Monday, April 28

"Hiyarrkkkk.. bertukar!!!"




Harini gua kurang aktiviti yg berfaedah (selalu pun tak berfaedah juga). Jadi gua membuat keputusan sebulat fishball utk bersiar siar di Youtube. Ya, gua masuk youtube buang masa. Tak southern langsung buang masa kat youtube. Byk la benda gua tgk. Dari yg rempit terjun parit, band kene f*ck dgn crowd kat JB, gadis gadis shake ass, drummer main laju mcm keretapi, ahli parlimen bergaduh sesama sendiri dan berbagai apekejaddah lagi la.

Ketika cantik gua bersiar siar tu, tetiba gua menjadi terkaget. Urat kentut gua nyaris berlanggar dgn tali pusat gua sendiri. Rembesan adrenalin memecut dgn rempitan padu maut. Gua nyaris ketawa sambil nganga mulut. Hah, cerita byk tak guna lu org kasi pikir la sendiri..













ok tak?






Sunday, April 27

Main tag tag. Part 3.



Ni siapa la pengasas kepada industri tag tag ni? Gua rasa nak Tag Heuer je dahi dia. Menkerepoklekor je gua dgn trend tersebut.


Kali ni gua di tag lagi secara misteri dan penuh sulit oleh seorang gadis ni. Mujur gua sedar gua ditag jika tidak gua akan ditimpa bencana spt berak tak lawas, kulit kaki menggelupas dan juga kencing berbau hancing peringkat longkang punyaa..


"6 BENDA PELIK TENTANG DIRI SAYA"


Hah, ada bran? Ni soalan yg blh mendatangkan penyakit barah payu dara walaupun gua langsung tidak mempunyai sebarang. Gua jawab, selamba hadap..

1. Gua sgt cerewet tentang lipatan baju gua. Kalau sesiapa yg lipat baju gua yg dah lepas cuci pastu letak depan pintu, gua akan bukak dan lipat balik satu satu. "Tak cantiklah dia lipat.." bisik hatiku ketika melipat baju/seluar tersebut..

2. Gua tak mkn sotong, kerang, lala, dan siput sedut. Tapi gua blh mkn ketam ngan udang pulak. Walaupun anasir anasir itu dicincang halus kepada 12 ribu bahagian sekalipun, kalau ade dlm pinggan tu, gua punya aura blh detect pastu secara automatik gua terus reject hidangan tersebut. Waima, dlm kuah mee kari ade kerang sekalipun, mampus gua tak mkn mee kari tersebut!

3. Gua sgt suka menyendiri. Gua blh buat hal gua tanpa rasa masalah. Sbg contoh, gua pegi mana mana gig lone ranger saja. Kalau ade sesiapa yg gua kenal kat situ, gua lari mana tah. Gua mmg malas bergaul dlm parti parti sosial spt itu. Duduk tepi tgk org lagi layann.. Gua juga blh pegi tgk game bola EPL di warung warung mamak secara solo dan tanpa berduet maupun secara berkumpulan.

4. Koleksi pencuci muka gua mcm perempuan. Pernah mendatangkan bual mulut org dan timbul isu ni dlm keluaran Mangga edisi Hari Gawai tahun 2007. Gua penah pekai pencuci muka spt Loreal, St.Ives, Clean and Clear, Clearasil, Ponds, Safi dan apekejaddah lagi tah. Minyak pelincir jenama Shell je lagi gua tak try..

5. Koleksi kasut gua juga menimbulkan rasa tak puas hati beberapa buah pihak. Secara purata bilangan kasut gua adalah sebanyak 20 pasang dr pelbagai jenama. Sbb tu gua sering mengalami kemelecetan ekonomi walaupun ketika itu pada awal bln. Abis dah pantang nampak kasut nak rembat, kau nak mkn apa satu bulan tu? Keropok lekor?
Member member gua yg berkunjung ke rumah gua cenderung utk membuka almari kasut gua dan riki riki kasut baru gua. Nak pinjam le tu.. Cilakak!

6. Gua cenderung utk buang air besar kalau keluar bersama kawan kawan. Yg ni paling misteri. Gua sendiri pun taktau. Ade sesetengah member gua yg dah tau tu akan warning gua utk mengclearkan tangki gua dulu sebelum keluar bersama mereka. Seorang member gua pernah dimasukkan ke wad kecemasan akibat pendarahan serius kerana mengkarate sebuah bumbung Proton Perdana sbb marah yg melampau.



hah, clear sudah. Gua malas nak tag blk sbb gua rasa semua member gua sibuk nak periksa la ape la. Gua yg memahami ni takmau tag lu orang. Kalau lu orang gatal testis, blh la jawab blk benda ni kat blog masing masing tampa was was..






Friday, April 25

Just a bit of memories..





"Somebody told me once that patience is a virtue.
And true love is worth waiting for although it might just hurt you.
And if it comes right back, that means it’s truly destined.
I promise to hold back the tears, never say never.."

















from:
Too Phat feat. Siti Nurhaliza - Million Miles



Thursday, April 24

Main tag tag. Part 2.


Kalini gua pula di tag. Gua rasa tuan tanah ini cuba membalasdendamkan dirinya akibat ketidakpuashatian (panjang aih..) beliau kerana gua dah tag beliau tempoh hari. Gua rasa baik gua jawab saja soalan dia ni sebelum dia santau gua bagi gua kencing berdarah nnt. Gua jawab ni sambil dgr lagu Amber Pacific - If I Fall sambil minum sirap.

"5 PERKARA ANDA LAKUKAN BILA ANDA GAGAL DALAM SESUATU PEPERIKSAAN??"

Ni apa punya judul tag ni? Tak tekno langsung. Saja je membangkitkan zaman persekolahan gua dan zaman rock rock Blink 182 dulu. Gua dah la masa persekolahan maupun zaman perstudian mmg terkenal dgn sifat kemalasan dan kerselamberan gua yg pegi kelas dgn kadar selamba saja.
Tapi memandangkan gua seorang yg rasional dan tidak bersifat racist gua jawab jgk walaupun buah pinggang terasa gatal gatal.


  1. Gua akan menyusun strategi yg paling licik sekali utk bagitau kat org tua gua sbb sbb gua gagal. Gua takde la nak bekap clean sgt cuma gua akan kemukan alasan alasan yg blh diterimapakan dan tidak berunsur jimbit spt motor tayar pancit, pak guard kolej kanibal, makanan kat kafe tak sedap, mesin tiket lrt rosak etc. Tu suma alasan cilakak yg kalau gua sebagai ayah akan tampar anak gua di dahi kalau alasan begitu dikemukakan.
  2. Gua akan mengurangkan aktiviti sosial gua. Waktu keluar mlm akan diturunkan sehingga pukul 10 je kalau nak keluar pastu blk mesti sebelum kul 1. Snooker, karaoke, bowling, renang berirama dan aktiviti aktiviti menapirkan diri tu terpaksa gua pinda kepada hari cuti am.
  3. Cuba kaji balik part mana yg gua leh kantoi ni. Tak paham soalan ke, gua bengap susu ke, kesilapan teknikal ke, tertido dlm dewan ke, byk mkn semut ke dan sebagainya.
  4. Gua byk lepak bilik saja. Dgr lagu, pastu tido. Tido pastu dgr lagu. Mandi pun dah jadi malas apetah lagi kalau nak ketip kuku.
  5. Jumpa blk lecturer gua dan mintak dia ajar blk dgn penuh sifat tidak kuranghajar. Time ni mmg gua kene tepek je la kat telinga dia punya bebel tapi terpaksa la kan. Lu dah bengap kene la tebal muka pegi tanya. Agak agak dia bising sgt, lu buat buat pitam je kat situ. Nak lagi real siap bagi mulut berbuih lagi. Pehhh..

But yg ni kegagalan yg gua alami secara purata la. Kalau kena yg peringkat ekstrim mcm yg baru baru ni, huru hara hidup gua. Itu ini kena susun blk. Finance kene cek blk. Mmg siksa la batin lu bai. Tapi harap harap korang semua sukses dan sentiasa hensem la.









notakaki: Gua baca title tag ni gua gelak. Lu orang pernah dgr ayat ni: "Tidak bermakna anda gagal dlm SRP tempohari, anda tidak akan bahagia.."





Tuesday, April 22

Cerita paling cilanat utk bulan ini.



Selepas gua blk kerja semalam, gua mengalami kebosanan tahap melahap2. Gua taktau nak buat apa. Gua cuba isi masa lapang dgn bercucuk tanam tapi tak manis pula dipandang jiran setempat bercucuk tanam pada waktu azan maghrib. Dikhuatiri org akan ckp ckp belakang kata gua bela jin nnt. Jadi gua buat keputusan utk lepak sambil layan diari AF yg mak gua bukak. Mmg mcm najis je gua tgk. Gua terus masuk bilik layan tgk dinding.

Pastu member gua blk dr jumpa gadis. Muka bunga bunga. Dia tgk gua boring dia suh gua tgk satu cerita korea ni. Mengikut mulut beliau dia kata best. Nama cerita tu SEX IS ZERO II.


Gua sengih sbb gua penah layan sekuel pertama dia. Cerita ni mmg gua akui mmg mcm cilaka. Gua tgk konsep lawak dia mmg stim. Hati gua jadi girang gua trus bukak pc gua dan download itu movie. 4 jam habis download. Gua simpan dulu cerita tu nak tgk esok sbb mata gua rasa mcm dah masuk pasir sebanyak 2 lori.

Esok blk kerja, gua mandi wajib pastu gua layan cerita tu. Pehhh.. Kali ni cerita dia mmg solid. Tapi tak fun mcm last cerita dia. Tapi masih boleh membuat gua geli2 ginjal gelak sama dia punya cerita. Kali ni lebih berkonsep romantik. Hero dia masih sama si musibat ni. Gua simpulkan saje cerita ni sbb gua malas nak cerita detail. Kalau gua cerita detail pun bkn dpt elaun.

Pasal hero dia ni. Dia ni mmg loser tapi kenal satu gadis ni mmg hot punya. Pastu gadis ni mmg sayang habis la kat si hero yg loser ni. So byk la dugaan binatang yg diorang alami. (typical..) Dlm cerita ni ade jugak watak2 member si hero ni yg sekor sekor mmg gua rasa nak stalet je dahi masing masing. Perangai mengalahkan jin arab.

So far cerita ni best. Pas abis cerita ni, gua terpaksa donlod sekuel dia sbb member gua dah merusuh suruh gua download sbb dia excited nak tgk. Gua sodok jgk perut mamat ni karang. Menyusahkan idup je. So, kalau korang brave, korang tgk la. Pas tgk jgn tak lalu nak mkn lolypop pulak. Gua dah warning aaa..



Just in the mood for mengkerepek..




1) Single, Taken, Naked, or Flirt?
- SINGLE but got potential to turn into TAKEN.

2) Are you happy with that?
- not enjoying but I'm already get used to it.

3) Would you still kiss your ex?
- feel like attempting suicide if I do so..

4) Have you ever had your heart broken?
- a few times..

5) Do you believe that there are certain circumstances where cheating is ok?
- technically is yes but please makesure you aware of the upcoming results.

7) Have you ever talked about marriage? with whom??
- yes i have. with my ex when I'm still with her.

8) Do you want children?
- yes, one day, maybe.

9) How Many?
- satu pastukan bola sepak kot? siap dgn reserve squad. kau gila?

10) If someone liked you right now, would you want them to tell you?
- di alu-alukan dgn tangan terbuka. turn on tu woooo..

11) Do you want someone you cant have?
- yes but I give up now.

12) Have you ever been in love?
- of coz la bai. lu ingat gua alien ke?

13) Do you believe in celebrating anniversaries?
- hehe.. yes i do believed in those thing.

14) Do you believe that you can change for someone?
- I've done it before so I believed it.

15) Is it a good day?
- tetiap hari hujan, gua kene kerja so tak best lah. kalau gua cuti mmg cun!

16) Have you ever broken a heart before?
- penah kot, a few times. gua tak sengaje laaaa..

17) Does your ex still have feelings for you?
- that one is personal. gua skip ini soalan..

18) How many has viewed ur profile?
- gua tak congak lagi.

19) Do you believe in long distance relationships?
- 50% - 50%. depends on the couple.







notakakibangku: gua jawab ni dgn muka serius. apekejaddah nak buat muka serius? period kot?






Sunday, April 20

Berlawan dgn tandas awam..




Pada hari cuti gua yg lepas, kalendar cilanat gua pada tahun 2008 ini telah bermula. Bila gua terkenang insiden tersebut, bulu kaki gua meremang secara sekata.

Insiden ini bermula begini. Gua mcm biasa la hari cuti mana duduk rumah kan? Apa gila hari cuti duduk rumah tgk diari Akademi Fantasial kan? Gua pun mengeluarkan diri gua ke beberapa pusat membeli belah di ibu kota utk melihat2 pusat2 org ramai yg lalu lalang.

Gua pun turun ke salah sebuah pusat beli belah yg terkenal di ibu kota. Untuk pengetahuan am, walaupun gua org KL, tapi sumpah gua ckp gua ckp sebenarnya gua tak tau kat mana parking moto utk pusat beli belah ni sebenarnya. Sadis sungguh.

Selapas gua mengsekuritikan moto Hayabusa gua, gua pun bergerak masuk ke dlm. Antara tujuan lain adalah utk mencari beberapa barang keperluan peribadi gua yg gua rasa tak payah gua list sini kerna ade sesetengah golongan akan berasa gua iras2 Awal Ashaari nnt.

Gua masuk situ, gua dapati org mmg blh tahan ramai. Dari golongan kanak2, remaja, org tua, warga indon, warga emas, warga Filipina, warganegara mmg ramai. Gadis2 yg baru nak dressap stail Rihanna pun ramai. Gua jln mcm biasa lepas ikat tali kasut tadi.

Tgh syok gua jln2 sekali gua rasa semacam. Pergerakan gua ketika itu rasa tak best walaupun gua mmg hensem ketika itu. Gadis2 yg lalu lalang gua dah kurang peduli. Mata gua liar mencari satu lambang yg mmg gua perlukan pada masa kecemasan tersebut.

Gua cr tandas! Perut menunjukkan rasa tidak puas hati beliau. Apa masalah gua taktau. Sebelum keluar tadi dah balun roti canai dgn neskepe panas. Haish.

Gua kalut mencari tandas. Kalau tadi jln spt Malaysia Next Top Model, sekarang gua jln spt Rio Ferdinand kena tekel dekat bahagian ulu hati. Body contact terpaksa dilakukan utk membuka jalan kpd gua yg berada dlm keadaan cemas ni.

Sampai satu tandas gua tgk ade sign: "Kalau nak kencing atau berak, lu bayar RM2 dulu." camtu la ayat dia tapi dlm bahasa Inggeris la. Apa gila lu nak kencing kene bayar RM2? Kapitalis btul la!

Gua runner pegi cr tandas lain. Tingkat berapa tah gua dpt satu tandas. Nampak dr luar mcm kosong. Hati gua girang. Masuk saja, air muka gua bertukar. Ramai siakk..

Gua sudah melakukan kemutan peringkat ultra utk membendung objek tersebut dr keluar ketika gua tak sedar. Mmg tak hensem langsung gua time tu. Satu toilet keluar, gua masuk laju tanpa peduli org tepi.

Pehhhh. Sekali mamat tadi tak cilaka lagi la kan? Dia blh kasi tinggal dia punya goreng pisang dlm itu mangkuk tandas. Mangkuk jamban btul! Ikut hati gua nak je gua sumbat muka dia dlm mangkuk tandas tu ketika objek tu sedang terapung2 tu pastu flush 12 kali.

Gua postpon lagi hajat gua walaupun dlm hati rasa nak memberontak dan di punggung rasa nak meletup. Nafsu mencarut sedikit terbit. Gua tunggu kat luar toilet. Pastu ade satu cina masuk selamba hadap. Pastu dia keluar, objek tersebut masih ditempat yg sama. Cilaka tak flush lagi rupanya.

Toilet sebelah kosong, gua masuk terus. Gua masuk gua cek, mangkuk tandas kosong. Cun, pastu gua bukak air. Air dia mmg kuat terus? Arghhhh! Time ni gua pasrah. Gua terpaksa akur. Tiada guna gua cuba memberontak. Gua terima kenyataaan.

Selepas gua melepaskan hajat dan menyesuaikan diri dgn keadaan tandas yg seperti cilaka tersebut, gua keluar utk cuci tangan. Gua mengetap bibir menahan marah kerana tak ada pula sabun. "Ni restoran mamak ke apa ni?!!" jerit gua kuat dlm hati sambil mengkarate singki.


Gua terus keluar, masuk tandas perempuan dgn muka bengis, cuci tangan dgn sabun, lap tangan dgn tisu dan gua terus blah. Gua sempat jeling sorang dua awek dlm tu dulu..






p/s: ayat condong menunjukkan pembohongan.




Thursday, April 17

Main tag tag.



Gua saja je takde buat apa. Pukul 2 pagi nak buat apa lagi, rilek2 surf net sambil usha2 blog2 org la kan. Akan nak bercucuk tanam atau berjogging di sepanjang highway kot? Tgh stim2 gua usha tu, gua kene tag dgn seorang gadis blogger ni. Beliau minta nama beliau dirahsiakan kerna takut ada si pervert akan cuba mengintip hidup peribadi beliau. Gua pun setuju dan rela.

Atas dasar matrokrasi, gua pun setuju dgn idea beliau yg gua rasa bernas ala2 beras jenama Bernas. Dlm tag tu, dia suruh gua listdown
5 bende yg gua akan buat kalau time gua tgh heartbroken. Caishhhh.. gua sedikit goyang utk menjawab soalan tag beliau. Ini blh mendatangkan cakap cakap belakang nnt bila gua jawab dgn penuh jujur dan bertatasusila. Tapi memandangkan gua jejaka contoh yg sesuai dibuat calon menantu, gua jawab juga dgn pasrah. Cis..

Ok, kalau la gua tgh heartbroken, 5 benda yg gua akan buat adelah:

1. Gua mesti akan pasang lagu yg cam, errrmmm, urrrrrr, errrmmm.. jiwang kot? Jiwang tak jiwang sgt la kan? Gua suka dgr lagu cam Finch ke, Dygta ke, Secondhand Serenade ke, Micheal Learns To Rock ke camtu la. Hah apehal? Nak kata lu org kental la tak layan semua tu? Isap kott!!

2. Gua akan baring2 pastu mesti flashback blk time gua bersama si dia. Memori tu mesti dtg punye time2 lu tgh kritikal camni.

3. Surat, kad, gifts, notes etc yg si dia berikan tu gua akan keluar blk dr kotak pastu baca2 blk. Walaupun benda tu mcm sadis tapi most of us akan buat. Pastu gua masuk blk dlm kotak, gua salotip, gam dgn gam UHU, balut guna surat khabar dan simpan dlm peti besi.

4. Lepak tempat2 yg busy supaya gua lupa kejap bende2 yg dah jadi kat gua ni. Kekadang tu bila mood Sweet Charity tu dah dtg, gua pegi jgk tempat2 yg gua dgn dia penah lepak dulu.

5. Dan last, ni gua tak tipu. Time ni la br gua rasa cam insaf sikit. Ni insaf bkn cam restoran Insaf tu bai. Ni insaf btul2 punya. (ye ke?) Gua akan cuba cukupkan solat. Mintak dikuatkan semangat dan diberi pengganti baru yg baik dan dpt gua lupakan dia. Gua jgk doakan dia semoga kalau betul ni la keputusan yg dia ambil, jgn la dia menyesal di hari depan nnt.



Haish. Kenapa la lu tag gua suruh buat benda ni. Lu tgh heartbroken kah? Chill sista. Jgn isap rokok maupun dadah. Isap sisha gua blh consider. Isap kemaluan, mak bapak benci ok?

So sekarang sampai tugas gua utk tag lagi 5 org utk jwb ini soalan. Calon2nya adalah:

1. amscreamo
2. jiwakosonghatiputih
3. elysiafield
4. cikofa
5. akusukamengarut



Tuesday, April 15

Weekly entry. Musibat 2: Peja




Minggu ni gua tersasar dari dateline. Mungkin sbb jadual yg pack dan juga meeting2 yg merata terpaksa dipenuhi membuatkan gua tiada masa. Aktiviti2 anti sosial lain juga memaksa gua utk tidak cukup tidur dan sering memigrainkan buah pinggang gua.

Ok, minggu ni testis gua rasa mcm nak mereview satu musibat ni. Beliau menang undian penonton dirumah dan gua memilih beliau dr seorang musibat ni. Takpe, minggu depan gua review itu musibat pulak. Gua br je lepak itu hari bersama lagi 2 org musibat ni utk menonton perlawanan Assenal vs. Man Utd yg kita semua tak perlu diperkatakan, Man Utd akan menang dgn penuh style dan suwittt.

Gua kenalkan seorang member gua yg berasal dr pantai barat sumatera, Peja atau nama org putih dia Tujuh. Sesiapa yg buang tebiat atau mengalami sawan baba nak berkenalan dgn beliau blh la masuk myspace beliau lepas ni.




Gua kenal dgn dia ni masa zaman jahilliah dulu main itu Mirc. Gila lu ceting sampai 7 jam apa cerita? Lama jugak la gua kenal dia ni. Sampai sekarang pun gua kamcing stail hancing lagi dgn dia. Seorang yg fasih mencarut dlm bahasa Terengganu. Dia ada jgk ajar gua cara mencarut tu tapi agak susah gua nak praktikkan.


Sangat kuat merokok. Sebelum tido rokok, bgn tido rokok, berak rokok, lepas mkn rokok, korek telinga rokok, ikat tali kasut rokok. Gua rasa kalau gua bubuh rokok basah dlm kotak rokok dia sumpah dia tak perasan. Selamba hadap je dia sedut.. Fanatik dgn jenama Nike walaupun beliau hanya mempunyai seluar traksuit Nike satu je. Tu pun dpt masa masuk larian merentas desa masa kat kampung dulu. Sekarang berkecimpung dgn arena kasut Nike. Bercita2 nak memotong gua dlm acara siapa koleksi kasut paling byk. Mmg lu isap kemaluan bergilir2 dulu la bai nak potong gua kan?

Main game pun hebat jgk dia ni. Bende2 merepek gua taktau la tapi dia mmg hebat. Akibat hasutan gua, sekarang dia jadi pemain Football Manager 2008 yg tegar. Gua dulu yg dianggap sbg Godfather Of FM pun sudah mula cuba meninggalkan aktiviti tersebut, tapi beliau masih tidak nampak tanda2 tersebut. (3 tahun bai br gua blh tinggal game puaka ni?) Beliau sanggup tidak mkn, mandi hadas, tido asalkan dpt main game. Gua rasa kalau tahi nak terkeluar blh sedut blk time main game tu, gua rasa dia dah buat dah..

Tapi gua agak gusar dgn profesion dia ni. Selain dr pemain game dan penghisap rokok tegar, beliau masih belum mempunyai pekerjaan tetap. Bercita2 utk keluar Proton Juara convert jadi Perdana hujung tahun ni tapi masih belum ada hasil. Tapi gua yakin kalau ada usaha, rezeki tu kat mana2. Ye tak? Jadi pengedar dvd lucah pun ok jugak beb?

Satu perangai dia ni yg gua berbulu, bkn gua je la, member2 yg lain paling bengkek ialah pantang nak lepak mesti nak sakit kepala la, demam la, cr panadol la. Adui, berbulu je betis gua. Ade ke patut tgh chill2 lepak Putrajaya, tetibe tanye: "
Gaban, lu ada panadol tak?" Apa gila gua nak lepak Putrajaya bwk panadol? Ingat gua mat gian ke? (Badan je sama..) Nasib baik pada waktu kritikal tu ade sorang musibat ni ade stok panadol dlm kereta dia. Ni gua pelik jugak, apehal ade sikat ngan panadol dlm dashboard dia ni?

"
Nampak sgt cuba nak memperdaya gadis yg tumpang kereta dia ni.." getus hati gua dgn penuh syakwasangka..

Kesimpulan dia, walaupun perangai dia camni, tapi dia adalah member baik gua. Time gua tgh down stok2 nak Suicide Notes and Beautiful Kisses dulu, dia la byk support gua. Time gua buat keje2 gila dulu, dia jgk yg temankan gua. Time gua punye playlist stok penuh dgn lagu berunsur RnB dulu, dia la sanggup tahan telinga dengar lagu tu semua. Berhujan berpanas dgn gua. Dia jgk la yg byk nasihat gua supaya buat decision yg betul dlm choose life partner dulu. Beb, gua kenang jasa lu tu sampai mati beb. Sumpah gua ckp..

Beliau juga Man Utd fans spt gua. Gua perasan la, bebudak Man Utd ni semua hensem2, gua pun tak sangka ni suratan atau kebetulan?




Saturday, April 12

"Dah dah. Lu tak payah cerita.."





Gua: "
Ey, mana lu pegi?"
Member gua: "Lu betul ke nak tau?"
Gua: "
Hek ele.. cerita sudeyyy. Nak rahsia mender?"
Member gua: "
Lu tak menyesal?"
Gua: "Gua sikit lagi nak mencarut ni.."
Member gua: "
Ok2. Sbenarnyaaaa. Gua tadi pegi toilet berak. Pehh. Sakit perut gila. Gua pun taktau apa yg gua mkn tapi dia punye pergi mmg non-stop. Gua duduk je "Pruuuhhh.." camtu la bunyi dia. Gua tgk kaler dia warne cokelat je.. Pastu.."
Gua: "Cilaka! Dah2. Lu tak payah cerita lebih lanjut. Gua paham.."







notabukulali: Lepas insiden tu, 2 hari gua tgk mee kari tak berselera.





Wednesday, April 9

Sembang bola 02: Man Utd vs. Roma




Mlm ni mlm penentuan. Gua akan pastikan stamina gua sentiasa cargas dan mata bulat. Gua iron dulu jersey M.U away blakang tulis nama Nani. Ni kalau abah lu orang tak kata gua jejaka kental lagi, gua tak tau nak ckp apa la..

Kepada penyokong Roma, pastikan jaring gol anda kukuh kerna takut dibolosi dgn jaringan Rooney maupun si Ronaldo kami. Tu belum kira Evra ke, Scholes ke, takpun paling kodi Fletcher la..

Gua masih berfikiran positif walaupun benteng pertahanan agak goyah akibat ketiadaan Vidic yg sungguh brutal itu. Ditambah pula Ferdinand terseliuh apa tah dan dikatakan cirit birit baru2 ni. Tapi gua yakin Pique mampu memberi perkhidmatan yg setanding dgn 2 ekor musibat tadi. Kalau dia shave jambang dia, gua rasa lebih yakin.

Ahhh.. cerita byk tak guna. Mlm ni pakat2 kita duduk depan tv besar, oder neskepe ais ngan roti bakar pastu tgk sendiri itu game. Time tu lu org blh kasi mencarut kalau bola kena tiang takpun pengadil berperangai spt binatang..






Sunday, April 6

one.season.too.late




He's in the back of your mind
all of the time
learn to forget
love. leave. forget.
And when I sit alone
I think of what you said
"better off just friends"
I'm better off just dead

And the hardest thing I do
is wake up without you
when everything falls apart
the emptiness leaves a mark












Band: Keepsake
Mood: miserable



The rememberance ballad.



"its okey for u walaupn skrg tgh dlm proses nk knl mengenal satu same lain.. it take time to give and take, hope u really patient... if she the one for u, nothing matter just be who u are and she would know what precious in you, okay?"










-maybe theres somebody does really know me better..



Friday, April 4

Kau bwk kereta ke mkn nasik?






Harini kesabaran gua teruji lagi. Gua cenderung untuk mencarut dgn kadar sangat kritikal. Dari atas moto sampai ke tempat kerja, mulut tak sudah mencarut. Kalau berzikir ke sejuk juga perut mak gua nnt..


Ni semua berpunca dr beberapa tindakan pemandu kenderaan di Malaysia ni la. Tak kira la kenderaan berat ke, kenderaan ringan ke, kenderaan separa berat ke semua sama je. Gua kekadang curiga, diorang ni ade lesen memandu ke? Ke pakai lesen Tv je memandu? Paling cilaka diorang pakai lesen meniaga je..

Gua bwk moto mcm biasa la. Sekarang ni musim hujan jadi gua mmg malas nak lama2 atas jalan. Nanti lenjun habis boxer gua nnt. Oleh yg demikian, gua pun bwk moto sekarang dgn kadar sekata 60-80km/j.

Insiden pertama berlaku ketika gua tgh bwk moto sambil siul2 kecil lagu Ramlah Ram, tupp sebijik kereta Savvy ni masuk depan gua dgn aksi ala2 pemandu kereta rally. Apa babi lu bwk mcm tu tgh KL dgn jalan tgh licin?

Start situ, bunga2 carut telah mula bermain dibibir gua. Dr kata2 kesat yg berunsur ringan, gua cube kontrol jiwa gua yg memberontak. Gua bwk blk moto mcm biasa ditambah sedikit berhati2 spt adegan dlm rancangan Gerak Khas.

Dugaan kali ni mmg gua surrender. Hati gua dah tak dpt menahan lara yg membuak2 di dada. Carut marut keluar dgn penuh lancar dan fasih sekali dan antara carut2 tu gua sendiri tak pernah dgr. Bila gua invent pun gua tak ingat..

Blh pulak sebijik kereta proton Wira ni bwk kat lane tgh2 tu dgn kelajuan kalau gua tak silap, 40km/j saja???? Kau dah la bwk tengah2, dgn moto2 semua berderet belakang kereta lu, lu bwk 40km/j saja?? Haramjadih sungguh!! Yg extra haramnya, moto yg btul2 belakang kereta tu moto gua la. Yg ultra haramnya, moto gua punye hon gua sendiri pun tatau bila rosak. Gua rasa sepanjang gua bwk moto tu, tak pernah lagi gua tau fungsi hon tu. Abis time kau nak tekan hon tu blh rosak pulak kannnnnn??? Mmg tak cilaka abis lagi laaa..

Kenapa la kau bwk kereta stail mcm ni? Gua nak potong tak blh. Gua toleh sikit belakang, moto berderet2 dah. Gua jadi pressure. Nak potong tak blh, nak hon tak blh, ngan hujan lagi. Bende tu yg trigger gua punye bibir kasi keluar itu semua carut, sumpah seranah, makian, lipan, dan lain2 bende lagi utk melepaskan rasa geram gua tersebut. Gua tahan je bwk blakang dia. Sampai satu part tu gua nampak ade line je, zerrrrr gua potong trus.

Gua sempat usha driver dia masa gua potong tu. Pehhhh, ada gadis sebelah pulak. Tak mcm lahanat lagi la lu kan?? Gua tak peduli la lu nak bwk kereta sambil mkn nasik ke, berkuak lentang ke, melakukan onani ke, menumis sambal ke, membajak sawah ke tapi blh tak kau bwk kat tepi?

Oleh sbb tu gua sampai tempat keje lambat. Sampai je parking moto, gua sliding skali moto gua pastu gua parking dgn penuh kalut. Sambil berjalan, mulut gua tak sudah lagi mencarut. Suwey btul..





notakaki: Byk sgt mencarut ni, gua rasa kene minum air yassin bagi insaf sikit la. Takpun pekena nasik minyak kat Restoran Insaf nun kat Jln. TAR sana. Ishhhhh..







Weekly entry. Musibat 1: Wanie





Ok, utk first entry ni, gua bg special skit utk sorang minah ni. Gua teringat kat dia sbb dia br menunjukkan rasa tak puas hati dia sbb gua tak keluar karaoke dgn dia baru2 ni. Padahal gua yg plan kan? Hahahahahamid..

Gua kenalkan salah seorang member gua yg berperangai spt jimbit juga. Seorang yg tidak berperikebinatangan dan sgt gemar mencarut dgn kelajuan turbo. Penah digossipkan bersama artis2 terkenal tanah air dan luar negara antaranya spt anak lelaki Yusof Haslam, Abon, Rahim Maarof, Chris Brown, Jamey Jasta, John Cena, Rick Flair dan baru2 ni gua dgr sedang intim dgn pemain bassist band baru naik tu. Apa nama band tu? Gua tak ingat tapi lagu hits diorang berjudul "Siput Chilli". Nama beliau Wanie. Terdapat juga beberapa nick name yg sedap dan mcm haram utk didengar spt Gem, Madden, Supiah, Giselle. Wanie Mydin (ni gua bagi..), dan berbagai lagi la judul dia. Gua malas nak list. Kalau list pun bkn dpt elaun.

Gua kenal dia masa gua belajar pondok dulu. Sorang yg byk menghabiskan beras dan kalian akan rasa stress bila bersama beliau. Fasih berbahasa Perancis tapi gagap ketika disuruh membaca sifir 8. Sgt suka minum ketika lepak dan pastu minum separuh gelas je. Mempunyai selera mkn yg tidak blh dipertikaikan. Mempunyai kuku kaki yg panjang dan penah mewujudkan kontroversi dulu. Memandu Wira dan bercita2 ingin menukar kereta kepada Iswara teksi ibukota dgn kaler pilihan kuning.

Gua blh click ngan dia sbb ape tah. Nak kata cun, cun sikit dari Norlia Ghani la. Mungkin sbb taste muzik dia sama ngan gua kot. Tapi gua agak curiga sekarang. Dgr kata beliau lebih cenderung kepada irama padang pasir sekarang ni? Ada juga mengatakan beliau sekarang beralih angin kepada muzik jenis irama pop kemboja. Gua mmg taktau mcm mana konsep muzik tu dan gua mungkin akan period bila dgr.

Walaupun beliau seorang yg malas dan mmg haram tak bersopan ketika memandu, tapi ade sifat yg blh diterima pakai dr sampah masyarakat tersebut. Beliau seorang yg caring dan juge berbudi pekerti tinggi. Sangat mahir berlakon di depan org tua sehingga ada yg percaya yg beliau sgt sesuai di buat calon menantu. Stret gua terus ckp: " Isappppppp!"

Sekarang ni gua taktau dia buat ape sbb dia baru berhenti kerja. Ckp haritu nak kerja jadi pembancuh air siap gaji blh dirunding cukup? Apa cerita kerja pembancuh air iklan dlm paper? Tapi ape-apehal gua harap dia sukses la. Gua juga berharap dia dpt mengurangkan berat badan secara mendadak la. Ciss..

Tuesday, April 1

Apekejaddah sambut April Fool? Sambut Hari Wilayah sudeyy..

Harini gua pergi kerja dgn keadaan biasa, hensem stail jejaka tempatan. Sebelum pergi kerja, gua sempat sebat nasi lemak ngan neskepe panas. Pastu mak gua offer mkn kek kismis yg member gua bagi mlm tadi sewaktu aktiviti melepak minam2. (Jaja mak gua kate kek lu sedap.)

Sampai je tempat keje gua jumpe sorang member gua. Gua tgk muka iras2 Jalalluddin Hassan tu series menerpa ke arah gua dgn dahi berkerut2.

"
Beb, awek yg lu slalu usha tu, tadi dia dtg pastu tanya lu mana.." bgtau beliau dgn sedikit tercungap.

"
Aih, lu jgn kencing berdiri. Ape kes dia dtg nak cr gua?" jawab gua pulak stail kerek.

"
Lu tak caya? Nah.." balas member gua sambil hulur sekeping kertas.

Gua tgk kertas tu. Ni apebende resit Watson dia bagi ni? Gua sudah mula rasa ingin bertukar menjadi resaksa. Nasib baik gua sempat selak belakang resit tu. Kalau tak mesti sudah ade yg mengalami pendarahan yg serius nnt.

Pehhhhh.. Tertulis nama seorang gadis berserta no talipon di kertas resit Watson tadi. Nama siapa? Mampus la gua nak bgtau lu orang kan? Isapp laa..

Mata gua menjadi berkaca sebentar ditambah dgn perasaan yg berbunga2. Hati kecil sikit lagi nak nyanyi lagu Misha Omar tapi gua tahan. Dalam keadaan separa percaya, gua toleh member gua tadi. Gua tgk muka dia mmg series shit. Muka dah ala2 Frank Rijkaard. Gua tanya blk, dia kata gadis tadi suruh gua call dia. Pehhhh..

Gua cube menjadi cool. Gua plan nak call skejap lagi tapi hati memberontak. Rasa nak buat kerja tak best. Spt mandi tah basah, tido tak kenyang. Gua pun cube mengekol beliau.

Tgh gua nak call awek tadi, gua tgk jam pukul brape kat hensep gua. Tupp, mata gua terfokus kat tarikh hari ni sekaligus gua rasa menyirap..


"
PANGGGGGG!!!" bunyi gua karate tangga.


"Babi hutan korang! Cuba nak memperkotakkatikan gua di tarikh 1 April ya? Lu tunggu la gua siat kulit perut lu.." ngomel gua dgn nada bengis.