Monday, March 31

Weekly entry: Lu org jgn cuba lari aaa?



Start dari minggu ni, gua nak masukkan weekly entry dlm blog ni. Dijangkakan entry ni mampu mencairkan lemak2 sesiapa yg membacanya. Apakah entry mingguan ini? Adakah ia adalah cerita seram bersalut coklat? Adakah gossip2 hangat artis2 tempatan yg terlanjur? Adakah cerita anak cik Timah yg dahulu masuk askar sekarang jadi bapuk kat ChowKit? Adakah? Adakah?

Weekly entry ni gua akan review tentang member2 gua yg gua rasa best nak review walaupun realitinya beliau haram tak best. Tak kira jurang umur, jenis jantina, berat badan, warna gigi, jenis darah, panjang rambut, keras rambut, lilit pinggang, diameter perut dan berbagai lagi. Gua akan review seekor utk setiap minggu.

Jadi kepada sesiapa yg bertuah, korang get ready la. Jgn nak check check rock rock plak nnt. Minggu ni gua tengah pikir, musibat mana yg gua nak review ni? Nanti gua kasi bukak tepon gua kasi usha tu phonebook. Lu get ready la sambil kunyah goreng pisang tu. Tungguuuuuuu..



Wednesday, March 26

Purple? Selamberrrr..



Gua telah dicabar oleh seorang musibat,
Suhairi (nama2 timangan) utk menukarkalerkan blog gua kepada warne cilaka ini iaitu PURPLE. Apa cilaka blog kaler purple bai? Tebiat nak mampus kot?

Penukaran kaler blog gua kepada warna purple ini telah byk mendatangkan spekulasi2 dr dlm dan luar negara dan tidak kurang juga telah mewujudkan syak wasangka yg gua tak berapa sedap nak di dgr. Ada yg mengatakan gua telah membuat pembedahan plastik utk tampak lebih muda. Ada juga mengatakan gua akan bertanding untuk kerusi parlimen cawangan Lembah Pantai. Paling tak buleh blah ada yg mengatakan bulu mata gua makin lentik. Haihh, ni yg gua segan ni..

Topik purple ni munchul kerna seorang member gua, Amri (nama mak bagi)
telah melakukan kerja terkutuk yg membabitkan kaler purple tersebut. Beliau telah mengambil langkah berani mati utk menyepray moto skuter beliau menggunakan spray tin beli kat kedai runcit dgn kaler purple. Dgn fikiran separa waras dan kurang matang, beliau membayangkan skuter beliau akan kelihatan lebih anggun dan jelita jika dispray kaler begitu. Beliau cube mengimplankan teknik spray layer dgn menyumpitkan sedikit kaler light purple utk kelihatan lebih Chris Brown katanya. Gua tapaham..

Kesudahan dr kekretivitian beliau, hasillah sebuah skuter yg dilihat dr jauh spt mesin potong rumput, dr dekat spt mesin pembakar roti, dr tepi spt ketuhar gelombang mikro dan dr belakang spt Seelan Paul. Gua rasa kalau skuter beliau masuk Pimp My Ride, muntah darah mereka yg terlibat. Kelihatan makgad depan mempunyai stripe ala2 ular sawa akibat gosok tak habis, set tepi kaler terkeluar akibat buat sambil nak terkencing, belah belakang kaler tak cukup sbb member tlg spray perangai cam cibai dan berbagai lagi la alasan2 yg buat gua rasa nak mencarut dlm bahasa Trinidad and Tobago.

Akibat frust dan menyesal atas perbuatan beliau, tindakan separa bangang telah dilakukan dgn menyepray saki baki spray tadi ke dinding apartment beliau. Jadi dgn itu terdapat la slogan2 spt "Amri wuz here!", "Isapp kott!", "Buat sajoss.." dan berbagai lagi yg blh dipilih utk dibuat slogan utk sekolah tamil. Tidak cukup dgn itu, beliau turut melepaskan geram beliau kepada beberapa objek lain. Antaranya ialah penyapu makcik cleaner, moto pakgad, tombol pintu jiran sebelah, penyidai baju org rumah depan dan beberepa lagi yg gua tak list disini.

Jadi sbb itu lah topik purple ni keluar. Kepada sesiapa yg baca blog ni, kalau ade objek2 yg kaler purple ingatlah kat member gua ni. Sesungguhnya beliau sekarang masih lagi fobia dan dikatakan tak balik rumah selama patblas hari. Ada berita mengakan beliau mununtuk ilmu tekno siam kat sempadan Thai sanaa..





Sunday, March 23

Comeback Kid Live In Malaysia


Ye adik2 sekalian, bln April ni kita akan menghabiskan lagi duit kita dengan menghadiri pertunjukkan pentas dr kump Hiphop terkenal yg nyaris2 mennyayingi penjualan album Jamal Abdillah "Raja Pop" dan penjualan tiket bas Transnasional utk budak2 universiti blk ke kampung pada musim mengundi tempoh hari.

Kumpulan tersebut tidak lain tidak bukan, tak perlu diperkenalkan lagi kepada akak2 yg baru nak dressap stail Rihanna, kepada makcik2 yg duduk mengumpat dr tingkap ke tingkap, kepada remaja rempit yg memakai topi KL beli dekat uptown, kepada buruh2 indon yg bekerja di estet2 dan ladang getah, kepada kelendan lori trelar 12 tayar yg bapak panjang, ini adalah Comeback Kid!!

Dijangka band ini akan perform kat Malaysia pada 26th April 2008, ari Sabtu ke Ahad kalau tak silap. Venue, ticket price, pukul brape event, siapa opening band, baju apa nak pakai, tali pinggang spike blh pakai ke tak, bulu ketiak kene cukur dulu ke, pakai seluar kuning atau merah atau hijau ke, hujan ke tidak haritu dan sebagainya akan dibagitahu kemudian jadi anda semua harap bersabar dan jgn lah bertindak melulu dgn mengwujudkan rusuhan atau mogok lapar sebagai tanda protes. Mampus gua tak layan. Mati kering la lu kat situ..

Gua telah menanam azam utk hadir ke majlis tersebut kerna band tersebut mmg ada dlm list band yg gua nak tgk perform live. Secara tidak langsung gua kene menyediakan diri dari segi fizikal dan mental supaya dpt pergi dgn penuh konsisten dan yakin diri yg tinggi. Poket mesti kene lebat bagi mengelakkan gua menangis bila harga tiket di luar dugaan nanti. Latihan spt lompat berpagar rumah jiran, lari setempat berganti ganti, membawa telur atas berus gigi, berlari sepanjang highway karak, menguli tepung gandum sampai jadi karipap, berenang kuak lentang dr Sg. Kinabatangan sampai Sg.Wang, minum air rebusan dahan pokok getah setiap hari selepas blk kerja adalah antara langkah2 awal yg harus diambil bagi memastikan stamina gua sentiasa solid dan fit pada hari tersebut.

Kalau ada sebarang maklumat atau info nnt gua akan update atau lu org blh masuk dlm web Comback Kid sendiri. Info atau gossip hanggat pasal artis2 mcm Dafi, Salleh Yaakob, Harun Salim Bachik, Dollah Salleh, Zac Efron, Ning Baizura semua tu, lu org kasi beli malajalah buah2an yg ada dekat kedai buku sana..




Saturday, March 22

"Tukar la helmet tu.."





"
Tukar la helmet tu bknnye takde duit. Tak selamat nak merempit pakai helmet tu lagi.."  -mak gua.





Friday, March 21

This feeling..



Somehow, I just can't resist listening to this song. Eventho i didn't have someone to dedicate but this song is just too good to waste. Maybe because lately this "feeling" come to haunt me. I don't know what make me turn into this self i became but it didn't bother me so much. Some might love some might hate but hey, I do enjoy it at this moment..


Walau core manapun, gua masih ade rasa cinta juga bai.. Ahahaha.


Tuesday, March 18

Raja Lawak Estro




Tadi sebelum kluar, ketika gua sedang membalun nasik lemak yg sepatutnya dimkn pada waktu pagi tapi gua mkn pada waktu tgh hari, gua layan astro kat depan dgn mak gua.

Kebetulan waktu gua tgh tgk tu, mak gua tgh pasang itu cerita Raja Lawak Astro. Gua mmg tak ambek port cerita realiti ni. Gua rela tgk itu rancangan baling2 dart ataupun rancangan kanak2 kelaparan kat Somalia kat tv brape tah. Mengkerepek je semua rancangan realiti ni. Tapi tadi hati gua mcm tergerak plak nak tgk sbb mak gua kata ni grand finale.

"Mesti ganas2 diorang punya lawak ni nnt.." pikir gua sambil kunyah timun nasik lemak.

Masa gua tgk tu, peserta yg nama dia ape tah, Nabil kalau tak silap gua tgh naik pentas. Gua dpt rasa aura lawak dia ni bkn calang2 juge sbb bila dia masuk saja mak gua dah senyum2. Apa cerita?

Gua pun layan je la dia punya lawak. Tekejut juge gua. Sipi2 gua nak terbatuk ketika kunyah nasik lemak tadi. Nasib baik tak putus nafas gua. Blh tahan konsep lawak yg beliau cuba ketengahkan. Ciss..

Habis dia punya lawak, gua mekap2 lebih kurang, bubuh compact powder semua, gincu lebih kurang gua pun start moto pastu membelahkan diri gua.

Sampai tempat kerja gua jumpa sorang member gua sambil tersenyum seraya dia berkata:

"Eh, engko bila nak masuk Raja Lawak Astro? Gua tgk mamat tu pun blh menang apetah ngko. Aku yakin ngko masuk mesti tapau la dia.."


Gua senyum sumbing pastu gua blah. Sambil jalan, hati gua berkata:



"Apa gila gua nak masuk Raja Lawak Astro?"

Monday, March 17

Love is in the air.. aiseywahhh..




"
Bila la gua nak ade gadis ni.." keluh gua.

"
Harini je gua dah dgr ayat tu sebanyak patblas kali. Sekali lagi lu ulang, sumpah gua kerat rambut lu.. Gua series beb!" balas member gua dgn nada bengkek..




Sunday, March 16

Siapa lu orang nak tgk main live?

Sejak akhir2 ni, gua dapati byk band2 luar dtg negara kita. Itu satu perkembangan yg bagus dari sudut sosio ekonomi negara kerana secara tidak langsung dpt menarik pelancong luar utk dtg ke negara kita. Negara kita adalah antara negara2 di Asia Tenggara yg mempunyai reputasi ekonomi yg baik dan mempunyai ekosistem yg seimbang dpt mewujudkan suasana yg sesuai utk berekreasi dan beristirehat bersama keluarga. Tempat2 percutian di negara kita juga tidak kurang hebatnya berbanding negara luar antaranya Lorong Chow Kit, Mydin Masjid India, Kota Raya, Pulau Perhentian, Pulau Tikus, Taman Cinta Berahi, bla.. bla.. bla..


APA GILA GUA NAK CERITA GEOGRAFI KAT SINI?


Ok2, berbalik kpd agenda kita tadi. Jadi, dgn kemasukkan band2 luar ni sgt menunjukkan perkembangan positif dlm industri muzik tanah air sekaligus menaikkan taraf negara menjadi lebih style dan tekno di mata masyarakat barat.

Baru2 ni gua menghadiri mesyuarat yg diadakan oleh parti pembangkang di MCPA Hall sana dan menyaksikan beberapa band luar beraksi penuh dramatik dan bertenaga. Antara band yg perform itu hari spt Miles Away dr Australia, FC FIVE dr Jepun, Born From Pain dr Thailand, Forgive dr Singapore, Dead Pits dr Indonesia dan beberapa ketul lagi yg gua tak list. Jejaka tempatan juga tidak kurang gahnya spt Second Combat, Restraint, Kids On The Move dan juga Eleven (previously known as xelevenx).

Time tgh lepak2 sambil dgr2 lagu kat depan kompiter ni gua terpikir, kalau la gua nak tgk band yg blh perform kat sini, gua nak tgk apa agaknya? So gua listkan 5 top band yg mmg gua akan sanggup menjual kasut2 gua, mengutip besi2 dan tin2 kosong, merompak ATM di stesen2 lrt, melakukan direct selling dr rumah ke jamban, berniaga jual kerang rebus walaupun gua sendiri tak mkn kerang asalkan gua dpt beli tiket pegi diorang punye event. Antaranya ialah:



1. Avenged Sevenfold:
Gua tetak dahi la siapa2 yg belagak ckp taknak tgk diorang ni perform live tu. Mamat yg layan Bonethugs N Harmony pun sanggup pegi la kalau diorang ni perform live kat M'sia beb?

2. Comeback Kid:
Gua mmg into band ni. Pehh.. perform mmg terbaik. Gitar mesti kene libas kat dahi band mates lain , pehhh mmg sakit. Gua mmg dig ini band!

3. H.I.M:
Tak guna lambang heartagram besar kat moto kalau diorang punye event lu tak pegi bai? Yg tampal logo kecik kat belakang kereta tu pun sama la. Huehuehue.. Rekemen bwk gadis2 dan cinta pegi diorang punye event. Mmg stim habis..

4. Taking Back Sunday:
Gua mmg sakit hati bila tgk si Adam Lazzara tu menyanyi. Tapi gua akui dia mmg style habis. Gua saspek dia sikit hari lagi mmg mati terjerut tali mic sendiri. Tapi TBS mmg osem!

5. Myproof:
Mungkin korang tak pernah dgr band ni. But gua dah tgk diorang perform. Hasil import dari Jepun mmg terbaik. Gua masa tgk diorang perform, nyaris2 nak tumpah darah haid. Nasib baik sempat lari tandas. Kalau tak mesti ramai yg terkorban. Gua nak tgk lagi band ni perform!




So, kalau korang apa pulak?

Sembang nak lebat..

Haritu gua keluar jumpa dgn satu ekor kawan gua, Salman (bkn nama sebenar) ni yg dah blh tahan lama juga tak jumpa. Dia kelihatan lebih rock dan tampak lebih indie berbanding gua yg mengenakan baju Second Combat dan seluar pendek army sahaja sambil berkasut Saucony.

Gua tak kesah walaupun sedikit tergugat kerna gadis2 kelihatan lebih menjeling ke arah beliau sambil senyum2 kaver jelita berbanding gua disebelah..

"Bulu kaki ni kene trim dulu kot?" getus hatiku..

Ketika tgh layan2 sembang, dia tanya gua layan apa sekarang. Gua menjawab slamba ala2 pengacara rancangan Raja Lawak Astro tu.

"Gua sekarang layan Black Dog Bone je. Baru2 ni je nak layan Bittersweet ngan Hujan.."
"Lerr.. Br nak layan? Lembat gila ngko ni. Aku dah layan lama dah. Time tu diorang main gig2 dulu."
"Ooooo, ye ke?" jwb gua buat2 taksub..
"Aku dulu selalu juge lepak ngan budak2 band diorang. Skang ni pun kekadang kluar jgk la tgk diorang jamming.."
"Oooo, diorang semua tinggal satu rumah ke? Skali ngan si Dugong tu?"
"Dugong tu siapa?"



"Gua jek juge perut lu kang matt.." ckp gua dlm hati panas sambil tgk dia ni kecik je time tu..

Wednesday, March 12

Madefaker eshol..

Gua temper btul la! Ari sabtu haritu mmg gua temper. Begini cerita nya:

Hari sabtu aritu gua kluar pegi Bukit Bintang spt biasa la utk bersosial kan. Niat di hati nak mencari2 barang sikit utk keperluan harian spt gandum, beras, serbuk cuci pinggan, neskepe, pengorek telinga, berus jamban, tisu tangan, pengilat kuku, spanar boleh laras, gergaji dan berbagai la tajuk dia.

Gua pun kasi parking moto gua dekat depan itu Imbi punya parking moto. Setelah gua menongkatduakan moto gua dan mengunci piring brek gua lebeh kurang, kasi sangkut helmet gua kat moto, gua pun memblahkan diri gua. Masa tu jam menunjukkan dlm pukul 7 ptg waktu tempatan.

Gua pun pegi la berjalan sambil mengusha gadis yg keluar pada hari minggu spt yg biasa dilakukan oleh lelaki2 lain yg masih single. Abis jalan suma, spt biasa gua akan mempekena neskepe ais dulu di kitaro sambil usha2 mana yg berkenan. Agak2 pukul 9.40 mlm, gua rasa nak terberak gua pun rasa cam nak balik. Sbb berak kat toilet bayar ni stim dia lain skit dari berak kat rumah. Jadi gua membuat keputusan utk tahan berak utk buang di rumah.

Sampai je tempat moto, gua kasi bukak kunci semua, keluarkan helmet, keluarkan jaket kasi sarung pastu panaskan enjin moto. Tgh gua sarung helmet tu gua rasa helmet gua rasa dia lain. Dah tak hensem mcm biasa gua pakai. Gua bukak helmet pastu gua usha btul2.

"Penyakit apekejaddahkah ini?" bentak hati gua yg penuh panas.

Pukimak, haramjaddah, madefaker eshol, syaitonnirrojim, musibat, kutu mana yg telah memotong tali helmet gua ni?? Apekah tujuan beliau mengkerat tali helmet gua? Nak rembat ke? Apesal lu tak potong kat tempat yg sangkut tu? Apesal lu potong yg tali panjang ni? Nak cari gaduh ke?

Apekah semua ini? Ada komplot nak jatuhkan gua ke ni? Ade konspirasi kumpulan black metal mana yg tak puas hati ngan gua ni? Ade ke gua menconteng arang ke muka lu? Adekah mamat nouvo (baca entry yg lepas) tu masih tidak berpuas hati dgn gua atas keeksidenan beliau dan bertindak utk menuntut bela? Ade ke gua memotong moto lu dgn stail kulit bawang? Adekah awek mana2 yg cuba mengurat gua dgn menggunakan teknik keji ni? Adekah musibat atau syaiton yg duduk atas moto gua pastu bosan2 gigit tali helmet gua sampai jadi mcm ni? Gua menjadi konpius dan berang secara serentak..

Stret lepas tu gua usha sekeliling kot2 ade muka2 yg saspek. Ade 2-3 org kutu yg tgh lepak itu depan karaoke buat ape tah. Muka selamba je. Gua usha langsi diorang tapi diorang buat tak port. Sial!

Gua mengambil langkah utk blah saja sebelum gua cenderung utk mengkarate side mirror moto kriss di sebelah gua. Dlm hati gua mmg gua mencarut2 siapa yg potong ni. Kalau nak buat lawak pun jgn stail mcm ni. Ni dah blh mendatangkan perang saudara ni brader?

Pasni gua ingat nak gantung je helmet kat pinggang. Tapi nanti awek2 tak pandang plak. Nampak sgt gua rempit. Walaupun gua bwk moto tak ikat tali, tapi tali tu perlu ada utk kes2 kecemasan. Sekarang apa cerita? Lu nak ikat guna tali rafia? tali barut? talian hayat ataupun tali persahabatan? Ciss..

Ni keadaan helmet gua setelah di cederakan oleh binatang tersebut:




Friday, March 7

Hari cuti gua..

Harini bersamaan Jumaat, 07 March 2008 adalah hari cuti gua. Kalau pantang cuti mak gua mesti usha langsi je ngan gua. Gua bgn tido je keluar depan mesti dia sound: "Hah ni dah siap2 semua ni nak gi mana ni? Nak keluar la tu? Cuti tak pernah reti duduk rumah.." Akibat dah lali dgn soundnan dan bebelen yg kekadang dah menyerupai penceramah bebas tu, gua buat muka tak port sambil keluar start motor. Mana buleh tahan hari cuti nak duduk rumah bai? Mamat Nepal dan Bangladesh pun keluar lepak Kota Raya apaaa?

Untuk harini gua telah menyediakan rancangan ataupun bahasa hi-technya plan yg solid dan tersusun sejak minggu lepas lagi. Hari cuti gua mmg tak akan dibazirkan dgn duduk rumah tgk rancangan Wanita Hari Ini ataupun siaran ulangan rancangan Raja Lawak Astro yg mcm gua nak sepak je peserta dia tu.

Gua telah menyediakan beberapa intisari rancangan yg menarik untuk hari ni. Antaranya ialah:


Aktiviti pagi:
- Bangun pagi. Brekfes stail koboi. Kalau rajin tak mandi kalau malas pun tak mandi.

- Pegi Sentul, kasi repair motor apa patut. Motor Hayabusa gua ni gua rasa dah tak berapa solid nak pegi tetiap hari. Dia punya speed tu dah tak menggerunkan motor2 yg berhampiran. Pepagi nak start pun dah tak mengaum mcm biasa. Tambah kuasa kuda supaya motor gua blh cecah kelajuan 200km/j. Tayar yg sungguh licin memudahkan anda bersepah di tengah jalan itu juga perlu ditukar secepat mungkin sebelum tragedi yg tidak diingini berlaku.
- Cuci motor kasi hensem sikit lebih kurang. Kilat2 sikit part2 yg patut dikilatkan. Ketatkan mana2 part yg longgar.


Aktiviti tengah hari:
- Mandi wajib bagi membersihkan kekotoran dan peluh2 akibat pegi bengkel tadi.
- Pegi semayang Jumaat. (KEMESTIAN walaupun solat fardhu selalu miss..)
- Lunch tibai apa2 yg patut. Roti canai pagi tadi sebagai contohnya.
- Keluar bersiar2 dan bersosial.


Aktiviti petang:
- Rempit ke Wangsa Maju collect barang.
- Rempit lagi ke Low Yat cari RAM. Pc gua dah melampau tahap laju dia. Kecenderungan utk mencarut semakin ketara ketika gua melayari laman web dan ceting2 kat pc ni. Nak load YM pun sangkut2 lagu yg main kat Winamp apa cerita? Ni pc ke ketuhar gelombang makro bai? Kene kasi up RAM 2GB baru la chill nak melaksanakan aktiviti seharian nnt.
- Bersosial ke Pavillion utk window shopping. Aiseywaaaahhh..
- Lepak di Kitaro adalah kemestian utk membersihkan habuk2 yg melekat di kelopak mata sambil mengusha betis2 awek Parkson yg keluar break.


Aktiviti malam:
- Balik rumah mandi lebih kurang. Cuci muka bagi tampak lebih awet muda.
- Online cek myspace lebih kurang, baca blog2 org lebih kurang, tgk movie lebih kurang, dgr mp3 doblas tiga belas lagu lebih kurang, mkn nasik lebih kurang, tgk drama swasta ke edisi siat2 ke, 380 darjah ke, Jelatang ke, Berita Dunia Jam Sepuluh ke lebih kurang.

Aktiviti lewat mlm:
- YM dgn rakan2 yg tak reti nak tido malam.
- Keluar minum kat Pelita Telawi kasi usha betis gadis2 yg br balik clubbing-badan-bau-mcm-haram-tapi-cun dulu lebih kurang.
- Sembang lebat lebih kurang sambil pekena Teh Ais sampai tak ingat subuh.

Aktiviti awal pagi:
- Dah subuh baru nak blk terhegeh2.
- Tido lebih kurang.




*Lepas tgk mcm ni la intisari rancangan gua bila cuti, mmg gua paham la apesal mak gua suh duduk rumah..


Wednesday, March 5

Napsu gua yg sgt brutal..

Gua mmg sgt obses dgn kasut. Walaupun gua lelaki tapi koleksi kasut gua yg byk telah mewujudkan perasaan cemburu dan iri hati kepada kawan2 perempuan gua yg jumlah kasutnya kalah kepada jumlah kasut gua.

Mak gua penah sound: "Kau beli kasut byk2 ni nak buat muzium ke? Tu rak kasut tu bukak penuh dgn kasut kau je.. Beli satu rak lagi letak dlm bilik tu, bubuh la kasut byk2"


Gua kalau pasal kasut mmg kekadang terseksa batin juge. Duit takde tapi napsu ade je nak beli. Pantang nampak yg rare skit, meleleh je air
mani liur gua. Terbaru ni gua bersiar2 di laman web sambil godek2 myspace, gua terjumpe satu kasut SAUCONY FLOORLORDS "COURAGEOUS" l
imited edition ni. Bila tgk kasut tersebut, lutut gua secara automatik menjadi mengigil, tangan menjadi gatal2 meramas poket yg ade resit2 mkn kat foodcourt, bulu kaki menjadi meremang tak tentu pasal, kucing2 mengiau kelaparan, anjing menyalak menyahut2, angin bertiup kencang, poster2 pilihanraya berterbangan, anak2 menangis kelaparan dan byk lagi unsur mistik yg terjadi.


Gua cek2 kasut ni dia takde jual kat sini. Gua mengeluh tak puas hati tapi dlm masa yg sama senyum sikit. Mengeluh sbb tak dpt beli kasut ni kat Malaysia pastu senyum sbb duit gua tak habis bulan ni beli kasut lagi. Kau gila sebulan mkn meggi sbb duit habis buat beli kasut? Tebiat nak mampus kot?







notakaki: Bln ni je gua dah sambar 2 pasang kasut. Mak gua temper je bila tgk ade kasut baru lagi kat luar rak kasut.. Sikit hari lagi gua rasa dia lelong je kasut gua kat budak2 yg main bola kat depan rumah ni nnt..

Sembang bola 01: Man Utd vs. Lyon




Striker: Tevez, Rooney
Midfielder: Ronaldo, Nani, Scholes, Carrick
Defender: Vidic, Ferdinand, Evra, Brown
Keeper: Van der Sar
Subsitute: Oshea, Giggs, Anderson, Saha, Kuszczak


Gua kalau boleh kontek Ferguson, mmg gua suh dia buh lineup ni utk mlm ni. Kalau dia listdown Fletcher ke, Pique ke mmg la gua tak paham org tua tu. Paling cilaka lagi kalau dia bagi Fletcher main terus kan? Mmg gua hentak je rusuk kiri dia..

Gua risau Man Utd ni main nnt overconfident. Dia ingat mcm fight ngan Perlis kot nak main ayam2 ni? Lu kalau main ngan Luton ke, Cardiff ke, Old Ham ke, takpun MPPJ ke blh la nak main lekeh2. Ni dah berapa kali lu nak kasi team lain pegang Champion Cup ni? Gua hangin jee..

Ferguson ni kalau transfer window pasni dia tak clear Brown tu gua mmg rasa dia dah kene santau la. Brown tu kepala je nak botak. Main bola mcm main gusti. Main nak terjah je gua tgk. Risau juge gua kalau tetibe dia terjah player dlm kotak penalti tu apa cerita? Gua suruh Nas Ahmad terjah balik je dahi dia nnt..

Gua sajes utk transfer window ni, Ferguson kasi up skit defend ngan attacking dia. Bkn apa, lu org tgk la sapa tengah tu? Scholes ok la tapi dia dah veteran. Patut usia dia tu skang duk rumah tgk rancangan AC Disini je sudah. Tapi Scholes mmg hensem. Gua kalau tgk dia main mmg team tu live je. Pastu Giggs. Tu pun veteran juge. Kena kasi clear simpan utk reserve saja.

Mengikut pengalaman gua yg dah menjadi manager di Football Manager selama beberapa season ni, gua nak sajes beberapa player yg gua rasa akan menguatkan benteng pertahan Man Utd sekarang. First gua nak sajes Phillip Lahm (Bayern Munich). Defender blh main kiri kanan mmg solid. Dia boleh kasi replace sama itu Brown yg ayam dan Neville yg veteran tu. Perghhh..



Kedua gua nak sajes Andrea Berzagli (Palermo). Ni player mmg toksah ckp. Real Madrid, Athletico, Man City suma usha nak ambik dia. Dia ni mcm set2 Puyol la. Kental tak henggat punya. Kasi partner ngan Vidic ke ngan Ferdinand ke, Torres pun menangis je bila nak serang gol Man Utd..



Tengah gua nak sajes ambek Van der Vaart (HSV). Dia ni punye level score dah tahap striker. Mmg champion tanpa keraguan lagi. Beli tak rugi. Attacking midfielder kegemaran seisi keluarga. Tak lengkap la kalau beli attacking midfielder kalau tak beli winger kan? Silva (Valencia) gua rasa yg paling anggun sekali. Umur baru berapa tapi dia punye skill memang terbaik. Perghhh





Striker plak gua rasa yg buat Avram Grant ngan Arsene Wenger mencarut mesti Sergio Aguero (Athletico Madrid). Manager semua compare dia ni dgn Lionel Messi. Maybe Messi naik sbb World Cup pastu Aguero ni still main bwh 21. But dia ni terbaik la. Gua kalau tgk dia main pare ngan Tevez ke, Rooney ke mmg gua mengalir air mata kegembiraan ahh..



Last la gua rasa itu Van der Sar pun sudah patut duduk rumah main dgn anak2 la. Dia pun gua rasa kene kasi tukar. Tapi tolong la jgn bagi Kuszcak tu jadi main keeper. Mmg lu org akan tgh Pahang beraksi di liga EPL la nnt. Sikit2 gol, sikit2 gol. Tak mcm cilanat lagi? Igor Akinfeev (CSKA Moscow) la gua rasa yg paling sesuai skali. Kalau org tua tu (Ferguson) pikir pasal talent ngan long term replacement, mmg Akinfeev la yg paling solid. Gua berani kerat rambut la..



So sekarang ade sesiapa blh msg Ferguson apa yg gua tulis ni? Kot2 dia blh consider utk transfer window depan ke. Siapa senang? Kita jgk bile tgk Man Utd main dgn penuh berdedikasi dan konsisten every game. Ye tak?



notakaki: Man Utd kalau mlm ni tak menang ngan Lyon mmg gua mencarut trus lahhh..




Monday, March 3

Tak payah la nak hardcore sgt kannnn..

Gua skang ni dok perati ade sorang gadis ni. Gua pelik jgk kan sbb dulu dia ni mcm tatau pebende pasal band2 sume ni. Kalau gua sebut Ada Band ke komfem dia nganga punya. Tapi sejak akhir2 ni gua usha dia ni mcm up gila plak lepas pegi gig seketul dua weekend itu hari?

Lagu stok dgr tak nak kalah kan? Stok brader2 yg layan lama punye kan? Kau btul ke dgr Alesana, Fear Before The March Of Flame, FATA, Underoath, FFTL, DDG, etc sume ni? Ke kau tulis kat situ bagi org nampak kau mcm ultra cool? Fake ah lu! Gua layan Mariah Carey ngan Bone Thugs selamba je.. Tak kecoh pun gua.

Bkn ape kan. Dia ni kalau layan sorang2 takpa, tapi dia stok sembang lebat mcm dia cam otai2 je. Gua ni skang dok follow je budak sekor ni. Mungkin sbb boyfriend dia suh dgr kot? Ahahaha..
But hebat la jgk dia trus dgr yg core2, scream2 suma ni kan? Gua dulu pun layan Black Dog Bone je mula2 dulu.. Paling ganas pun gua rasa time tu Spring kot? Tapi Ali Mamak mmg faveret gua la kan..

Gua bkn apa, cuma gua rasa dia ni mcm bkn music listener. Dia lebih kepada poseur sbenarnya. Takde attitude langsung. Jgn jadi fake just smata2 nak bg kau nampak cool. Gua ingat nak ajak dia turun Bleeding Through la Ahad ni tgk dia btul2 core ke tak kan? Ha lagi satu, tak payah tulis yg kau tu taken2 sume ni. Takde org nak ngorat kau pun. Ciss..