Sejak hari CNY sampai sekarang gua betul-betul busy. Kalau pagi-pagi dtg tu, dah siap kencing, berak, minum, bersenam semua dari rumah. Ini semua sebab busy punya pasal. Cerita pasal busy, purata gua ke tandas dlm satu hari akibat busy ini berkurang kepada 5 kali sehari menjadi 2 kali sehari. Dan utk special case, sekali je dan jgn tanya lebih lanjut tentang isu ini kalau tak mau dahi berbirat.
Akibat busy harini juga gua terpaksa pulang ke rumah pada pukul 8 mlm. Mak gua kata kalau kerja kuat mcm ni mesti sembahyang selalu tinggal dan gua setuju bulat-bulat dgn statement ayat beliau tersebut. Balik je badan mcm baru pegi camping panjat gunung tinggi kemain. 2 botol 100 Plus pun gua rasa belum cukup utk kembalikan tenaga gua, rasa nak terkencing je ada la..
Berbalik pada kencing tadi (mcm cilaka..), harini gua pegi toilet kira-kira pukul 4 camtu setelah 1 jam tahan kencing dari pukul 3. Gua jalan laju je tapi bila nampak ada awek ke, makcik-makcik ke, org besar-besar pakai coat ke, gua cover jln stail segak nak buat menantu padahal pundi kencing dah nak terburai dah tu. Masuk-masuk toilet pintu pun tak sempat kunci, tahan pakai kaki je. Lepas tu....
(scene ini tidak perlu ditulis dgn penuh teliti. sila gunakan imaginasi masing-masing..)
Dah selamat dan segar kembali, gua nak mencuci tangan. Gua nyaris-nyaris tersungkur di dalam tandas tersebut. Bukan disebabkan lantai licin, terpijak tali kasut sendiri, cuba melakukan breakdance ataupun bersilat. Gua terpandang sesuatu atas mangkuk tandas.
"Binatang betul siapa pulak yg shave kemaluan dlm toilet ni?" getus hati gua seakan-akan memberontak. Babi! Macamana gua tak perasan ada byk bulu kat mangkuk tandas ni? Nampak sgt gua menghayati saat ketika kencing tadi. Gua amati betul-betul objek tersebut tapi takde la sampai nak pegang pulak bulu tu, gua yakin ni bukan rambut sebab pertama, kadar panjangnya tidak seperti panjang rambut. Kedua, dia agak kerinting dan ketiga, kenapa nak gunting rambut kat tempat kerja?
Berjuta-juta kemungkinan dijana oleh otak gua melihat objek tersebut. Kenapa? Kenapa kau nak shave dlm toilet? Gua tak kira la bulu ketiak ke, bulu kaki ke, bulu pusat ke, bulu kemaluan ke dan bulu-bulu lain sbb gua berbulu je tgk org shave bulu kat toilet ni. Dah shave satu hal, flush la kasi hilang bukti semua. Lagi mau tinggal sebagai bukti mcm "I was here.." camtu. Nasib baik gua tak perasan masa gua kencing tadi, kalau tak, tak pepasal dinding toilet bau hancing..
"Faking shit basted.. hope you'll burn in hell.." marah gua dlm bahasa omputih ketika melangkah keluar dari toilet tersebut. Akibat bengang yg melampau, gua keluar toilet tado dengan tangan lupa cuci.. Arghhhhhhhhhhhhh!!
Monday, February 22
Keji juga beliau.
Posted by Gaban Lazzara at 9:35 PM 6 org mencarut.
Monday, February 15
"Org pengotor memang begitu.." balas mak gua selamba.
Setelah sekian lama gua kerja kat sini, baru la harini gua tau yg ada jalan blk nak pegi ke highway ni. Gua mati-mati la bersabung nyawa lalu kat jalan besar byk kereta, rempit, beruang, biri-biri, kangaroo, lori mayat semua ni. Gua rasa dah habis stadi dah jalan kat KL ni rupanya-rupanya nyata pengetahuan gua masih cetek. Tafsiran gua sekiranya keluar dari tol Kesas tu gua akan terus ke Emirates ternyata meleset.
Jalan harini gua tgk chill. Kereta takde yg berlumba tak tentu pasal. Tadi ada sebijik kereta apa tah gua tak tau. Kereta lama yg gua tau tapi diberi nafas baru (tukar sport rim) bawak laju mcm terpengaruh dgn cerita Fast & Furious. Gua doa kat depan sana, kereta dia masuk gaung
Moto gua sejak akhir-akhir ni bunyi dia garang lain mcm. Dia punya enjin tu bunyi dia mcm meter dah 120 km/j padahal baru 90 km/j je. Gua saspek dia dah sound-sound suruh pegi antar bengkel servis. Kalau tak silap gua, bulan 7 tahun 2008 gua last antar bengkel tukar minyak hitam sama spark plug. Nyata motor gua ni tak mengecewakan tuannya.
Terlanjur cerita pasal motor, harini bagi merayakan gua baru tau jalan highway ni, gua telah mempekena satu corner padu maut di simpang nak ke Cheras, Bangsar, Pusat Bandaraya sana. Corner dia layan sebab depan tu dah masuk jalan besar dan jalan ni lengang chill punya. Sampai corner gua terus layan ala-ala moto laju habis 140km/j (walhal kat meter 80 je..). Mungkin dah lama tak layan corner, aura rempit didalam jiwa gua membuak-buak.
Tengah cantik je gua tibai, tiba-tiba dengar bunyi lain macam.
"Srapppppppppppppppppppppppppppppppppppp.."
Ah, apa benda plak ni. Gua dah gusar. Moto masih steady. Nak kata tayar pancit, bunyi tu memang tak kamcing langsung. Gua jalan depan skit gua berenti. Tak leh berenti on the spot, kereta banyak tgk layan corner jgk. Tak pepasal terhumban gua ke dlm parit kang. Gua cek tayar, body motor selepas itu body gua sendiri, semua ok. Sekali gua tgk belakang, amende bunyi tadi. Langgar anjing ke? Tak pepasal kena samak pulak. Ke ada penanggal terbang tadi gua terlanggar maklum la bawak motor maghrib-maghrib. Usha-usha baru gua prasan.
"BHF 3**4". Cilaka! Nombor plet gua baik punya tercampak tengah jalan. Binatang sungguh!
Nak pegi ambek, jauh satu hal. Pastu malu la gua dgr kenderaan yg lalu lalang bila melihat gua mengambil nombor plet motor sendiri. Dgn ego gua berlalu pergi. Sampai rumah, kucar-kacir gua cari nombor plet spare. Dah la motor takde side mirror, road tax mati, kau nak tambah pakej nombor plet takde plak? Gua jumpa stok lama dulu. Stok pakai sticker punya nombor plet. Stok abang-abang punya motor pakai no plet sticker ni. "Asal ada.." getus hati gua kecil. Gua mencari-cari skru dan nat dlm tool box abah gua nak pasang no plet ni. Ada la jumpa, tak sama besar plak tu. Selambaaaaa.. Ok skang dah cun. Esok pegi kerja konsisten skit bila no plet dah tukar ni.
Masuk rumah gua nak mandi. Masa jalan nak ke bilik air, gua rasa hidung gua gatal. Mcm ada lipas dlm lubang hidung. Tanpa was-was gua terus masukkan jari telunjuk ke dlm lubang hidung belah kiri. *penuh detail.
Korek punya korek gua rasa lain macam. Apesal bau puaka ni. Gua keluarkan jari gua tersebut. Tahi hidung takde tapi..
Cantik punya hitam jari gua tadi. Gua blh lupa tadi gua pasang no plet, korek-korek tool box, cek tayar moto dan sekarang jari yg sama yg tak sempat nak basuh tadi gua terus ekspres masuk hidung. Ha ambek kau! Menggelupur gua bersih tangan, pastu hidung. Gua rasa hidung gua dah sengal sebelah. Masuk selumbar barangkali..
Cerita la kat mak gua. "Kau memang pengotor. Nasib tak terpegang taik kucing tadi.."
Mak gua memang tak saportif..
Posted by Gaban Lazzara at 8:13 PM 4 org mencarut.
Friday, July 17
Man Utd Live in Malaysia!!
Gua eksaited skang ni. Muka dah berseri-seri mcm esok nak naik pelamin je. Semangat usah ckp la, berkobar-kobar mcm nak pegi berperang. Ptg ni kalau takde aral melintang, gua nak pegi jumpe member lama gua masa study kat Penang dulu, Wayne Rooney kat Bukit Jalil sana. Sial je turun KL tak roger. Nasib baik gua kenal jgk skit-skit dgn Alex Ferguson dulu masa dia pegawai daerah kat area kampung gua dulu. Dia yg bgtau dia nak turun KL nak cr sport rim 17" utk krete br dia kat Klang katanya.
Gua sedikit frust jgk disamping keghairahan gua utk pergi jumpe beliau sbb sorang member gua dulu yg gua kenal masa kat Serbia dulu, Nemanja Vidic tak dpt turun plak. Demmit! Dia sms gua katanya tergelincir masa mandi kat bilik air. Macam mana tah blh tergelincir budak ni siap blk injured. Kalau masa main kat padang org tekel kat dahi dia, slambe je dia bangun sambil sengih-sengih. Menyesal gua beli jersey tulis "Vidic" kat belakang..
Lagi satu, si Ji-Sung apehal tah tak turun. Ni gua bengkek. Series punye bengkek.. Dah la main bola tutup mata. Patut la sepak asek nak teragak-agak je. Nak sepak ke gol je tutup mata. Takut ape tah. Tak dpt la gua nak tgk aksi beliau membelasah team Malaysia XI esok ptg. Aih..
Esok game start kul 5.30 tapi sbb gua free seating, pukul 3 gua dah duduk dlm stadium tu nak dpt seat yg solid punya pasal. Nampak je diorang masuk gua ingat nak lestik kepala Rooney bg bengong skit pastu main pun dah tak betul.
Gua rasa Man Utd ni team EPL yg gua rasa bagus sbb dia jaga fans dia. Tak mcm sesetengah team yg lain, Man Utd akan try cover worldwide utk tour dia sbb dia nak fans dia semua dpt tgk team Man Utd main secara live. Benda tu yg gua respek sbenarnye kat pengurusan Man Utd ni selain dia merepek-repek beli player yg bukan-bukan. Gua kalau dpt salam dgn Ferguson japlagi gua nak sajes dia beli David Villa ke, David Silva ke takpun Aguero masuk Man Utd season ni. Paling koman Yaya Toure takpun Miguel Veloso. Player Malaysia tak payah nak jeling-jeling, takde yg lepas naik main kat Man Utd, even reserve team sekalipun..
Ha sesiapa yg nak join esok roger-roger la kita pegi secara berjemaah. Tapi duduk lain-lain la. Apa ada hal..
Posted by Gaban Lazzara at 3:11 PM 3 org mencarut.
Monday, July 13
Mengikuti lawatan sambil belajar ke Zoo Negara.
Sepatutnya entry ni gua post minggu lepas tapi mcm biasa la, gua kan buat-buat sebok jadi minggu ni br la nak post. Malas kan satu amalam mulia yg kerajaan pupuk didlm jatidiri masyarakat berbilang kaum sekarang ni..
Minggu lepas gua dan gadis melakukan aktiviti separa waras yg kiteorang blm pernah buat lagi. Beliau mengemukakan cadangan utk mengadakan lawatan sambil belajar ke zoo negara. Dia kata dia dah tak ingat macamana bentuk unta dah. Gua suruh dia google je dlm net tapi beliau bekeras utk memutuskan hubungan jika gua masih berdegil utk tidak membawa beliau ke zoo negara tersebut. Jadi atas desakan ekstrim tersebut, gua akur.. (bunyi mcm pasrah dlm drama melayu)
Waktu kiteorang sampai kat depan zoo tu mmg terbaik. Pukul 1 tengahari. Waktu panas mmg tengah champion punya time tu. Pehh.. gua ingat-ingat blk last gua pegi zoo negara masa darjah 4 ke darjah 6. Tahun 1973 kalau tak silap gua. Blh tahan la lama dia. Tiket yg dikenakan bagi pengunjung dewasa pada hari cuti adalah sebanyak RM15. Gua nak je tunjuk student card tapi dia mesti gelak bila tgk student card gua gamba dah ilang siap patah lagi. Dia ambek buang dlm tong sampah je silap-silap nnt..
Zoo negara ni blh tahan la besar dia. Dia dah tambah lagi 2 park dlm tu. Gua pun dah hilang ingatan park apa tapi kena bayar ekstra sikit la kalau nak masuk semua park tu. Park Ji-Sung kalau gua tak salah.. Binatang mcm biasa la yg akan lu jumpa di zoo antaranya ialah beruang, seladang, zirafah, unta, badak sumbu, badak air, air badak, kera, orang hutan, orang bandar, memerang, ular sawa, ikan patin, beruang kutub, kambing bukit, dolphin, burung gagak, lipas, tikus hutan, musang berjanggut, kambing gurun, mentibang laut, tapir, cipan dan beberapa nama lagi yg gua penat nak list kat sini. Nak tau lebih lanjut pegi la melawat sendiri.
Gua berjalan dlm tu 4 jam. Gua dr pakai baju elok kemas, panas punya pasal bukak baju pakai baju takde lengan je. Dah mcm pelancong dr Australia Barat je. Series hell punya panas. Patut la gua tgk badak air tu asek lepak dlm air je taknak keluar. Cilaka btul. Tu pun gua tak habis tgk persembahan aneka binatang sbb gadis muka dah mcm selipar, mengajak blk. Padahal mula-mula masuk tadi dia yg paling terkinja-kinja. Ambek gamba la ape la. Sekarang jln pun malas nak angkat kaki, seret je..
Abis pegi zoo, kiteorang gerak ke Curve makan. Pundi kencing gua tetiba teringin nak mempekena ayam penyet plak jadi dgn muka beminyak dan ketiak masih basah sikit, kami pun pegi mkn situ. Lapar yg ekstrim membuatkan gua tak sedar gua oder air sebanyak 2 gelas. (takde kene mengena oder air dgn lapar..)
Mlm tu blk rumah gua mcm nak pegi pusat urut je. Sengal-sengal je badan. Kulit hitam jgn cerita. Paling cilaka yg gua tak buleh blah, dah kat rumah tapi hidung gua mcm terbau-bau je tahi lembu kat zoo tu. Palat btul. Gua dah mandi habis wangi siap shampoo rambut ketiak semua pun masih bau lagi. Mungkin tu adalah akibat lepak berehat sebelah kandang seladang tadi lama sgt kot. Gua dah ckp dah kat gadis jgn lepak sini lama-lama tapi beliau degil. Sekarang tgk siapa yg kena?
Posted by Gaban Lazzara at 1:15 AM 10 org mencarut.
Tuesday, June 30
Keluh kesah bersama Kak Esah.
Gua sekarang tgh delema (camtu ke eja dia?) Gua bukan dilema bukan-bukan spt mencari calon bini, memilih rumah utk dibeli ataupun Delimawati (pelakon vateran). Gua sekarang tgh pening memikirkan kerja sekarang ni.
Bulan lepas gua dpt offer kerja tapi masalah negara dia jauh sgt la pulak. Nun kat Cyberjaya. Gua fikir-fikir blk, adakah berbaloi gua mengambil kerja tersebut walaupun dia didalam bidang yg gua ceburi. Setelah menjalankan kajian dan mengumpul buah fikiran musibat-musibat yg lain, gua mengambil tindakan drastik dgn menolak offer tersebut dgn hati dan limpa yg berat.
Antara dalil-dalil kenapa gua tolak kerja tersebut:
1. Jauh sgt dr rumah gua. Sewa rumah sana? Ok, sana sewa rumah dia mahal doh. Gua bkn student nak dpt certain rate. Pastu kang gua dpt roomate nigger camne? Kalau Sean Kingston ke, Flo-Rida ke takpe. Paling koman diorang dgn chicks je walaupun nigger sekalipun. Kalau dpt yg selenge camne?
2. Kalau gua berulang? Fuhhhh, rentung gua beb. Rentung duit minyak moto dgn panasnya. Hayabusa gua sekarang gua hanya buat main dekat-dekat je. Pergi kedai runcit ke, pegi beli nasik kukus ke. Paling jauh pegi Setapak jumpe gadis. Kalau naik kereta plak gua kena kira duit minyak kereta dgn duit tol lagi. Tu blm kira duit parking, duit mkn, duit masuk toilet, duit pekena teh ais semua lagi. Nasib baik gua tak merokok kalau tidak..
3. Gaji. Dia offer ok la but mengikut teori abang gua, dia kata tak berbaloi sgt sebenarnya. Sbb end of the month, lu abis about RM600 utk bende-bende merepek semua utk pegi ke sana. So gaji gua tinggal brape kerat je. Nak bayar duit kereta lagi ape la semua last-last gua mkn selipar je. Kalau teringin mkn daging, gua goreng je kucing kat rumah gua ni nnt silap-silap.
4. Working hours. Dia ckp gua maybe kena kerja on weekend base on system. Kire kalau gua tengah sedap-sedap keluar dating ke, main futsal ke, bersawah ke, bila dia call gua kene rushing masuk office. Haih, penat gua macamni John.
Jadi gua rasa tindakan gua utk search for better job adalah yg terbaik buat masa ini. Walaupun dlm hati gua memberontak sbb tetiap hari tido pukul 5 dan bangun pukul 2, perut dah makin kedepan, poket makin kosong, gua tetap yakin yg rezeki tu ada dimana-mana. Sekarang gua tgh tunggu second interview utk satu Dubai company ni. Untung-untung gua dpt pastu kena hantar kat Dubai, jgn terkejut kalau muka gua keluar sebagai board of director club Manchester City nnt.. Insyaallah.
Posted by Gaban Lazzara at 4:24 PM 10 org mencarut.
Wednesday, June 24
Berlawan dgn kaunter tiket panggung wayang.
Harini pagi-pagi gua dah bangun (pagi mengikut kepada kamus hidup gua sekarang adalah sekitar pukul 12 hingga 10). Misi gua pagi yg suam-suam ni adalah utk terjah GSC Mid Valley utk beli tiket Transformers 2: Revenge Of The Fallen yg gadis tak sudah-sudah salah ckp jadi Terminator. Gua tak paham mcm mana dia blh salah ckp. Nasib dia tak ckp Termometer je kalau tak gua bg chokeslam je.
Muka toya dengan tengkuk sakit lain mcm. Nak bangun dr bantal pun tak larat. Seingat gua mlm tadi gua takde mimpi bergusti ke, bertomoi ke apa tapi tengkuk sakit. Ntah-ntah housemate gua bg pilldriver masa gua tido mlm tadi? Macamana tah blh sakit tengkuk ni. Org tua-tua kata kalau camni dia salah tidur. Apekejaddah salah tidur? Ada teknik tidur yg gua tak master lagi ke sampai gua blh dikategorikan sebagai salah tidur? Demmit.
Mandi lebih kurang, gosok gigi dan gusi sepam gua masuk bilik. Bukak almari, cari baju yg rock-rock skit tapi masih menjaga adap, sembur ketiak dgn deodorant Gatsby bagi ketiak gua digemari oleh org sekeliling. Sarung seluar jeans yg separa lusuh pastu gua keluar start enjin moto. Harini gua pakai motor berkuasa rendah housemate gua, Keji sbb Hayabusa gua housemate gua yg satu lagi pinjam bwk pegi kerja. Pas 4 minit gua capai helmet trus chow. Sebelum tu gua sempat check zip seluar depan pintu. Gila tengah ramai-ramai org tetiba zip tak tutup?
Sampai je panggung wayang, gua tgk line panjang mcm setan. Mak bapak benci tgk line panjang mcm ni. Org keluar mengundi pun line tak panjang mcm ni lu tau tak? Gua dah mula tak sedap hati. Ni semua salah GSC jgk. Dah tau cerita hit nak keluar masa tu la website kau hang la, extreme traffic la, maintenance la, madefakereshol la ape la.. Gua tawakkal, gua beratur jgk (bunyi tawakkal mcm nak buat amal kebajikan je padahal nak beli tiket wayang je.) Gua sempat tgk show dia byk jgk la. Midnight show je gua rasa ada dlm 6. Kul 12.30 mlm je ada 4 show tapi yg heran dia midnight show tu semua full. Kaler merah je masa kul 12.30 tu dekat tv depan kaunter tu.
Tgh beratur ada plak budak belakang gua ni perangai mcm cibai jgk. Dia nak cpt babi ape tah sampai terlanggar-langgar gua. Gua sabar je. Tersepak kaki gua la, siku dia terlanggar tangan gua la. Dia ni nak bau rambut gua ke takpun gay babi? Lepas tu gua perasan dia pakai I-Phone. Mana tak prasan? Sebuk pegang handphone tu je. Buat-buat sms la, call ckp kuat tak henggaaattttt punya. Awek kat kaunter tu pun blh perasan kau pakai I-Phone kalau camtu. Baru pakai I-Phone blm pakai N-gage QD ke, Alcatel ke, Sagem ke. Gua tgh dgr lagu Metallica - Enter Sandman kat I-Pod pun chill je ni..
Akibat berang kat budak bangang tu, gua tak sedar dah sejam gua beratur kat situ. Mcm setan punya lama.. Sampai kat kaunter, gua stret tanya tiket pukul 6.00 kat brader tu sbb gua tgk kat skrin dia kaler hijau lagi. Kaler hijau bermakna seat kau byk lagi, kaler kuning kau duduk depan skrin dan kaler merah kau duduk kat tangga takpun atas palang besi depan skrin.
"Tiket pukul 6 dah habis la bang.." jawab brader tu dgn mata memandang muka gua.
"Apekejaddah? Saya tgk kaler hijau lagi tu. Takde pun kelip-kelip.." hujah gua kepada brader tiket tersebut.
"Dia lambat sikit bang. Kalau dah habis baru dia tukar.." balas beliau.
"Aih, mcm tu pulak. Abes kalau kuning tu maknanya dah habis la, camtu?" bentak gua seraya memandang ke barisan org belakang.
"Mintak maaf la bang. Saya pun taktau jadi mcm ni.." jawab beliau gagap persis cuak.
"Saya beratur lama ni. Perut lapar lagi tak mkn, ngan tido tak cukup lagi.." tegas gua sambil jari telunjuk menunjuk ke arah perut sendiri.
"Macamni la bang. Saya try tolong abang. Saya carikkan seat utk abang dr pukul 6 sampai kul 8 punya show buleh?" kata beliau dlm situasi cuba menteteramkan gua yg hampir berang.
"Haaa.. buleh.." balas gua simple tapi bertenaga.
Seminit kemudian..
"Ada bang. Pukul 6.30 punya show tapi baris 5 dari depan la. Blh bang?" tanya beliau.
Gua tgk skrin yg ada seat tu. Blh tahan la seat dia. Gua nganga skit la tgk. Setelah berfikir sejenak dgn mengira kebarangkalian gua beratur sejam ditambah dgn kaki gua asek kene langgar dgn budak bangang tadi, gua memutuskan utk mengambil tiket tersebut (sebenarnya gua segan la org tengok beratur panjang-panjang last-last sampai depan takde seat. gila kodi..)
Sekarang pukul 5.30 ptg gua tgk langit mcm nak runtuh. Hitam lain mcm. Ni kalau tak banjir Kg.Baru jgn panggil nama gua. Nasib baik mlm ni naik kereta. Kalau naik Hayabusa gua, mmg pakat-pakat duduk rumah minum teh o sambil tgk dvd download je la..
Ha dah gua nak mandi wangi-wangi jap. Badan bau asap sbb naik moto tadi.
Posted by Gaban Lazzara at 4:06 PM 5 org mencarut.
Wednesday, June 10
Berambut panjang adalah berbeza dengan berbulu ketiak panjang.
Masa gua lepak-lepak depan pc nengok-nengok blk gamba lama, gua perasan ada satu gambar ni rambut gua bkn main panjang. Kalau org yg tak perasan, tgk dr belakang ada iras-iras rambut Erra Fazira sikit. Gambar tu masa gua kat Kelantan. Zaman suka travel jauh-jauh sorang-sorang pastu sesat tak tentu pasal.
Masa gua sekolah menengah dulu, sekolah gua mana kasi pelajar dia rambut panjang. Manade style-style emo semua ni. Masa tu Gerrard Way ke Spencer Chamberlain ke tak abes sekolah lagi. Gua saspek Oli Sykes je yg ponteng sekolah pastu pegi buat tattoo kat lengan ngan leher. Masa tu gua tgk member-member semua nak bela rambut. Apekejaddah tah bela rambut ni. Bkn ada hasil ke mcm bela lembu ke, bela kambing ke, bela kucing maupun bela hantu raya. Akibat pengaruh rakan sebaya, gua pun bela la rambut jugak. Dah bela ni, lu kena jadi licik skit. Rambut yg bela tu sikit je tapi panjang bkn main. Masa perhimpunan hari Isnin cikgu disiplin gua slalu buat spot-check (kalau dah tiap hari Isnin check tak payah la panggil spot-check, panggil check dah la..).
Gua masa tu dgn kuncu-kuncu lain tak tentu arah betulkan rambut. Selit kat tengah-tengah kepala, celah-celah rambut. Pastu buat muka manis, takpun masa lalu depan cikgu tu buat-buat sebok sembang dengan org depan. Kalau kantoi gua kena tarik tepi pastu kena kaunseling seminggu, abis kelas tak buleh blk, kene tunggu 2 jam, pastu kemas dataran perhimpunan tu tiap pagi selama seminggu. Bunyi mcm cilaka tapi demi rambut, gua selamba. 2 minggu berturut-turut gua ambek tender bersih dataran perhimpunan tu. Awek-awek lalu pandang endah tak endah je padahal yg lalu tu haram tak cun mana pun.
Sekolah teknik gua kat Penang dulu lagi angker. Rambut panjang satu hal, ni kalau rambut stail pelik-pelik, ha menjawab la kalau kantoi. Gua punye cikgu disiplin nama dia Md. Naser. Muka dia series gua tak tipu tapi mcm Tal Ben-Haim, player Israel yg skang main kat mana gua tak tau.
Dia simple je. Masa perhimpunan Isnin takpun perhimpunan daily (perhimpunan daily kat depan kelas pastu nyanyi lagu sekolah. Mcm setan!), dia lalu depan tu dgn kuncu-kuncu dia. Dia nampak je rambut lu len macam kan, sekben panjang ke, tebal ke, ada terjulur-julur je, dia potong terus on the spot. Yg bastednya, dia potong pun solid mcm dekat saloon tu. Tobek sana, senget sini, layer sana, pendek sini. Mcm faking hell jadinya! Nak tak nak esok kene botak mcm askar kalau tak jgnkan awek, makcik indon kantin tu pun haram taknak pandang muka lu time rehat.
Masuk belajar sekolah tinggi plak, rambut gua ni je nilai dia dekat RM200. Macamana buleh dpt nilai? Gua masuk je nak pegi kuliah, depan pintu masuk tu ada road-block. Gua dr jauh dah perasan tapi sbb gua dah slalu ponteng kelas ni, gua tetapkan hati utk masuk. Sebelum tu kat tepi parking moto tu jugak gua masuk baju dlm seluar, cari id card gua gantung kat baju, zip seluar nnt awek perasan pastu ulis-ulis lembut rambut gua ala-ala Fasha Sandha. "Selamba tetek.." getus gua dlm hati ketika melangkah masuk.
"Ingat gua takut ke? Ni semua takkan berakhir lu tau tak!!" bentak gua kuat (dlm hati) sambil tangan kanan merenyuk kertas saman bernilai RM20 sekeping yg semuanya ada 3 keping. Gua ingat lagi pagi tu pulak gua dtg pastu kuliah pagi tu cancel. Gua blk rumah atas moto mulut tak sudah-sudah mencarut.
Sekarang rambut ni sekali lagi menjadi isu berbangkit dan lagi serius dr isu H1N1. "Potong la rambut tu. Macamana la nak berkerja rambut panjang tu. Nampak ke komputer tu." arah mak gua.
Posted by Gaban Lazzara at 1:16 AM 4 org mencarut.
Thursday, June 4
Org lain malam tido mimpi awek tapi gua plak malam tido mimpi kasut.
Posted by Gaban Lazzara at 12:11 AM 6 org mencarut.
Wednesday, June 3
Mane butang post ni?
Aih dah lama tak post entry baru, gua nak cr butang post pun blh sesat. Memalukan diri sendiri sahaja. Semenjak gua lama tak post entry ni, byk pertanyaan, dorongan dan tak kurang juga ugutan-ugutan bunuh yg mendesak gua utk membayar bil streamyx gua yg berjumlah gaji setengah bulan jgk la bagi membolehkan perkhidmatan internet bernafas di rongga-rongga cpu gua ni. Masa hulur duit dekat akak kaunter TM tu, mata gua berkaca je..
Dah lewat dah ni, gua kena tidur sbb esok byk keje nak kene buat. Seluar tak gosok lagi, baju ntah kemana. Esok lusa gua post entry baru, kalini gua janji.
Posted by Gaban Lazzara at 2:28 AM 3 org mencarut.
Thursday, April 23
Tragedi nasik lemak kukus berdarah.
Harini panas tahap faking hell punya. Kalau lu org jemur kain, satu harini lu blh jemur 3 kali blh kering lagi. Gua duk rumah rasa mcm nak masuk kepala dlm peti ais sambil tido tapi gua yakin tindakan gua tersebut hanya mengundang penampar dr mak gua saja. Jadi gua rejek mentah-mentah idea tersebut.
Disebabkan kepanasan tersebut, gua tak pegi lunch ptg tadi. Gua tak sanggup pegi mencari kedai mkn dgn menaiki motorsikal berkuasa separa rendah gua itu dlm suhu yg blh buat gua jadi nigger. Atas sebab tersebut, mlm ni tahap kelaparan gua menjangkau paras ultra dimana kuantiti makanan yg diperlukan adalah 3 kali ganda bagi menggantikan sumber makanan yg gua jana pada ptg tadi akibat tidak keluar mkn tersebut.
"Pekena nasik lemak kukus la mlm ni.." getus hati gua ketika sedang ber-facebook-ing maghrib tadi. Gua dah terbayang sambal yg membaluti ayam goreng tu dgn teh ais mamak. Pastu dah kenyang, cuci mulut pulak dgn tembikai susu yg dlm peti ais tadi. Pehhhhh.. mengalir air mani gua bile terbayang camtu.
Jadi selaku seorang remaja yg berdisplin dan sgt la sesuai dibuat menantu ni, gua pun keluar menaiki motosikal gua ke gerai nasik lemak tersebut sejurus gua selesai mengerjakan solat maghrib dulu. Perjalanan mengambil masa suku batang rokok Suria hijau.
Ngam ngam gua sampai situ, ayam tengah panas br lepas masak. Lauk byk lagi. Gua saspek gua dpt saki baki ayam je sbb nasik lemak dia mmg meletop. Paling cilaka pukul 7 gua dtg nak beli, dia dah tutup kedai. Abis katanya. Gua saspek dia campur dadah perangsang ke apa dlm nasik lemak dia.
Setelah gua memilih ayam yg sesuai dgn personaliti gua dan me-request nasik lebih kepada akak tersebut, gua pun membuka dompet gua utk membayar bagi nasik lemak yg gua beli tu. Kebetulan, hanya not 50 sekeping je yg ada dlm wallet tersebut dan gua pun hulur dgn bersahaja sambil bersiul kecil konon-konon tahan lapar. Buat pengetahuan kalian, gua di-caj RM4.50 utk nasik lemak ayam dgn nasik tambah tersebut.
Time akak tu ambek duit gua, gua rasa semacam tapi gua cuba menyedapkan hati gua. Tiba-tiba akak tu bersuara:
"Errr.. takde lima posen ke sayang?" tanya akak tu lembut..
Buat-buat masuk tangan dlm poket.. "Takde la kak. Kunci je ade.."
"Ala sayang ni.." jawab akak tu.
Setelah menghulurkan baki RM45.50 kepada gua, beliau melemparkan senyuman manis seraya berkata "mekasih sayang.." Gua ambek baki duit gua, start moto dan blah..
Sekarang gua dah berkira-kira nak beli nasik lemak lagi kat situ. Walaupun nasik lemak dia champion tapi akak tersebut telah buat sexual harrasment kat gua. Kalau akak tu solid gua blh tutup mata sebelah lagi tapiiii..
KENAPA DIA KENA PANGGIL GUA SAYANG?? SEKARANG GUA DAH TERBAYANG GADIS PANGGIL GUA MCM TU TAPI DGN SUARA AKAK NASIK LEMAK TADI. KIMEKS!!
notacilanat: fobia-fobia gua tadi, nasik lemak nasik lebih tadi licin jugak gua sebat.
Posted by Gaban Lazzara at 10:20 PM 8 org mencarut.
comeback kid.
OK ok gua tau gua dah lama tak update blog. Tak payah nak ugut-ugut letak pisau maupun sabit kat perut gua. Gua update la ni. Dan title tu takde kena mengena dgn band Comeback Kid. Show dia kat KL pun gua tak pegi..
Sebenarnye gua telah nyaris-nyaris untuk menamatkan karieer gua sebagai blogger minggu lepas. Gua putus harapan dan menconteng arang ke muka. (apakah?) Dah dah.. gua taknak cerita benda sedih ni. Start esok gua akan start update balik blog gua.
(sebenarnya malas nak taip panjang-panjang..)
Posted by Gaban Lazzara at 7:24 PM 3 org mencarut.
Tuesday, March 24
Faking hell punya sejuk.
Pagi ni ujan lebat pulak. Gua sedar ujan lebat walau mata gua tutup rapat. Deria gua bergerak secara auto. Hujan je bangun cabut kabel kat modem. Kang meletop sesia dah la modem gua dah abes warranty.
Julung-julung kali hujan lebat mcm ni. Budak-budak dorm gua bajet maseng-maseng kene maki dgn boss sbb dtg lambat. Sorang la gua rasa pegi awal. Tu pun sebab ada baju hujan dgn dia selalu pegi opis pakai selipar. Keje mcm graphic designer je pegi opis pakai selipar.
Gua set alarm kat hensep nak bangun konon-konon pukul 11 sbb ada urusan nak kene setel. Sekali dgn cuaca yg melanda ni, cantik pukul 2 baru tekebil-kebil nak bangun. Tu pun sbb ade call masuk. Kalau tak gua bangun terus tgk Spa-Q je nnt..
Syukur gua masih dpt menikmati tido yg sungguh syahdu ni dikala gua masih freelance dekat rumah lagi. Nnt bila gua dah keje, gua mesti berbulu je kemaluan kalau gua bangun pagi-pagi pergi kerja masa hujan lebat. Kalau nak hujan, hujan masa weekend. Itu gua setuju.
Gua tido sedap punya pasal, bangun-bangun gua tgk gua dah tak dlm posisi tido yg sepatutnya. Gua telah berada luar dr teritori tilam gua dan kaki gua telah termasuk ke dlm cpu. Nasib menyebelahi gua sbb pc gua dah shut down kalau tak pasti gua kena renjatan elektrik. Paling cilaka muka gua keluar muka depan suratkhabar Metro.
Harini gua berazam utk cuba tidak mandi hingga mlm bagi menghayati kesejukkan hujan pagi tadi. Jadi gua dgn ini menggesa org ramai utk menyahut seruan ini dan menjadikan harini hari "Free Water Day" mcm "Earth Hour" tu. Bersama kita menjimat air demi masa depan.
Posted by Gaban Lazzara at 2:14 PM 4 org mencarut.
Wednesday, March 18
Sunburst Festival KL. Is it worth a Go?
Sori la gua lama tak update blog. Bukan malas sebenarnye cuma gua malas je. Gua buat-buat busy skit lately ni belajar benda bukan-bukan. Gua makin risau dah lama duduk rumah ni rasa mcm cilaka je. Tido pukul 4, bangun pukul 2. Mcm setan!
Gua tgh update blh skill-skill gua masa study dulu kot-kot dlm masa terdekat ni ada badan kerajaan call gua kerja ke, kompeni juta-juta nak pakai staff ke kan? Mana tahu, rezeki gua ke. Kalau gua kerja gaji 6 angka nnt gua mcm dulu jgk cuma belagak sikit je.. Gua install program bukan-bukan pastu try buat blk. Sakit jgk mata gua tenung coding panjang-panjang ni lama-lama.
Gua pikir-pikir blk kan, dlm tahun ni gua tak pernah pegi gig lagi gua rasa. Patut la hormon gua mcm tak seimbang je. Byk sgt dgr lagu Akon dgn Lady Gaga kat radio la ni. Bila gua nak pergi je mesti ade je aral melintang. Duit abis la, tiket mahal mcm cibai la, ade kenduri kahwin la, kereta tayar pancit la, jeans poket koyak la. Ahhhhh.. mcm mana gua selalu tak mencarut?

Personally, gua masa mula-mula dgr khabar angin pasal event ni gua teruja jgk. Masa memula dia kata ada Radiohead, Foo Fighters, Coldplay, Prodigy ngan brapa ketul band lagi. Masa tu gua mata dah bersinar-sinar. Kuncu-kuncu gua tf tak pernah pegi konsert tu pun dah menyuarakan hasrat mereka utk turut serta semata-mata nak tgk Radiohead. Gua dah mula simpan belen-belen duit syiling beli nasik atau air masa lepak minum tu dlm bekas kacang yg gua jadikan tabung. Otak dah berangan kena beli baju baru yg style sikit masa pergi Sunburst nnt. Apa barang pegi konset pakai baju tulis "Saya Jiwa Kosong"?
Last-last berita cibai keluar yg jangankan Radiohead, Foo Fighters tu pun takde. Masted! Gua sedikit frust secara tak sengaja. Duit syiling tadi gua kluarkan blk buat main game kat kedai arked. Pastu paling latest gua check dia tukar masukkan kumpulan N.E.R.D ngan Korn. Dlm hati kecil gua berkata: "Waddefak N.E.R.D??"
Secara tak langsung gua telah menjalankan satu kaji selidik tentang event tersebut dan rata-rata komen yg gua terima lebih bersikap negatif. Antara komen-komen yg berjaya gua rekodkan adalah:
Eiji Keji (bukan nama sebenar): "Aku rasa dia kena bawak band yg lebih solid lagi la. Siapa yg nak tgk N.E.R.D ni? Negara kita bkn byk nigger pun.."
Suhairi (nama ketika di asrama dulu): "Tiket gile mahal! RM143 tu blh beli 19 helai boxer jenama biasa-biasa kau tau tak?"
Disini gua simpulkan secara terburu-buru iaitu pemilihan band yg tepat dan jitu adalah antara faktor penting bagi memastikan festival yg kononnya berprestij ini mendapat sambutan org ramai. Gua rasa band-band yg lebih feel dan dpt membangkitkan nafsu kebinatangan di dlm naluri crowd yg hadir spt Saosin, Taking Back Sunday, Arctic Monkeys, Avenged Sevenfold, Silverstein, The All-American Rejects ke yg sepatutnya dipertimbangkan sebagai band utama bg mengisi slot dlm event tersebut. Kenyataan ini adalah berdasarkan diatas statistik iaitu 75% pengunjung event sebegini adalah dlm linkungan umur 20-30 tahun dan band-band yg gua listkan tadi adalah sgt popular pada hati pengunjung umur sebegitu manakala selebihnya tu baru blh consider nak bwk masuk Snoop Dogg ke, Akon ke, Lady Gaga ke, Stephen Chau ke, Nabil Raja Lawak ke, Achappan ke dan sebagainya.
Munkin Korn tu blh menjadi pengubat kepada penggemar muzik rock tanah air tapi berbaloikah kita bayar RM143 hanya utk tgk Korn perform 3-5 lagu sahaja? Kalau setakat nak tgk Meet Uncle Hussain, Hujan, Komplot, kau simpan duit minggu-minggu depan dpt la kau tgk diorang main. Paling cilaka tgk kat tv rancangan Bintang RTM.
Gua skang simpan duit je. Tunggu event yg worth to go je br gua pegi. Gua dgr-dgr khabar angin bln 5 ni ada label nak bwk turun Bring Me The Horizon. Amacam? Gua dah mula-mula cari t-shirt gamba besar-besar dgn kaler yg menyakitkan mata ni nak ala-ala Oli Sykes. Tak pun pegi tgk Manchester United lawan Malaysia je bln 7 ni. Walaupun last week kalah 4-1 dgn Liverpool (pundek time ni gua tak sudah-sudah mencarut..), gua tetap pegi sbb nak tgk Vidic. Kalau sempat gua nak suruh dia sign autograph kat boxer gua.
tisuwanita: korang dah tgk dvd Saosin "Come Close"? lu kene tgk baru lu tau apesal gua ckp kita kena bawak diorang main kat Malaysia.
Posted by Gaban Lazzara at 2:43 AM 13 org mencarut.
Translating The Name
Oh, start send me grieves and before breathing
(I have your voice on tape in a southern accent screaming at me)
I was only one and we weren't prepared for one before dreaming
(I have your voice on tape in a southern accent screaming at me)
Know things look lovely to you
Holding back, now and forever
Sweetheart, things look lovely
Hoping for midnight and I deny
You were walking so peculiar like (Still so deadly)
You were lost in somebody else
You were walking so peculiar like (Still so deadly)
You were lost in somebody else
Sweet penance for a sound
It might explode in our hands
I'm falling in a brown pigmentation of
Where the element guards cut short, turned in, and stopped
I've been watching rose give in and
I wish that I could taper away so
I've been watching rose give in to it
Severing the ties between mother and son
I've been watching rose give in to it
Severing the ties between mother and son
Sweet penance for a sound
It might explode in our hands
It might explode
Sweet penance for a sound
It might explode in our hands
It might explode
Oh, I once saw many place the end
I promised the world and a dozen roses
Oh, I once saw many place the end
I promised the world and a dozen roses
***
Posted by Gaban Lazzara at 12:25 AM 0 org mencarut.
Friday, March 6
Selalunya gua tak mcm ni beb, seriesss!!!
Gua tak tau ape benda yg merasuk gua. Mungkin akibat semalam gua menengok rancangan seram Keliwon kat TV3 kot? (Babi cerita ni! Cerita ke najis ni?) Adakah akibat byk meminum minuman ringan atau akibat sering munukar ubat gigi?
Gua tak layan lagu Korea weyyyyy!! Series hell!! (dgn muka sirius) Tapi kalini naluri gua yg paling dalam sekali, mungkin dekat area dubur tu yg membuatkan gua secara tak sengaja nak dgr lagu ni. Gua tau ni mmg bukan taste gua. Gua yakin kuncu-kuncu sealiran gua semua mesti akan membawa perkara ni ke muka pengadilan nnt. Paling angker, keahlian gua di tarik blk. Gua tau perkataan pertama yg terpacul dr mulut korang bila masuk pej gua nnt adalah "Waddefakkkkk??!!" Cilakak!
Lu cuba la dgr lagu ni. Kalau kaki kiri lu tak hentak-hentak lantai, jgn tanya pasaipa esok muka gua masuk rancangan 999. Ada sesiapa kat Melaysia ni blh remake balik lagu ni? Pastikan yg comel dan solid dgn suara kiut. Kalau lu bagi Misha Omar maupun Ella, siap gua tinju! Dan jgn bagi Razak Mohaideen jadi director..
tisutandas: ni gua blk link saje gua nak hasut lu: [ link ] (padahal gua blh je bubuh video dia kat sini tapi abis la keganasan blog gua nnt..) Mmg gua mencarut dlm bahasa Burma la bila gua dapati ade pej musibat-musibat nnt pasang lagu ni kan..
Posted by Gaban Lazzara at 11:46 PM 9 org mencarut.
Tuesday, March 3
"Jgn sampai gua jumpa brader tu dekat KL pulak. Pundeklism!" jawab gua dgn nada marah.
Minggu lepas gua dan kuncu-kuncu telah membuat satu rombongan sambil belajar ke Melaka. Motif utama trip tersebut adalah utk mempekena ikan bakar di Umbai setelah budak-budak dorm gua diserang mimpi tercekik ikan bakar selama 2 mlm jumaat secara berturut-turut. Trip tersebut telah disertai oleh 11 org pelajar bersama seorang cikgu pengawal. 2 bijik Viva dan sebijik Myvi digunakan bagi mengangkut musibat-musibat tersebut.
Trip bermula pada pukul 12 tapi atas sebab-sebab yg tak dpt dielakkan (gua bgn lambat sebenarnye), terpaksa semua berjumpa dekat RnR Seremban pada pukul 2. Mampus gua kesah! Gua sampai Seremban, gua tgk muka musibat sekor-sekor eksaited mcm mintak pelempang. Mata bersinar-sinar je nak mkn ikan bakar. Mcm setan! Dlm perjalanan tu ujan lebat kaw punya. Satu tragedi ngeri berlaku dimana di laluan sebelah menghala ke KL sebijik Perodua Kembara terbalik. Gua saspek driver dia hilang akal hujan-hujan nak bwk laju-laju. Pastu 5 6 bijik kereta berlanggar. Ujan lebat gile sampai tak nampak kereta depan. Sejurus melihat tragedi tersebut, gua dgn spontan mengenakan tali pinggang keledar di tempat duduk belakang..
Sampai kat tol Ayer Keroh, budak dorm gua selaku driver Myvi cuba membuat lawak yg haram tak lawak. Dah sampai depan tiang tol tersebut, baru beliau sedar tiket beliau telah menghilangkan diri. Akibat panik beliau menalifon kereta-kereta yg lain kot-kot kami buat prank simpan tiket beliau. Mmg tak! Gua sipi-sipi nak mengsirap. Nasib gua baru bgn tido jadi perasaan temper lambat skit naik. Lepas kluar dari palang tol tu beliau terus menuju kearah kiteorang dgn muka belagak. Gua haram tak paham apehal dia nak buat muka belagak. "Mana pegi tiket lu?" tanya gua dgn muka curious. "Gua rasa jatuh dlm toilet la sbb gua bubuh tiket tu dlm boxer.." bunyi jawapan beliau yg mengundang penampar org ramai.. Kesudahan beliau kena byr RM46.30 sebagai denda dan beliau terus berazam tidak akan kencing berdiri lagi di tandas awam.
Satu la tragedi ngeri berbaur cilaka berlaku masa kitaorang ondewey ke bandar. Dlm kereta gua ade 3 org laki ngan sorang pompuan. Sampai satu tempat tu gua tak sure apa nama dia, member gua selaku driver ni perasan ade awek dlm kereta Savvy sebelah ni. Gua tak usha pun, biasa aa kental kan. Pastu tetibe Savvy tu hilang. Jln depan sikit member gua kata Savvy tu ada blk kat belakang. Abis diorang mengambil peluang nak tgk la lawa ke awek dlm Savvy tu. Sekali Savvy tu lalu sebelah kiteorang, gua tgk driver dia lelaki pastu bukak tingkap tanya-tanya apahal. Tak cukup dgn tu dia potong kereta kiteorang pastu kat traffic light dia keluar. "Apa pundek mamat ni?!" getus gua bengkek dlm hati. Dia bajet kiteorang dok usha gf dia yg dia kata konon-konon tu wife dia. Pegi mampus!! "Lu apehal usha-usha? Tu wife gua tu lu usha-usha. Lu kenal dia ke ha?!" tanya brader ni mcm sial. "Eh manade bro. Kiteorang tak kenal pun wife lu. Kiteorang dr KL ni. Tgk-tgk mcm tu je.." jawab member gua. "Lu jgn memain.. ni tempat gua ni. Jgn buat kepala!" jawab dia mcm pukimak.
Lepas ketuk-ketuk bumbung kereta kiteorang dia pun blah. Time dia kluar tu, gua tgk wife dia kluar dr kereta. Hek ele. Mcm Azizah Mahzan je. Lawa lagi Azizah Mahzan tu gua rasa. Mmg cilaka btul gua tgk muka dia ngan wife dia tu. Gua saspek wife dia dah malu tahap melampau dah time mamat tu kuar kat traffic light tadi. Semua pandang kot. Kiteorang dlm kereta dah gelak-gelak. Dengan ini secara tak rasmi gua terus label penduduk Melaka ni semua racist-racist. Gengster tak bertempat. Kalau things get ugly tadi, mmg gua tenyeh stereng lock tu je kat dahi lu nnt..
Sampai kat town, member-member gua yg lain dah tanya-tanya apehal. Kiteorang saje buat saspen bila diorang tanye je kiteorang jawab "Ngaaaaaaaaaaaaaaaaa..." mcm cilaka jgk gua rasa jawab stail macam tu.
Aktiviti haritu adalah berjalan-jalan di Jonker Street, pekena mkn isi perut dulu kat restoran ape tah. Sambung jalan sampai penat. Tangkap gamba dan mlm tu adalah aktiviti yg ditunggu-tunggu, mempekena ikan bakar kat Umbai. Gua mkn sampai seluar terpaksa bukak butang. Kalau butang jgk gua terpaksa offload sisa-sisa melalui lubang yg disediakan dibahagian bawah tu..
Sampai KL dlm pukul 1 dan mempekena teh ais plak dekat Pelita Subang sebagai acara finishing. Bulan depan gua dah plan nak pegi Cherating pulak, layan beach. Ngaaaaaaaaaaaaaaa.. Ha, kepada jemputan yg tak berjaya menghadirkan diri, nikmati la gambar-gambar yg gua lampirkan ini sebagai tanda bakar line. Kehkeh..

(depan bistro apetah layan mee goreng dia. layan juge la bile perut lapar..)

(jalan-jalan blagak mcm pelancong asing.)

(pelajar-pelajar yg terlibat..)

(habitat gua adalah merosakkan gamba. biasa aaa..)

(tak syak lagi gua pilih gamba ni sebagai gamba tercantik bagi bln Mac ini)
Posted by Gaban Lazzara at 8:15 PM 19 org mencarut.
Monday, March 2
Lu jgn tengok cerita Sin Chan tu sgtttt..
Akibat gemar membaca komik Sin Chan dan menonton siri rancangan tersebut di kaca televisyen, gua telah terpengaruh sekarang. Tindakan spontan gua ni tak disangka-sangka tejadi. Gambar ini diambil dgn pose: "Menyamar mayat."
Cilaka lu Sin Chan!
Posted by Gaban Lazzara at 6:04 PM 9 org mencarut.
Wednesday, February 25
Jangan sampai esok jgk gua apply jadi polis trafik!
Pastu gua perasan member gua ade forward e-mail kat gua. Tetibe plak dia forward e-mail ni mesti ada sesuatu yg misteri. Tampa usul periksa gua bukak dan check. Sebentar kemudian terdengar bunyi keyboard dikarate.
Satu lagi, makcik ni duduk atas apa? Gamble btul duduk atas pelastik. Kalau pecah plastik tu ke, tak bersepai bontot kau kene seret kat jln? Walaupun beliau makcik tapi gua tak teragak-agak utk bagi pelempang kalau gua jumpa sesiapa buat mcm ni kat KL maupun Malaysia ni. Gua yg moto tak pernah ade side mirror ni pun tak pernah buat aksi angker mcm ni tau tak?
Posted by Gaban Lazzara at 9:17 PM 11 org mencarut.
Monday, February 23
Tindakan keji anak buah saya.
Mlm tadi gua tido lambat sbb pegi amek member gua dtg dr Terengganu. Gua tak ingat dah berapa tahun tapi harini tetiba gua blh ter-breakfast plak iaitu pegi kedai mamak pekena roti canai banjir berduet bersama teh tarik. Kena plak pepagi tu sejuk sampai ke punggung plak. Pehhhhh.. panas je usus bila teh tarik tu lalu.
Sampai di rumah gua terus meniduri dgn bersungguh-sungguh. Niat hati nak sembahyang subuh tapi ehem.. ehem..
Pagi tu gua rasa tido tak nyenyak sgt. Langsir sume tutup. Gua bukak mata skit gua nampak kipas tak pasang. Aih, ni bukan pasal panas. Walaupun ketiak sedikit basah tapi masih blh tido lagi ni dlm suhu camni. Tapi hati gua masih rasa tak sedap. Mcm berak tapi tak lawas. Gua bukak mata, bangun sikit baru gua tau.
"Masted!" jerit gua sambil mata tertutup.
Patut gua rasa lain macam. Patut gua rasa tido tak leh jalan. Rupa-rupanya anak buah gua ada dlm bilik ni. Paling cilaka, masa gua tido dia dok main-main bulu kaki gua plak. Masted tak? Patut la gua rasa geli semacam je. Dia ingat bulu kaki gua ni alat permainan kanak-kanak ke? Siapa tah ajar dia main bulu kaki ni? Kalau tadika dia ajar mmg esok jgk gua antar dia masuk sekolah pondok.
Nasib gua tak bagi sepakan sudut tadi. Sengih je beliau. Bangunkan gua sbb dia nak main game. Keje nak main game je. Cuba la pegi basuh baju ke, masak nasik ke, main ping-pong ke.. Anak buah siapa la ni..
Posted by Gaban Lazzara at 12:30 PM 27 org mencarut.
Thursday, February 19
Saya minat shuffle.
Mlm tadi gua tgk tv dgn budak dorm gua. Cerita 360 kat Tv3. Haram gua tak pernah tgk cerita ni. Gua tgk sbb member gua ugut dia tak nak bagi gua air teh ais sikit. Mana kacip mkn nasik kerabu tak minum teh ais kan?
Jgn suruh gua terangkan cerita 360 ni apa kisah dia. Mmg gua tampa je tengkorak lu nnt. Nak tau cite ape pegi nganga depan TV setiap rabu pukul 9 mlm. Lu tgk la muka Mazidul Akmal Sidek tu puas-puas sampai berlendir pusat.
Ade satu slot dlm rancangan tu dia cerita pasal isu Bukit Bintang. Bukit Bintang sebagai tempat paling strategik dan paling happening kat Kuala Lumpur ni. Sekali dia cerita pasal isu sosial, pasal remaja belasan tahun shuffle ramai-ramai dekat Bukit Bintang, kat area depan dataran Maybank sana. Tau ke tau?
Adoi. Gua pernah keluar sana ada hujung minggu tu. Niat nak pegi Low Yat cari barang. Sekali gua lalu depan dataran Maybank tu, penuh! Lu pernah pegi hujung minggu dekat Mydin kat Kota Raya tu? Ha dia lebih kurang camtu tapi yg ni penuh dgn budak-budak belasan tahun terkinja-kinja sambil minum arak. Apa lu ingat cool ke kinja-kinja mcm tu sambil pegang botol beer? Halus-halus lagi. Kasut pun mak belikan. Tu pun hujung tahun bila mak dpt bonus.
Tak kira lelaki ke pompuan ke sama je. Rasa mcm nak lempang! Rambut nak style kaler merah la, blonde la, stripe tak tentu pasal la. Nak je gua talipon mak bapak masing-masing heret anak balik rumah ajar mengaji muqaddam.
Gua masa baya-baya diorang ni kalau petang-petang hujung minggu duduk rumah main bola ke, main guli ke, main kerete racing Tamiya ke, paling keji main baling selipar naik atas atap rumah jiran. Sekarang kau baru darjah 6 dah berani sedut rokok sambil tangan pegang botol arak?
Gua bercadang nak bertanding kerusi parlimen tahun ni dan kalau gua dpt jadi Datuk Bandar Kuala Lumpur, gua mansuhkan akta undang-undang kasi tambah satu: "Kau shuffle kene saman RM500 atau sebat 15 kali." Amacam? Lu brani nak terkinja-kinja lagi ha budak style sgt?
Posted by Gaban Lazzara at 3:39 AM 15 org mencarut.










