gua handle. Abis satu dtg lagi satu. Kekadang badan gua penat sbb fikir-fikir pasal masalah ni je.
Penat dia mcm lu kerja buruh buat stadium. Bkn gua nak salahkan sesiapa dan gua tau ni mungkin satu ujian dari-Nya. Tapi kita sebagai org biasa, mmg tak lari dari mengeluh dan tak puas hati dgn apa yg kita hadapi sekarang. Percaya atau tidak, tapi mmg 90% daripada kita akan pikir sama mcm apa yg gua fikir sekarang ni. Study, life, duit, assignment, lepak, kerja, hujan tiap-tiap hari, duit lagi, enjoy, gadis, bla bla bla bla...

Sekarang gua rasa utk masa ni, gua cuba nak lupa benda-benda ni jap dgn dgr lagu. Lagu yg stok kalau ibu mengandung dgr berkebarangkalian utk mengalami keguguran. Ni gua takde nak dgr lagu-lagu pop bersepai semua tu. Gua pun taktau kenapa type lagu camni yg gua lebih prefer nak dgr waktu camni dr lagu-lagu chill mcm Boyz-2-Men sume tu. Jgn la kata gua tak cuba dekatkan diri kepada-Nya tapi admit it, kita kena usaha benda lain dan bukan semata-mata berserah je.

Aihhhhh, gua rasa ni la entry paling crap yg gua penah post sepanjang arena pebloggan gua. Dgn ini gua secara tak rasmi telah mengiktiraf entry ni sebagai entry paling crap utk tahun 2008 ni lah so far. Mmg deepshit lah! Gua rasa nak beli tiket ke Palestin join puak pemisah berhaluan kiri laa sekarang ni..


Thursday, October 16

Apekejaddah kah yg gua jawab dlm kertas jawapan tadi?



Gua dah abes prekse. Isappppp!!! Mcm binatang susah dia doh. Padahal pagi tu gua punye semangat pegi library study. Brapa ratus tahun gua stadi situ, ada dlm 3 kali je gua penah pegi library ni. Tu pun pegi tumpang tido je. Akak jaga library tu tgk gua mcm gua nak bakar library tu je. Usha dgn penuh pandangan mencurigakan. Gua buat kental masuk dgn pegang buku tebal, baju tak tight-in. Nasib baik gua pakai kasut. Kalau selipar dgn singlet je?

Masa kat library gua jawab konfiden je semua soalan kat paper tu. Tapi bile masuk exam hall tu gua dah pitam. Yang paling cilaka otak gua blh ingat lirik lagu Jamal Abdillah plak? Waddefak?!! Ni semua angkara budak cilaka yg pasang mp3 kat henfon kuat-kuat kat parking moto tadi la ni. Abis semua formula yg gua ingat dan bergaul dgn lirik lagu Jamal tu. Gua lantas haram tak tau ape jenis soalan yg ada dlm kertas tu. Ape tah masalah dia. Gua rasa sejak akhir-akhir ni gua takde mkn menu semut masak pedas dan lain-lain lagi. Tiba-tiba sifir 3 yg gua lancar sebelum ni pun gua jadi gagap nak ingat. Ujian PAFA dulu pun tak cuak sampai mcm ni bai..

Abis prekse gua terus cabut blk. Gua fobia nak selak buku tebal tu sekarang. Blk rumah gua mempekena sarsi ais pastu layan cerita Waterboy bagi nak sedapkan hati sendiri. Dlm otak gua ni punya la nak meletup nak pikir alasan apa nnt kalau cikgu gua tanya apehal paper gua mcm lahanat jawapan dia. Eshol btul lahhhhh!


Monday, October 13

6666

Blog view gua dah sampai 6666. Wuhuhuhuuh.. nombor puaka ni. Tapi gua minat nombor ni. Br ganas mcm neraka jahanam. (apekah?) Gua ingat nak tukar no hensep la. Gua plan nak amek 012-626 6666. Amacam? Hensem tak?






pi ass: entry ni tiada motif. tak payah nak susah-susah fikir..

Org suruh kerja kau sebok nak sambung study. Ha sekarang baru kau temengah-mengah..

Mak gua selalu kata kat gua camni "Kau ni rajin sebenarnye, cuma malas je.."


Ha, siapa suruh ckp camtu? Kan gua dah malas. Pantang tgk buku je gua rasa malas. Pantang malas je, gua tgk buku. Krempet btul la. Sekarang ni gua tgh pulun stadi bagai nak terkeluar tengkorak. Cikgu gua dah bising bising suruh gua score paper ni. Gua pun dah tersipu-sipu blh cikgu highlight gua masa dlm kelas tadi. "Jimbit btul.. malu la gua camni kalau gua kantoi nnt.." getus hati gua gelisah sambil peluh-peluh dingin meleleh. Gua cuba kontrol nafas dan diameter hidung gua bile gadis-gadis kat depan usha gua yg kat belakang ni.

Kenapa ade subjek kira-kira camni? Gua ingat abes SPM gua dah tak perlu kira-kira melainkan gua kerja cashier. Gua nak godek komputer je, ape kena mengena dgn formula kira-kira semua ni? Sepatutnya gua tak terlibat dlm kancah kira mengira ni. Haishhh..

Dah dah, gua nak sambung stadi. Secara tiba-tiba gua rasa mata gua berpasir je. Lain macam je berat kelopak mata ni mcm ade spot rim 17 inci je letak atas mata ni. Buku tebal tu baru berapa helai muka surat je yg gua selak. Eh, formula ni nak tenyeh kat mana plak ni? Masa kritikal ni la pulak ramai org nak mesej-mesej gua kat hensep ni. Minggu lepas taknak mesej plak. Demmit!



Wednesday, October 8

Gua zibi sekarang ni.



2 hari lepas, hensep Soni Eriksen gua dimaksukkan ke bengkel. Apetah kecederaan beliau tetiba time gua nak call gadis trus hang. Nak kata ade byk 3gp yg tidak senyonyoh, mmg takde la. Ke sbb gua call gadis dia hang? Mungkin dia nak suh gua call gadis lain ni.. Haishhh..

Sekarang gua terpakse pinjam hensep Soni Eriksen member gua ni yg kamera dia 14 megapiksel ni. Poket gua sekarang menjadi lebih besar dr sediakala. Kadang-kadang time jln tangan gua tersangkut kat poket sbb hensep besar. Remaja-remaja tekno memandang rendah hensep gua kerna hensep gua takde fungsi mp3 yg blh pasang lagu shuffle kuat-kuat. Amsterdamn btul lah! Yg paling gua risau takut hensep gua tu rosak dia tahpape je. Software clash ke camtu. Skali tokey tu blh kata lcd kene tukar la, spiker bunyi tak sedap la, kiped dah tercabut la. Mmg gua cukur terus je la kan kepala tokey tu pakai mesin potong rumput. Menateyyy!

Minggu depan gua perikse. Cikgu gua dah bagi warning kat gua dah. "Lu jgn cube-cube nak kantoi paper gua. Gua hentak rusuk kiri lu nnt.." ujar cikgu gua. Sekarang tiap-tiap mlm gua jadi anak mithali. Rajin je baca buku kan. Padahal paper gua tu kira-kira yg killer punya, ape kes gua nak kene baca buku Sejarah plak? Hilang pedoman btul la tindakan gua tersebut.

Jadi dlm minggu ni gua akan mengalami kezibian sikit la. Takde dah bachelor party sume ni. Parti-parti liar sume tu tunggu gua abis perikse dulu. Tapi hujung minggu EPL still kene layan. Kepada sesiapa yg ade kontek gua tapi tak dpt, gua mintak maaf ler. Hensep bermasalah. Kalau tau nombot rumah gua, call sajos. Kalau tak dpt hantar je telegram. Susah sgt msg kat myspace sajoss.


Ok, cabut!






p/s: Kepada sesiapa yg buat tingkap terbuka tu, roger la gua. Mkn-mkn free ni mmg paling afdal. Tengkiu.


Thursday, October 2

Bring Me The Horizon's Suicide Season is released!






Suicide Season is the second full-length studio album by English band Bring Me the Horizon, released on September 29, 2008 through Visible Noise in the United Kingdom. The band signed with Epitaph Records on 11 September 2008, with the label releasing the album on 18 November 2008 in the United States.[3] Suicide Season is the follow-up to the band's debut album, Count Your Blessings.

[ info from wikipedia.org ]

Track listing:

1. "The Comedown"
2. "Chelsea Smile"
3. "It Was Written In Blood"
4. "Death Breath"
5. "Football Season Is Over"
6. "Sleep With One Eye Open"
7. "Diamonds Aren't Forever"
8. "The Sadness Will Never End"
9. "No Need for Introductions, I've Read About Girls Like You on the Back of Toilet Doors"
10. "Suicide Season"








For more info, you can just visit their official myspace page at: http://myspace.com/bmth.







p/s: Gua dah dgr album ni. Overall: Terbaik! Better than oldtimer punya album baru, Metallica - Death Magnetic. Care to have a bite? Gua tak sabar rambut gua nak panjang blk mcm Curtis ni. Haishhh..


Wednesday, October 1

Raya pertama je gua dah penat mengalahkan suri rumah sepenuh masa.

Harini 1st day raya, gua bangun awal gile mcm nak pegi sekolah. Pukul 7.15 je alarm hensep Soni Eriksen gua ni dah terjerit-jerit bangunkan gua. Kalau ikutkan napsu gua yg berat kearah sambung tido sampai pukul 2 tu, mmg gua hempas je hensep tersebut ke dinding. Tapi memikirkan harini hari raya dan hensep tu kalau nak beli blk harga dia gaji sebulan, gua batalkan niat keji gua tersebut. Mlm tadi cantikkkk plak hujan turun kan? Mmg terbaik dr ladang la. Tapi gua taktau gua ade minum berapa gelen punya neskepe, mata gua segar je la plak. Akibat drpd tragedi tersebut, gua blh layan UCL mlm tadi Man Utd vs. AaB sampai subuh.

Gua mandi kolah pukul 7.30 pagi. Sejuk dia mmg mengancam. Sampai ke gusi sejuk dia menusuk. Gua langsung bertekad utk menjadikan mandi tadi sebagai mandi pagi terakhir gua. Mengenakan baju melayu berwarna maroon dgn kain sarung yg sedondon (aiseywahhhh..) lantas gua menuju ke masjid dgn penuh keberkatan. (Gua mmg tak into beli baju melayu satu sut. Gua beli baju je, seluar gua redah jeans ke khakis sajoss..)

Abis solat dlm pukul 10 mcm tu, gua blk utk mkn mkn. Kakak gua tak sampai lagi, gua jadi berang kerana gua lapar. Gua tgk mak gua pun tak mkn lagi. Jadi gua menggunakan kemahiran membuat air gua utk membancuh sekole neskepe kaw utk dijamah bersama kerepek. Ketupat rendang sume ade tapi gua terlalu malas utk hidang. Skejap pastu abang gua sampai. Dia ngan wife dia ambek tender utk masuk kuih, potong ketupat, goreng ikan, kacau dodol, bakar sampah, bancuh oren, kupas bawang kat dapur tu.

Dari pukul 10 sampai la pukul 2 sedara-mara gua dtg beraya. Kuih abis gua refill, air abis gua refill, lemang abis gua refill. Eh, gua potong baru.. Dekat pukul 4 br la rumah gua sunyi. Penat dia mmg champion. Abang gua dah terbaring depan tv dgn wife ngan anak-anak dia. Gua terus tutup pintu depan. Konon-konon takde org dlm rumah, semua keluar beraya. Biasa la teknik licik, kang ade budak-budak dtg beraya plak. Gua pulak ambek kesempatan bantai tido sampai pukul 6.

Mlm gua chill rumah je. Lepak depan tv minum sirap sambil belasah kuih raya. Cerita pulak semua mcm harem. Apekejaddah mlm raya pertama tv pasang cerita Nana Tanjung? Waddefish? Amsterdamn btul laaa... Gua tukar-tukar chenel, gua jumpe Batman Begin. Mmg terbaik. Malam raya pertama gua layan Batman plak.

Raya tahun ni gua rasa biasa je. Takde pape yg ekstra. Gua sambut dgn sederhana. Duit raya pun dpt berapa ringgit je. Lepas la topap nnt. Kepada sesiapa nak raya rumah gua tu, mai la cpt. Jgn tanya pasal apa kalau gua hidang meggi je kalau dah dtg minggu depan.. Gamba raya nnt kalau rajin gua aplot.